Ketika tangan bersentuhan
ingin aku berdakapan
erat
tak mahu lepas
Matahari garang
tapi aneh
mataku basah umpama
tengkujuh di bulan Disember
Jaga dirimu
aku akan pulang
jangan disiakan
air matamu
bahkan
engkau tidak pernah aku tinggalkan
akan sentiasa ada
dalam hatiku
Tapi celaka
ungkapan bisu tak bermakna!
bahkan mata turut berkhianat
dalam panjang monologku
tak mahu henti
aduh,
akarku
yang menaung sepenuh percaya
peganglah kepada kenangan
sampai ketika
aku akan pulang!
