Bunuh Pembunuh

322 17 17
                                    

1#CERPEN
DARI PENULIS THRILLER
KHAIRUL NAIM

SUNYI SEPI, tiada suara yang kedengaran namun entah kenapa detak jantung tiba-tiba berombak kencang. Kelopak mata di buka perlahan-lahan sebaik dijerkah angin dingin bertiup kencang masuk melalui tingkap. Tidur yang lena terganggu seakan ada yang memerhati.
Berteleku sejenak memerhati sekitar bilik yang gelap hanya ditemani cahaya bulan. Dan tiba-tiba pintu bilik berkeriut seakan dibuka oleh sesuatu.
Sepantas kilat Lina menelungkup seluruh badanya dengan kain selimut. Mata di pejam rapat. Mulut pula berkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Namun tiada apa yang kelihatan, tiada kedengaran langkah tapak kaki yang masuk.
'Mungkin angin, sebab tu pintu terbuka,' bisik hati Lina.
Lina berasa lega lantas selimut dilepas dari menutup muka dan badannya. Dia memandang ke arah pintu yang hanya terbuka sikit sahaja.
"Penakut betul kau ni Lina," bebel Lina seorang diri tersenyum sinis. Sambil itu dia meluru ke arah pintu bilik. Ditutupnya perlahan-lahan pintu tersebut.
Hari ini adalah hari pertama Lina menetap di rumah sewanya. Dan pada malam ini Lina terpaksa tidur seorang diri kerana kawan serumahnya terpaksa pulang ke kampung kerana ada masalah keluarga. Terpaksalah Lina memberanikan diri tidur seorang diri.
"Nanti jaga-jaga kalau tinggal seorang diri. Rumah terbiar lama macam ni banyak penunggu." Pesan jiran rumah sebelah.
"Dah masuk rumah tu..., jangan lupa baca Yasin. Solat hajat, minta dengan Tuhan dijauhkan segala kejahatan dan gangguan. Ingat pesan mak ni." Pesan mak pula terngiang-ngiang di fikiran.
Entah kenapa baru sekarang Lina teringat semua tu. Adakah benar rumah yang lama dibiarkan kosong akan dipenuhi penunggu?
"Tapi..., kenapa aku nak percaya semua tu. Sekarang zaman moden. Mana ada hantu-hantu semua ni," ujar Lina seorang diri. Sungguh bongkak dan angkuh menafikan nasihat mak cik jiran sebelah. Pesan mak pula tidak dipedulikan.
Lina merebahkan badannya atas tilam yang empuk. Selimut ditarik hingga ke paras dada. Tika mata dibuai rasa mengatuk, tika itulah Lina ternampak sepasang mata berwarna merah di atas almari. Serentak itu juga, badan Lina kebas tidak boleh bergerak seperti dirantai di seluruh badan. Badannya rasa dihimpit oleh sesuatu yang berat namun tidak kelihatan. Peluh mula membasahi wajah, nafas pula tersekat-sekat mencari nyawa. Anak mata Lina terbeliak ketakutan. Lina menjerit sekuat hati tapi suara hilang tidak kedengaran.
"Kau ganggu tempat aku, aku ganggu kau."
"Kau berani masuk tempat aku...,"
Suara garau lagi menakutkan di sembur ke arah Lina. Begitu kuat suara tersebut menjerkah muka Lina seakan ditiup angin torpedo.
Perlahan-lahan sepasang mata berwarna merah bergerak ke arah Lina. Suaranya yang berderau semakin kuat kedengaran menampakkan rasa marah lantas dia melompat ke atas katil.
Jembalang bermata merah memandang tepat ke arah anak mata Lina yang hanya dipisahkan sejarak satu inci. Sungguh menggerunkan bila makhluk muka terbakar dan bernanah melecit merapati diri.
Air mata mengalir ketakutan. Fikiran pula berperang dengan takdir. 'Adakah aku akan mati hari ni?' bisik hati Lina seakan sudah tewas melawan maut.
"Kau jadi makanan ku...," jerit jembalang bermata merah lantas mulutnya di nganga luas-luas menampakkan gigi taring yang panjang lagi tajam. Lina menjerit sekuat hati namun tiada apa yang dapat menghalang kerakusan jembalang bermata merah mahu merasa darah muda.
Lantas leher Lina digigit rakus hingga tersembur darah memercik memenuhi bilik rumah sewa yang sudah setahun tidak dihuni manusia.
"Awuuu!!!!!"
"Jembalang bermata merah melolong macam serigala...,"
"Jap..., jap..., kenapa tiba-tiba melolong macam serigala pula? Ada ke jembalang melolong? Macam pelik je cerita Pak Som ni," celah seorang remaja lelaki yang tidak berpuas hati dengar cerita hantu yang baru di dengarnya tadi.
"Ya lah Pak Som..., kenapa pula nak melolong? Ni cerita fasal jembalang atau cerita fasal serigala jadian?" celah seorang lagi remaja perempuan.
"Cerita ni tentang serigala jadian," balas Pak Som.
"Tadi Pak Som kata jembalang...," balas remaja lelaki.
"Oh..., ya ke?" sahut Pak Som berwajah terpinga-pinga.
"Owh..., Pak Som reka cerita ek? Pak Som nak bodoh-bodohkan kita orang ya," gertak remaja perempuan pula bila temberang Pak Som diketahui.
"Cerita hantu malam ni tak bestlah Pak Som," celah remaja lelaki. "Pak Som dah tak ada idea lagi ke?" usik remaja lelaki.
"Pak Som kalau cerita hantu tak pernah kering idea. Kalau Pak Som cerita kisah hantu yang betul kau orang berdua kecut perut pula," ujar Pak Som mempertahankan maruahnya.
Pak Som atau digelar juga Pak Som Pendek kerana ketinggiannya hanya 145cm suka bercerita tentang hantu dan alam mistik.
Memandu teksi menjadikan Pak Som nampak berpengalaman luas tentang cerita-cerita hantu kerana selalu membawa teksi di waktu malam, perjalanan yang jauh dan kawasan lebuh raya yang sunyi dan berhutan di kiri dan kanan.
Bahkan penumpang sendiri meminta Pak Som bercerita perihal kisah-kisah hantu. Seperti Maria dan Umar yang sedang menaiki teksi Pak Som sekarang ini dari Pekan Kangar mahu pulang ke rumah di Arau.
Bekerja lewat malam di kedai serbaneka Seven-Eleven memaksa adik beradik yang masih remaja belasan tahun meminta Pak Som mengambil dan menghantar mereka pulang dari bekerja. Lagi pun Pak Som jiran sekampung.
"Pak Som ada dengar cerita tentang puaka hitam?" tiba-tiba Umar mencelah.
Pak Som tersentak. Fikiran pula ligat mengatur ayat mahu menjawab pertanyaan si Umar yang suka sangat mendengar cerita hantu. Kalau dijawab ya mesti mereka berdua mahu mengetahui apa itu puaka hitam. Jika dijawab tidak malu pula aku nanti, bisik Pak Som.
"Hantu apa Umar?" tanya Pak Som pula.
"Puaka hitam Pak Som..., saya ada dengar cerita daripada kawan saya, baru-baru ni pekerja yang ukur jalan telah menemui selonggok rangka dan tengkorak manusia kat bawah pokok."
"Banyak Pak Som..., tengkorak manusia. Kawan saya cakap tempat tu sarang puaka hitam," ujar Umar bersungguh-sungguh seakan mahu mengalahkan cerita hantu Pak Som.
"Pak Som tak tahu pula kewujudan puaka hitam ni. Dari mana kamu dapat cerita ni?" soal Pak Som yang masih mencurigai kebenaran cerita Umar tentang puaka hitam.
"Betul Pak Som, puaka hitam tu wujud. Dia makan daging manusia. Hisap darah sampai kering," balas Umar bernada tinggi mempertahankan kesahihan ceritanya.
"Cerita dari mulut ke mulut bukannya boleh percaya sangat. Lainlah Pak Som..., Pak Som alami sendiri, nampak sendiri dengan dua biji mata Pak Som," gertak Pak Som.
"Apa ni Pak Som..., Umar..., fasal cerita hantu pun bertekak. Sekarang ni tengah malam, kan tak fasal-fasal menjelma betul-betul, tak cukup tanah larinya,' sindir Maria yang sudah bingit dengan kerenah Pak Som yang tidak mahu mengalah. Si Umar pula nak saja mencabar Pak Som.
"Tak naklah saya dengar cerita-cerita hantu ni. Dah naik bosan, dah bingit telinga saya mendengar," bebel Maria.
"Ya lah cik adik yang comel molek," usik Pak Som cuba meredakan angin marah Maria.
"Kau orang berdua juga yang nak dengar cerita hantu. Kenapa pula malam ni rasa bingit," usik Pak Som lagi.
"Entahlah Pak Som, malam ni Maria rasa penat," sahut Maria bernada lemah.
"Ok..., dah sampai rumah kamu. Pak Som minta maaf ya Maria sebab buat Maria rasa bingit," usik Pak Som lagi sambil tersengih.
"Ngada-ngadalah Pak Som ni," balas Maria. Tatkala itu dihulurnya duit tambang kepada Pak Som.
"Esok macam biasa ya Pak Som," jerit Maria yang sudah pun keluar dari teksi.
"Pak Som...," jerit Umar. Lantas Pak Som berpaling ke arah Umar yang masih berada dalam teksi.
"Pak Som kena hati-hati, puaka hitam muncul lepas jam 12 tengah malam," ujar Umar bernada seram sambil di celik luas anak matanya.
"Lagi satu Pak Som..., puaka hitam ni selalu muncul di tepi jalan atau lebuh raya. Ingat tu Pak Som..., hati-hati," ujar Umar bernada sinis lantas meluru keluar dari teksi.
"Ya lah...!" sahut Pak Som sambil mencebik muka.

BUNUH PEMBUNUHWhere stories live. Discover now