AKU 6

3 0 0
                                    


   Lagi seminggu percutian penggal ketiga akan bermula,Aina tidak terfikir untuk pergi ke mana-mana...Siti awal-awal sudah menceritakan yang dia dan keluarganya akan bercuti di Cameron Highlands,huhu mesti best bercuti di sana...boleh melawat kebun strawberry,nak petik dan makan begitu aje pun boleh...

Siti bercerita dengan bersungguh dan akan keterujaannya...Aina tumpang gembira melihat sahabat baiknya gembira...

Di sekolah,Aina hanya rapat dengan Siti, kalau kawan yang lain tak lah serapat mana..tapi Siti tetap tidak tahu yang dia memiliki anugerah dari Allah tu...dia tak mahu disebabkan hal tu,Siti mungkin menjauhkan diri...tapi adakah nie dinamakan ketidakjujuran..?Aina sering menyoal akan dirinya...

"Aina,kau nanti bercuti dekat mana?"tanya Siti...ketika itu mereka menjamu selera di kantin semasa rehat...Aina hanya makan bihun goreng dan Siti pula pilihannya,nasi goreng...

"Tak tahu lagi lah,Siti...belum fikirkan lagi...."jawab Aina setelah menghabiskan makanannya...

Dalam ralit Aina menghabiskan makanannya,Aina terus teringat datuk dan neneknya di kampung..Aina terus senyum lebar.

"Hah!!aku dah tau nak bercuti kat mana.."suara Aina terkuat meluah rasa gembira.

Siti yang sedang makan,terkejut.."Nasib baik aku tak tersedak,kau ni!!"bising mulut Siti memarahi Aina..Aina hanya senyum sumbing..

DALAM KELAS AINA

Siti yang duduk disebelah Aina,berbisik.."Aina,dekat mana kau nak bercuti nanti?"tanya Siti ingin tahu.

Aina fokus menulis rasa sedikit terganggu.."Ish kau nie.."bisik Aina sambil jarinya menunjukkan ke arah depan..

"Shhuu!!nanti Cikgu Mala bising...nanti aku cerita la..."sambung Aina

WAKTU BALIK

Karl hanya memandang Aina dan Siti berjalan sama..dia pun turut serta berjalan sekali.

"Aina,nanti cuti kat mana?"soal Karl

"A ah..aku pun nak tau ni,cerita la cepat"desak Siti..Aina rasa geram dengan budak dua orang ni..tapi reaksi muka tidak marah..masa ni hatinya terasa senang je..

Bila ingat balik peristiwa Karl bertanya soalan tempoh hari,hubungan mereka menjadi semakin baik..menerima Karl berkawan dengannya..

"Aku rasa aku akan bercuti di kampung datuk dan nenek aku dekat Melaka"jawab Aina senyum.

Sesi persekolahan hanya berbaki seminggu lagi,Aina dah merancang nak bercuti di sana dengan pelbagai aktiviti..

"Hurm,Melaka ke..wah!!macam best je,apa kata aku ikut,boleh tak?"kata Siti..Karl seperti memikir..

Aina pelik dengan Siti,kata hari tu nak ikut family pergi Cameron Highlands..rasanya kat sana lagi best kot..desis Aina..

"Saya rasa pun nak join juga lah,nak ikut awak bercuti di Melaka..saya tak pernah lagi sampai sana.."Karl menunjukkan rasa minatnya..

"Ish,sorang lagi ni.."Aina garu kepala..

"Kejap..kejap,dah kenapa korang berdua nak ikut aku nie...bukan korang dah plan masing-masing ke?"jawab Aina..

"Aku taknak buat keputusan supaya korang ikut aku tapi baik korang tanya your parents..not me..."ceh..ceh kan dah keluar omputih aku..sambil Aina gelak kecil..

"Okay lah,kalau macam tu selewat-lewatnya hari Jumaat ni,korang bagitahu balik,ey"kata putus Aina sebelum masuk ke perut kereta..

Kebetulan sewaktu berjalan menuju ke pintu pagar sekolah,ayahnya sudah sampai...Siti dan Karl hanya diam..dan tersenyum melambai..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AKUWhere stories live. Discover now