Hari Keempat

3.1K 21 1
                                    

Aku mempunyai banyak kerja hari ini.Banyak masalah timbul di syarikat aku.Aku menyelesaikannya satu demi satu sehinggalah selesai.Mujurlah kesemua masalah itu dapat diselesaikan dengan mudah.Aku berasa sangat penat.Aku kerap tertidur di pejabat.Aku pun bercadang untuk ke rumah Mat Tajuy kerana dia satu satunya kawan aku yang pandai menghiburkan orang.Aku cuba untuk mencari hiburan menggembirakan hati dan hilangkan penat lelah.

"Eh Hadi kau ni okay tak?" tanya Mat

"Okay" aku menjawab

"Ya ya je kau ni.Habistu kenapa datang jumpa aku?" tanya Mat lagi

"Saja je nak lepak dengan kawan,salah ke?" aku mula naik angin.Ingatkan hati gembira makin geram ada lah

"Eh tak salah,aku tengok moment kau ni pelik lain semacam je.Kau gaduh dengan bini kau ke?" tanya Mat

"Erm...lebih kuranglah" aku seperti malas hendak melayan

"Pengantin baru dua tahun sudah gaduh tak jumpa bini banyak konflik betullah kau ni" kata Mat

"Alah kau ni,biarlah rumah tangga aku" aku berkata

"Kita ni Hadi lelaki tak boleh macam ni.Kalau bini lari carilah" kata Mat

"Aku dah cari dah" aku menjawab

"Kalau dah cari mana bini kau?" tanya Mat

"Tak jumpala aduh kau ni kenapa?" aku menengking Mat

"Tengok tatabahasa kau pun fail manala Awatif tu tak lari" gurau Mat

"Malas ah nak layan gini,baik aku balik" aku pun berganjak

"Wei makanlah biskut ni dulu" pelawa Mat tapi tidak dilayan

Aku pun beredar dengan rasa geram.Ingatkan boleh happy happy dengan Mat Tajuy.Aku pun duduk kat rumah buka TV.Tiba tiba loceng rumah berbunyi.Aku pun membuka pintu dan alangkah terkejutnya aku apabila Awatif berada di hadapanku

"Ya Allah awak pergi mana? Saya rindu sangat kat awak" aku memeluk Awatif dengan erat

"Hadi sorry eh,sebenarnya kitorang saja je nak sorokkan Awatif ni atas permintaan dia pastu dia kata dia nak balik harini jadi kitorang hantarlah dia balik ni.Sorry sangat sangat" kata isteri Mat Tajuy

"Ouh takpelah janji Awatif my lovely wife dah balik" aku sangat lega

Aku silap.Walaupun Awatif sudah pulang tapi dia tetap mengasingkan dirinya dan tidak mengendahkan aku.Dia juga tidur di ruang tamu kerana tidak mahu sekatil dengan aku.Terpaksalah aku tidur seorang lagi untuk hari ini.

Seminggu Tanpa IsteriWhere stories live. Discover now