Bab 5-their destiny

101 8 2
                                    


Yooa datang lagi ke tempat itu, tempat yang menciptakan memori antara dia dan luhan. Dia datang bersama rasa sedih dan kecewanya. Ditatapnya tempat itu lama-lama. Memori yang terpahat dulu seolah-olah mengulang tayang kesemuanya. Hatinya dirudum sebak yang menggunung.

Kakinya mengatur langkah ke arah pohon yang sedikit besar berhampiran dengan buaiannya ketika itu. Berteduh daripada sang mentari yang memancarkan cahaya yang terik.

Keluhan dilepaskan. Titisan mutiara yang jernih jatuh jua di pipinya.

Kenapa awak siksa perasaan saya macam ni, luhan?

Dia tertunduk menahan esakkan yang kian bertamu di hatinya. Dia memandang sekeliling lalu matanya cepat menangkap sesuatu di sebalik pokok besar yang berada tidak jauh daripada tempat dia duduk. Tangisannya berhenti serta merta.

Luhan?.. Ke?

Air matanya diseka lalu dia bangun menuju kearah pokok itu. Kelihatan lelaki itu mahu berlalu pergi. Yooa mempercepatkan langkahnya.

"luhan.. " panggilnya. Namun, lelaki itu tidak berpaling. Yooa masih mengejarnya.

"luhan, tunggu.. " lelaki itu berhenti dan menoleh. Yooa serta merta berhenti mengejar tatkala dia dan lelaki itu saling berpandangan.

Yooa kaku seketika.

"awak..luhan ke?" soal yooa kurang pasti. Lelaki itu memandang yooa lama sebelum menggeleng.

Yooa hampa dan kecewa seketika.

"err, maaf. Saya fikir awak luhan.. " yooa meminta maaf. Dia tertunduk malu. Lelaki itu hanya tersenyum.

"ya. Saya bukan luhan. Tapi, saya kenal dia. Awak ni yooa kan? "soalnya. Yooa serta merta memandangnya. Terkejut. Dia.. Dia kenal luhan?

"err.. Ya.." yooa menjadi gugup. Siapa lelaki di hadapannya kini? Dia tahu nama aku dan dia kenal luhan juga. Maknanya luhan pernah bercerita tentang aku pada lelaki ini?

Lelaki tadi hanya tersenyum sinis.

"saya baekhyun. Nampaknya awak salah orang.. " ujar baekhyun. Yooa hanya tersengih.

"y..ya. Maaf. Sekali lagi.. "

"tak apa. Saya faham. Saya faham keadaan awak. Rasanya, awak tak perlu habiskan masa awak menunggu sesuatu yang tak pasti lagi. Kalau dia betul-betul sayangkan persahabatan antara awak dan dia, dia mesti akan cari awak.. " kata baekhyun yang penuh dengan maksud yang tersirat.

Yooa terdiam sejenak. Hatinya tiba-tiba sakit mendengarnya.

"apa maksud awak? " soal yooa. Baekhyun memasukkan tangannya ke kocek seluar dan tersenyum.

"awak tak sepatutnya berada di sini. Bahaya. Lagipun, hari nak hujan ni. Baik awak balik dengan kadar segera.. " pesan baekhyun tanpa menjawab pertanyaan yooa. Dia melangkah pergi sebelum sempat yooa berkata apa-apa.

Keluhan dilepaskan. Apa maksud dia sebenarnya? Matanya memerhati sekeliling. Sunyi sepi. Lelaki tadi sudah jauh meninggalkannya.

Bibirnya diketap lalu menapak pergi dari situ. Mindanya mengeluarkan pelbagai soalan tentang lelaki tadi. Siapa baekhyun? Hujan akan turun sekejap lagi? Matanya memandang ke atas langit.

Hm.. Macam tak aje.

Kakinya diatur ke arah buaiannya. Baru sahaja dia ingin duduk, satu demi satu titisan air hujan mula jatuh daripada langit. Yooa mendongak ke atas.

"huh? Hujan.. Alamak.. "yooa segera berlari pulang ke rumahnya. Dalam keadaan itu sempat dia mengiakan kata-kata baekhyun sebentar tadi.. Tapi, macam mana dia tahu?

The Promise(Hold on) Where stories live. Discover now