Aku bangun tidur untuk solat Subuh dan tidak tidur lagi selepas itu.Sepanjang waktu sebelum aku masuk pejabat,aku merenung wajah Awatif di dalam telefonku.Aku seakan akan terpukau dengan keindahannya kerana terlalu rindu dengan Awatif.Walaupun baru tiga hari tidak berjumpa tapi seolah olah sudah tiga tahum tidak bersua muka.Aku membuka lagu jiwang melayan hati yang kecewa.Aku memandang kipas siling yang sedang berpusing dan tiba tiba terhenti.
"Eh apsal berhenti kipas ni?" tanya hatiku
Aku pun menelefon kawanku yang mahir dengan kerja teknikal ini.Kawanku pun datang dan kami berborak sebentar selepas dia menyelesaikan masalah kipas itu.
"Eh bini kau mana Hadi?" tanya kawanku
"Ha? bini aku? dia merajuk dengan akula Khai" aku menjawab soalannya
"Merajuk? Habistu dia larilah ni?" Khai cuba memahami situasi
"Ha'a" jawabku ringkas
"Hadi..aku yakin ni bukan salah kau..sebab perempuan ni memang sensitif sikit.Jadi benda kecil pun jadi hal.Untunglah juga bini kau macam tu lari je.Bini aku tu siap minta cerai pastu tak balik rumah dua minggu.Nusyuz tu Hadi kena remind dia awal awal" nasihat berguna dari Khai
"Terima kasih sebab faham aku Khai" aku menghargainya
"Takde hal,eh aku nak balik dah ni.Nak jemput anak dari sekolah" Khai meminta diri
"Okay hati hati kat jalan raya" Khai pun beredar
Aku ingat kembali kata kata Khai itu.Mungkin juga dia yang bersalah sebab aku cuma berbual dengan kawan lama aku bukan bercinta pun.Aku menguatkan diri mengatakan bahawa aku tidak bersalah.Tapi Awatif tiada di sisi menemani aku.Semangatku kembali lemah.Aku bercadang untuk pergi ke pantai tempat aku dengan Awatif berbulan madu di Tanjung Balau.Aku melihat matahari terbenam dan mengenang kenangan kenangan bersama Awatif.Bunyi ombak yang merdu melembutkan hatiku sehingga aku tidak dapat menahan sebaknya.Aku pun pulang ke rumah seperti biasa tiada isteri di rumah walaupun sudah berkahwin.Aku risau dengan Awatif.Di mana dia tidur? Apa dia makan? risaunya aku terhadap dia.Aku berdoa pada Tuhan agar dia dilindungi sebagaimana Tuhan melindungi mak aku.Hari ini aku tidur di ruang tamu kerana terlalu sedih untuk tidur di atas katil tanpa isterinya yang mungkin hanya beralaskan lantai untuk tidur.
YOU ARE READING
Seminggu Tanpa Isteri
Romance"Saya berhak tahu,sampai hati awak buat saya macam ni..." "Tapi tapi...." "Dah cukup,takyah tapi tapi....saya taknak tengok muka awak lagi....." Sukar bagi lelaki untuk berpisah dengan wanita kesayangannya...baik ibu ataupun isteri....walaupun lelak...