Sejak merasakan dirinya gila, Julia mengelak untuk berhubung mahupun bertembung dengan Hani. Dia taknak ada satu kejadian pun yang boleh menambahkan unsur-unsur gila dalam dirinya. Hani seakan mengerti apabila Julia langsung tidak menerima satu mesej mahupun panggilan daripada Hani. Julia cuba untuk menormalkan kembali perasaannya. Semakin dia cuba menjadi normal, semakin renggang hubungannya dengan Ikwan.
Julia cuba membusykan diri dengan kuliahnya dan kerja kursusnya. Oleh kerana itu, Ikwan turut jarang dilayan. Dia sekadar berbasa-basi saja dengan Ikwan. Jumpa pun kadang-kadang. Julia tak nak perasaannya yang pelik ini mengganggu konsentrasinya pada pelajaran. Dan dia taknak perasaan itu menghantui hidupnya.
Apa yang Julia perasan, semakin dia mencuba untuk membuang perasaan pelik yang muncul dalam hatinya terhadap gadis itu, semakin perasaan rindu menghambatnya. Namun Julia berjaya mengatasi rasa itu. Dan dia yakin, perasaan itu sekadar sementara dan sekadar untuk menduganya saja.
"Hai, Jue. Sorang je? Ikwan mana?" satu suara garau menegurnya.
Julia mendongak. Dia memberikan senyuman.
"Bukan time-time gini dia selalu lepak dengan kau ke?" Julia kembali menyoal Fikri.
Fikri kelihatan jambu gila dengan skinny maroon dan kemeja fit berwarna pink lembut, siap ber-bow tie lagi. Fikri, sememangnya mat smart. Warna yang dipakai selalunya bersesuaian dengan kulitnya yang cerah. Bermodalkan wajah yang kacak, Fikri memang laris dipasaran.
"Yelah, tapi tadi dia keluar kelas awal. Ingat dia dengan kau."
"Takde. Aku sorang je ni."
"Hani mana?"
Hati Julia berdetak tatkala mendengar nama itu. Rasa berdebar-debar.
"Entah. Aku dah lama tak jumpa dia."
"Ha, cakap pasal jumpa kan, hari tu, aku pergi rumah dia." Fikri mula teringat kisah malam itu.
'Apakes gi rumah girlfren aku? Eh cop, girlfren?err...'
"Kau pergi rumah dia? Buat apa?" ada nada tidak senang pada suara Julia.
"Aku ajak dia gi makan. Memula dia taknak tau, kau tahu lah dia kan memang nak mengelak je daripada aku."
"Then?"
"Then, member dia si Rina tu suruh jugak dia keluar dengan aku. So, dia keluarlah."
'Damn, Rina.'
"Korang buat apa je?"
"Buat apa mende, gi makanlah."
"Oh."
"Aku propose dia malam tu?"
"What?" tinggi nada Julia.
"Eh, yang kau nak menengking ni kenapa?"
'Chill, Julia. Chill.'
"Takde. Aku tak dengar apa kau cakap tadi. ulang balik."
"Aku cakap aku propose dia."
"So, dia terima?"
'Please say no, please, please.'
"Tentulah tak. Dia siap gelakkan aku lagi adalah."
'Oh, thank God.'
"Kau pun nak gelakkan aku ke?"
"apsal lak?"
"Dah tu muka happy semacam je. Ishh, Julia. Kau tolonglah aku, macam mana nak tackle Hani tu. Kau kan rapat dengan dia." Pinta Fikri.
"Kau ni perangai buaya tak abis-abis. Nisa tu mana kau nak letak?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Lebanese
Romance{SAMPLE ONLY. PUBLISHED END OF FEBRUARY 2017} Tentang dilema gadis. Tuhan temukan kita dengan pelbagai jenis manusia. Salah satu pertemuan kadangkala membuahkan rasa cinta, tapi bagaimana jika ia sesama gender? Bukan salah Ikwan bila Julia berpaling...