Bab 1- first meet

129 9 0
                                    


Pandangannya hanya tertumpu ke atas lantai karpet biliknya.renungannya kosong.seketika,kakinya menguis hujung karpet yang berwarna kelabu tersebut sambil tersenyum kecil.bebola kaca yang jernih yang berisi salji-salji yang turun naik akibat tekanan angin kecil di dalamnya menenangkan sesiapa yang memandangnya ditambah pula dengan alunan muzik yang merdu dan romantik.melodi indah yang dihasilkan oleh bebola kaca itu mampu menenangkan hati sesiapa yang gelisah dan sedih.

Omma..bogoshipeosseo(omma,I miss you)

Dia membetulkan dress putih paras lutut yang dipakainya sebelum bangun dan mencapai tongkat kecil yang berada disebelahnya.

"ahjumma..."dia memanggil penjaganya yang berada di luar biliknya.wanita yang berusia lewat 40-an itu terkedek-kedek masuk dan menghampiri yooa.

"ya,cik muda.cik nak apa-apa?"yooa terdiam sesaat sebelum menggeleng.

"appa...dia dah balik ke?"soal yooa.wanita yang dikenali sebagai choi da eun itu mengeluh seketika sebelum menggeleng.

"belum.."

"mungkin dia lupa juga tahun ni.."kata yooa.wanita itu diam tak bersuara.yooa sedikit kecewa dengan appanya,yoo min ju yang lupa akan hari lahirnya setiap tahun.dulu,semasa ommanya masih hidup,mereka sama-sama menyambut hari lahirnya di luar.

Yooa sebak mengingati detik itu.detik yang amat indah dan berharga yang terkunci simpan di memori lamanya.seandainya ommanya berada di sini..

"ahjumma,tolong bawa saya ke tempat biasa.."pinta yooa.ahjumma da eun hanya mengangguk dan membantu yooa berjalan keluar daripada biliknya.

YOOA duduk di atas buaian tersebut.buaian buatan ommanya sejak kecil lagi.segala memori dia dan ommanya banyak berkait dengan buaian tersebut.setiap sebelah petang,dia dan ommanya selalu ke situ untuk bermain buaian bersama.

Namun,kenangan hanya kenangan.ommanya meninggalkan dia dan appanya ketika dia berumur lapan tahun lagi.sejak peristiwa itu,yooa hanya menerima kasih sayang daripada appanya sahaja ditambah lagi dia adalah anak tunggal dalam keluarga tersebut.

"ahjumma boleh pergi..saya dah biasa seorang diri..jangan risau.."kata yooa.ahjumma da eun berasa berat hati untuk meninggalkannya keseorangan di situ.namun,jika tidak dituruti permintaannya,takut pula cik mudanya berkecil hati dan tidak mahu makan.keluhan berat dilepaskan.

"baik.kalau ada apa-apa,jerit panggil ahjumma ya?"yooa tersenyum dan mengangguk.ahjumma da eun memandangnya buat kali terakhir sebelum beredar pergi dari situ meninggalkan yooa keseorangan.

Yooa berasa tenang dan lapang apabila ditinggalkan berseorangan di situ.dia bermain buaian tersebut sendiri sambil mendengar alunan lagu daripada bebola kaca tersebut.ingatannya mula berputar kepada detik-detik dulu bersama ommanya.

Bunyi muzik yang syahdu dan indah itu menerobos masuk ke gegendang telinganya.hatinya seakan dijentik perasaan halus untuk mencari dimanakah muzik itu dialunkan.dirinya dibawa kea rah muzik itu dimainkan.semakin dia berjalan,semakin dekat bunyi muzik itu dialunkan menandakan dia sudah dekat dengan alunan muzik tadi.

Semakin dia menghampiri sebuah pohon yang agak besar dan rendang,semakin perlahan langkahnya.akhirnya,dia berhenti melangkah dan memandang tepat ke arah seseorang yang sedang bermain buaian sambil mendengar alunan muzik.di manakah muzik itu datang?satu soalan menerjah kotak pemikirannya.

Tiba-tiba bebola kaca itu jatuh tergolek di atas tanah.yooa segera bangun dengan berhati-hati daripada buaian tersebut dan perlahan-lahan mencangkung ke tanah.tangannya meraba-raba permukaan tanah itu untuk mencari keberadaan bebola kaca tadi.

She's blind?

Hatinya terdetik untuk menolong gadis itu.akhirnya,dia keluar daripada belakang pohon itu dan menghampiri gadis itu.dia melihat gadis itu meraba-raba sesuatu di atas tanah itu.terbit rasa kasihan di dalam hatinya.kemudian,dia menunduk dan mengutip bebola kaca itu tanpa pengetahuan yooa.dia memandang yooa yang masih lagi mencari sesuatu.

The Promise(Hold on) Where stories live. Discover now