"Sedarlah wahai calon SPM. SPM semakin hampir. Ini demi masa hadapan kamu. Kalau kamu tak belajar bersungguh-sungguh sekarang, bila lagi? Jangan harap kamu akan dapat keputusan yang cemerlang. Jangan harap kamu akan dapat beli baju mahal, kereta mewah, rumah besar nanti. Jangan harap!"
"Peh fasi ini. Macam dia pula yang Tuhan, tentukan masa hadapan kita"
"SPM bukan segalanyalah"
"Entah fasi ini. Berlagak macam dapat 20A+"
Sekumpulan pelajar lelaki yang duduk di belakang dewan sekali, berbisikan. Mereka tidak memghiraukan bicara fasilitator. Namun spesifikasinya, mereka cuma sibuk mengkritik setiap patah yang keluar dari mulut fasi. Bagaikan mencurah air ke daun keladi kata-kata fasi tersebut.Badrul, Haikal, Amin, Syarul dan Zul ialah lima sekawan yang telah berkawan sejak kecil. Maka, perangai mereka dua kali lima sahaja. Tidak ada satu pun yang lain. Andai seorang malas, yang lain turut malas. Andai seorang ponteng, yang lain juga ikut serta ponteng sekolah. Kali ini juga, bukan seorang sahaja yang tidak menghiraukan SPM, malah kesemuanya. Hal ini kerana bagi mereka, SPM bukan segalanya.
Tok! Tok! Ketukan di pintu dewan kedengaran, menyebabkan fasilitator berhenti berbicara. Seorang pengawas sekolah meluru masuk ke dewan lalu ke fasilitator tersebut. Kelihatan mereka bercakap dan sekali-sekala fasi menganggukkan kepala.
"Baiklah. Nama yang saya panggil ini, sila ke bilik pengetua" Kemudian fasi itu menyebut satu per satu nama yang tersenarai di atas satu helaian kertas.
"Badrul 5Z, Haikal 5Z, Amin 5Y, Syarul 5X dan Zul 5X"
"Kenapa nama kita kena panggil?"
"Masalahlah!"-----
Sesampainya mereka di bilik pengetua, mereka hanya berdiri di hadapan meja pengetua dan memerhati gerak-geri pengetua. Mereka tidak berani sembarangan duduk di sofa yang ada di dalam bilik pengetua. Mereka takut untuk menjadi biadab depan pengetua. Silap-silap surat gantung sekolah sampai ke rumah mereka sekali lagi. Mereka juga sudah bersetuju awal-awal untuk menjaga adab dengan pengetua sebelum masuk me pejabat tadi.
"Kita datang sini semata-mata perlu tonton pengetua buat kerja ke?" Tanya Zul berbisik.
"Ehem ehem" Amin buat-buat berdehem.
"Pengetua!" Selamba sahaja Badrul memanggil pengetua.
"Bad. Tadikan dah janji tidak biadab dengan pengetua" Syarul yang disebelahnya berkata dengan nada yang marah, ingin mengingatkan persetujuan mereka berlima tadi.
"Panggil saja pun dikira biadab ke?""Oh ya. Kamu semua sudah ada di sini." Puan pengetua membuka suara.
"Kamu semua yang selalu gagal dalam ujian dan peperiksaankan. Kamu tak bosan ke selalu dapat markah gagal? Kamu tak nak ke dapat lulus macam orang lain? Kalau tak dapat straight A sekalipun, sekurang-kurangnya dapatkanlah lulus. Kamu nak kerja apa nanti? Kalau kamu gagal, sijil SPM tak dapat. Kamu nak kerja nanti, kamu nak tunjuk sijil apa? Sijil PT3? Tak ada maknanya. Takkan ada yang akan ambil kamu kerja. Takkan ada dalam kalangan kamu yang akan berjaya nanti!"
Kata-kata pengetua yang sekali dialog itu membuatkan sekumpulan pelajar lelaki itu bengang. Mereka tidak dapat menerima kata-kata pengetua tetapi dalam masa yang sama mereka masih tidak berasa sentap dan sedar apa yang berlaku kini.
Mereka mengatur langkah hendak keluar dari bilik pengetua. Namun ditahan dengan suara pengetua.
"Tunggu. Masih ada masa dan harapan untuk kamu belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang"
----
Sudah menjadi kebiasaan, setelah tamat sesi persekolahan. Badrul, Haikal, Amin, Syarul dan Zul melepak di taman permainan yang berdekatan dengan rumah mereka. Meskipun, cuaca tengahari yang terik namun inilah tempat mereka untuk membuang masa selain daripada merokok. Badrul mencucuh api pada sebatang rokok. Begitu juga dengan yang lain kecuali Amin. Mereka memerhati Amin yang menongkat dagu seperti memikirkan sesuatu. Dari tadi dia senyap, entah fikir apa, mereka pun tidak tahu.
YOU ARE READING
Cerpen: Sedarlah Calon SPM
Fiksi RemajaKisah tentang 5 kawan yang malas nak belajar. Tapi akhirnya 2 kecundang, 3 lagi berjaya yeay