AKU 4....

22 3 0
                                    


Aina umur 5 tahun...

"Aina,Aina kena duduk dengan nenek dengan atuk tau.."beritahu ibunya Puan Asmah...memujuk anak kecil itu agar mengerti apa yang ingin disampaikan...

"Kenapa kena duduk dengan nenek dengan atuk,bu??"tanya petah..Puan Asmah senyum dengan kepetahan anaknya...

"Ibu dengan Ayah ada perkara yang nak diselesaikan...jadi Aina kena duduk dengan nenek dengan atuk...Aina fahamkan,nanti dah selesai baru ibu dengan ayah ambil Aina semula...boleh tak sayang??tolong ibu dengan ayah..."jelas Puan Asmah untuk memahamkan anak kecil itu...

Aina senyum...dia seakan faham..."Aina faham...Aina nak jadi anak yang baik mendengar kata...dan mestilah Aina nak tolong ibu dengan ayah.."ucap Aina gembira...kata-kata tiada satu pun yang pelat..semuanya lancar aje...

"Pandai anak ibu nie..."puji Puan Asmah..kemudian memeluk anaknya...
*******

"Sayang,duduk dengan nenek dan atuk jangan nakal-nakal tahu..."ingat Encik Yusuf lembut...Aina senyum..

"Ye ayah,Aina ingat...Aina kan nak jadi budak baik..."katanya bersemangat...di depan rumah nenek dan atuk Aina iaitu ibubapa kepada Encik Yusuf..terletak di Melaka...suasana kampung redup dan angin sepoi-sepoi bahasa....

"Abah,mak...maaflah menyusahkan mak abah sebab kena jaga Aina...kalau tak disebabkan urusan pembelian rumah tu tergendala takde jadi macamnie...sekarang pun rumah sewa kami pun tuan rumahnya nak kami keluar segera..."luah Encik Yusuf...

"Janganlah kamu kata macam tu...Aina kan cucu kami berdua...kami lagi suka dia tinggal dekat sini..."kata Pakcik Jamal...

"Yelah Yusuf,Asmah...mak lagi suka Aina duduk dekat sini...kamu berdua tak payah risau sangat...pandailah kami menjaganya..."ucap Makcik Salmiah...dia senyum lembut...memang dia sayangkan cucunya itu..itulah cucu yang ada buat peneman dirinya dan suami...

"Kalau macam tu kami pergi dulu lah,takut sampai sana lewat malam pula..."kata Encik Yusuf...dia terus menyalami kedua tangan ibubapanya...diikuti Puan Asmah...

Ada sendu dan berat untuk meninggalkan anak perempuan mereka itu...tapi disebabkan masalah yang mereka hadapi terpaksa buat begini...mujur Aina tidak meragam...

"Aina,nanti jangan nakal-nakal...dengar cakap atuk dengan nenek tau..."pesan Puan Asmah buat kali terakhir..dia mencium pipi gebu anaknya...begitu juga Encik Yusuf...

"Aina ingat ibu,ayah..."kata Aina petah lagi...atuk dan neneknya hanya senyum lucu...tak lama kemudian deruman enjin kereta kedengaran meninggalkan halaman kampung tersebut...

"Jom Aina,kita masuk dalam rumah ye..."ajak Makcik Salmiah..

"Awak nak ke mana,atuknya??"dia melihat suaminya membawa sabit...

"Saya nak pergi menyabit rumput dekat kebun pisang kita tu,awak dah lupa lah tu..."ujar Pakcik Jamal...

Tangan Aina erat dipegang..."Ya Allah,lupa pula saya nie...biasalah bang,dah berumur nie kan..."digeleng-geleng kepala tanda kesal...

"Tunggulah sekejap,saya siap..Aina,duduk dengan atuk kejap ye,nenek nak tukar baju..."

"Hah,jangan lupa bawa airnya..."ingat Pakcik Jamal...Aina terkedek menghampiri atuknya...sempat lagi diusap manja kepala cucunya...

🌟🌟🌟🌟🌟🌟

"Meh duduk sini sayang..."arah Makcik Salmiah...Pakcik Jamal sudah memulakan kerja-kerja menyabit rumput...dalam masa tiga minggu aje rumput sudah meliar semula...

Diaturnya bakul yang berisi termos air kopi,sebotol air masak dan sebekas kuih keria yang dibuat pagi tadi...

"Aina,nak kuih tak sayang...?"tanya Makcik Salmiah...dia lihat Aina seperti leka memandang sesuatu di sebalik pokok pisang yang menghijau itu...dia sedikit hairan apa yang cucunya lihat...

"Aina,lihat apa tu?"soal Makcik Salmiah risau...Aina berpaling dan senyum saja...

"Aina duduk sini dekat pondok nie,nak main pun dekat sini je ye...tak boleh turun ke tanah..nenek nak tolong atuk kemas kebun..."arah Makcik Salmiah lembut...

"Ala,Aina baru nak turun bawa main dengan kawan baru tu"tunjuk Aina arah ke bawah pondok...

Makcik Salmiah terkejut...cepat-cepat dia beristighfar...biasalah budak kecil biasa nampak benda halus nie...

"Tak boleh sayang...Aina kata nak jadi budak baik kan...jadi Aina kena dengar cakap nenek...tak boleh lawan,nanti dosa..."Aina mencebik bibir apabila neneknya berkata begitu,dengan ibunya pun dia sudah berjanji begitu,dia tak boleh mungkir janji...

"Oklah,nek...Aina duduk sini"

Makcik Salmiah senyum bangga..cucunya mendengar kata walaupun umurnya baru lima tahu...kemudian,Makcik Salmiah menuruni pondok dan melakukan tugas-tugasnya...

Aina bermain di dalam pondok..kanak-kanak lelaki seusia Aina muncul di bawah pondok dan memanggil Aina...

"Aku tak boleh bermain dengan kau lah...nenek kata tak boleh turun dan aku dah janji nak jadi budak baik..."terang Aina polos...sambil memandang ke bawah pondok...

Kanak-kanak lelaki itu tersenyum..."Tak mengapalah...kamu Aina ya,aku Teruna...selamat berkenalan..."ucapnya ikhlas mahu berkawan..

"Kita kawan ke??"tanya Aina...

"Kenapa?"

"Dekat tempat aku belajar,kalau orang tu mahu berkawan diorang buat macam nie"Aina menghulurkan tangannya,jari jemarinya yang kecil menggenggam tapi jari yang kelima dibiarkan terkeluar...

"Dan kamu harus buat macam aku buat"Teruna mengikuti arahan Aina,buat seperti Aina lakukan...

Apabila jari mereka bersatu,ibu jari mereka bercantum sama lalu mereka ketawa.. "kita sudah kawan kan? "tanya Teruna...

Aina senyum...dan mengangguk.... "Ye, kita kawan..."

AKUWhere stories live. Discover now