bab 3

5.1K 60 14
                                    

Bab 3

Ikwan melabuhkan punggungnya diatas kerusi dibawah pondok yang untuk permain simpanan. Training bola petang itu di stadium amatlah memenatkan. Entah kenapa hari itu dia terasa staminanya agak kurang sedikit. Cepat mengah. Ikutkan dia sudah memanaskan badan dan membuat sepuluh pusingan larian. Peluh dilap dengan tuala kecil yang diambil dari dalam beg sandangnya. 100 Plus diteguk perlahan. Lega. Cuaca panas terik hari itu betul-betul buat dia dihydrated. Hampir separuh air isotonik itu diteguknya. Botol besar pulak tu.

Dari jauh kelihatan seorang lelaki berjalan kearah Ikwan. Fikri. Fikri adalah rakan sepasukan Ikwan. Mereka sama-sama bermain bola dan menjadi pasukan sejak di semester satu lagi. Fikri bermain selaku striker. Manakala Ikwan adalah midfielder. Fikri dan Ikwan masing-masing mempunyai pakej lengkap sebagai lelaki idaman gadis-gadis di kampus itu. Jika Ikwan seorang yang berbadan tegap, ketinggian yang hampir enam kaki, berkulit sawo matang dan ada 'goatee' dihujung dagunya, manakala Fikri bertubuh sasa, ketinggiannya kurang dua inci darpada Ikwan dan berkulit agak cerah berbanding Ikwan. Budak-budak Kelantan selalu mengkategorikan Fikri sebagai 'pauh'. Fikri sendiri tak pasti apa maksud pauh itu. Dia hanya tersengeh setiap kali orang menggelarnya begitu. Fikri merapati Ikwan.

"Layu je hari ni, bro," ujur Fikri sambil selamba mencapai botol 100 Plus milik Ikwan.

Ikwan tersengih. "Entah. Badan rasa tak larat je ni. Macam nak demam pun ada."

"Dah gi klinik ke?"

Ikwan merenung Fikri sejenak, sebelum keduanya ketawa terbahak. "Bapak ahh, gay gila soalan kau."

Fikri tak sempat mengelak apabila satu tumbukan mesra dilepaskan oleh Ikwan dibahu kirinya. "Aku care ni. Hahaha." Ikwan masih ketawa bersisa. "Semalam dating tak ingat eh?" sambung Fikri.

"Mana kau tau aku date?" ikwan mengangkat kening. "Kau stalk aku eh?"
Tersembur air 100 Plus dari mulut Fikri. Mereka terbahak lagi. "Aku gi KFC semalam ngan Ayai, nampak kereta kau kat luar. Ingat nak join sekali, tapi tengok awek kau ada, malas kacau orang tengah berasmaradana."

"Banyaklah kau punya asmaradana. Aku pun terserempak je dengan Jue. Tak tau pun dia ada kat situ." Ikwan membetulkan tali kasutnya. "Lagipun dia dengan member dia."

Fikri tersengeh. "Ahha.. itulah yang aku cuba sampaikan." Bahu Ikwan diusapnya. Ikwan mengangkat kening. Fikri tersengeh lagi. Berharap Ikwan faham maksud tersiratnya. Sejenak, kemudian Ikwan menggeleng. "Alaa, apsal geleng lak weh?"

"Kau jangan nak mengada la, bro. Tu Nisa tu kau nak campak mana?"

Fikri muncung. "Alaa, aku just nak kenal-kenal je ngan minah tu. Minah tu yang selalu join tournament kan. Aku dah lama nak try dia. Tapi tu lah tak kesampaian. Tapi memandangkan dia sebenarnya member Jue, apa kata kau tolong adjust untuk aku. Alaa, kita kan brotherhood." Fikri menepuk-nepuk tangannya didada menunjukkan signal brotherhood.

Ikwan mencebik. "Brotherhood lah sangat. Malaslah aku. Kang nanti Jue banyak tanya pulak."

"Boleh la, Wan. Tolonglah aku. Lagipun kau tau kan Nisa tu macam mana. Kan kau jugak cakap aku layak dapat yang lebih baik." Fikri terus dengan ayat-ayat memujuknya. Sambil menunjukkan wajahnya yang konon-konon syahdu mengenangkan kisahnya dengan Nisa. Nisa adalah teman wanita Fikri yang sudah hampir enam bulan usia perhubungan mereka. Nisa liar. Seorang yang baran dan kekwat. Tapi disebabkan rupa paras Nisa yang memang cun, Fikri terus bertahan. Rugi woo lepas barang baik.

Ikwan mendengus. "Tengoklah nanti." Putusnya.

Fikri melonjak gembira. "Yes. You are my brother." Tangan Ikwan digenggam kemas sambil menayangkan muka terharunya.
Ikwan menggeleng. Mereka berdua kemudian berlari anak masuk semula ke padang. Sesi latihan bermula.

Lebanese Where stories live. Discover now