Sejarah Perkahwinan

7.5K 37 0
                                    

Nama aku Hadi...aku merupakan seorang usahawan berjaya yang mengusahakan kelapa sawit.Aku baru berkahwin dua tahun yang lalu dan masih tiada anak.Wanita yang aku kahwini ialah seorang cikgu Matematik di SMK Pasir Gudang.Namanya Awatif dan sebaya dengan aku.Aku menemui dia semasa aku menjemput anak saudaraku pulang dari sekolah.Aku masih ingat lagi sewaktu itu 5 Mac 2014.Dia berbaju kurung dan bertudung labuh serta berkaca mata memikat hatiku.Malam itu aku tidak dapat tidur dengan lena memikirkan dia.

"Fadhli sapa perempuan yang duduk sebelah kau masa aku amik kau tu?" aku bertanya kepada anak saudaraku itu

"Ouh tu cikgu Awatif,dia cikgu Math Fadhli" jawab anak saudaraku

Aku baring di atas katil sambil termenung dan tersengih memgingatkan Awatif.

"Dahla cantik,pandai Math plak tu" aku tersengih seorang diri

Keesokan harinya aku menjemput lagi anak saudaraku pulang dari sekolah dan kali ini aku menegur Awatif.

"Assalamualaikum,cikgu ni cikgunya Fadhli ke?" tanyaku spontan

"Ha'a saya cikgu Math dia.Kamu ni bapa dia ke?" tanya Awatif

"Eh bukan saya bapa kepada anak cikgu nanti" pickupline diberikan oleh aku.Sewaktu itu aku sangat pandai berpickupline

"Eh encik ni..." Awatif tersengih

"Hehe sebenarnya saya ni pakcik dia.Saya bujang lagi,teman pun takde" aku menjawab soalannya tadi

"Ouh encik ni bujang macam sayalah" kata Awatif sambil tersenyum

Sejak itu kami mula berjumpa dan meluangkan masa bersama.Aku mula jatuh hati dengan Awatif setelah sebulan berkenalan.Akhirnya aku nekad untuk merisik Awatif.Dipendekkan cerita segalanya berjalan lancar dan aku berjaya diijab kabulkan dengan Awatif serentak dengan pernikahan kawanku Jamali dengan pasangannya Najwa.Majlis perkahwinan diadakan secara sederhana saja.Rumah tangga aku bahagia setakat ini sehinggalah 4 April 2016.Kawanku Mat Tajuy pernah berkata bahawa bulan April ini bulan yang sedih.Ternyata kata katanya benar apabila ada perselisihan faham antara aku dengan Awatif.Waktu itu aku bangun awal untuk pergi ke mesyuarat tapi aku tidak mengejutkan Awatif kerana kesiankan dia terlalu penat menanda kertas peperiksaan malam semalam.Aku bersiap dan terus pergi ke pejabat.Mesyuarat telah pun selesai dan aku ingin pulang ke rumah dengan segera tapi aku terjumpa kawan lamaku di sebuah restoran namanya Qayra.

"Eh awak ni Hadi kan?" tanya Qayra

"Ya saya,cik ni siapa eh?" aku tidak dapat mengenali Qayra ketika itu

"Ya Allah ni sayalah Qayra,tak ingat ke?" kata Qayra

"Ouh Qayra,sorry sorry saya tak camla muka awak" aku tertawa

Aku pun mula berbual bual dengan Qayra sehingga aku terlupa untuk pulang ke rumah.Tambahan pula phone aku berada di dalam mod senyap,jadi aku tidak perasan Awatif menelefon aku.Aku pulang ke rumah pada pukul 4 petang.

"Awak pergi mana tadi?" tanya Awatif

"Saya pergi mesyuaratla sayang" aku menjawab

"Sekarang baru balik? Jangan tipu saya baik awak jujur" Awatif mula marah

"Tadi saya jumpa kawan lama saya kejap" aku cuba menjelaskan

"Kenapa tak jawab panggilan saya?"Awatif tanya lagi

"Phone saya silent...." aku mula risau

"Jadi kawan lagi penting ke? kenapa tak bagitahu saya awal awal?" Awatif menengking

"Saya saya..." aku tergagap kerana agak gementar dengan situasi ini

"Awak ada perempuan lain ke? Sapa perempuan kat restoran tu?" Awatif tahu mengenai perjumpaan aku dengan Qayra

"Itu itu kawan lama..." jawab aku ringkas

"Ke bini kedua?" Awatif sudah naik angin

"........." aku terkelu

"Saya berhak tahu,sampai hati awak buat saya macam ni...." kata Awatif

"Tapi tapi...." aku cuba menjelaskan

"Dahla cukup,takyah tapi tapi...saya taknak tengok muka awak lagi" Awatif mencelah

Awatif pun keluar dari rumah dan berlalu pergi dengan keretanya.Aku tidak mampu membuat apa apa.Kini Awatif wanita yang aku cintai sudah pergi tanpa sebarang talak.Aku ke yang bersalah? atau dia yang terlalu emosi? Aku tak tahu....tapi aku hidup kesunyian

Seminggu Tanpa IsteriWhere stories live. Discover now