Dia berlari selaju yang mungkin. Lelaki bertopeng putih itu masih lagi mengejarnya. Lariannya semakin perlahan kerana tenaganya mula berkurangan. Dia berdoa dalam hati supaya dia selamat dan tidak diapa-apakan. Dia menoleh kebelakang dan melihat lelaki bertopeng itu semakin menghampirinya. Dan kakinya mulai lemah lalu dia jatuh tersungkur mencium bumi.
Belum sempat dia mahu bangkit, dia diterkam dari belakang. Mereka bergelut dan lelaki bertopeng itu memang tidak dapat dinafikan kekuatannya. Pisau ditangan lelaki itu diangkat tinggi sebelum dihunus ketubuhnya. Matanya dikatup ratup, berharap rasa sakit itu berkurangan.
"Arghh!!" Usamah terjaga dari mimpi ngeri itu. Dia mengucap panjang dan meraup wajahnya. Jantungnya masih berdegup kencang. Bukan wajahnya sahaja dibasahi peluh tetapi seluruh tubuhnya sehingga kain cadarnya juga basah lencun.
Usamah memandang kekanan dan kirinya sebelum menjerit sekali lagi.
"Woi, kau ni kenapa? Aku ingatkan hantu tadi!" marah Usamah pada rakan sebiliknya, Syafiq yang mukanya betul-betul berada disebelah Usamah.
"Patutnya aku yang tanya soalan tu. Kau tu yang kenapa? Menjerit malam-malam buta macam ni. Mimpi basah ke?" ujar Syafiq yang sudahpun mula bergerak menuju kemeja belajarnya.
"Kepala hotak kau mimpi basah. Kalau mimpi basah aku tak menjerit macam tu, aku mimpi ngerilah." Ujar Usamah geram.
Syafiq sekadar membisu. Tidak mahu bertanya mengenai mimpi rakannya itu. Matanya kembali terpacak didepan skrin komputer ribanya.
Usamah bangun menukar bajunya yang sudah melekit dengan peluh. Kemudian menuju kebilik air untuk membasuh muka dan berwudhuk. Dia baru teringat yang dia masih belum menunaikan solat fardhu Isya'. Mungkin disebabkan itu dia mengalami mimpi yang sengeri itu.
Selesai menunaikan kewajipan, dia kembali baring diatas katilnya. Dia melihat Syafiq asyik dengan komputer ribanya.
"Kau buat apa tu? Download blue?" tanya Usamah selamba.
"Kau ingat aku ni keji macam kau ke? Aku sucilah bro!" jawab Syafiq sedikit menekan.
"Relakslah, benda normal. Takkan dengan aku pun segan. Habis tu kau buat apa kusyuk sangat depan laptop tu?" tanya Usamah lagi. Dia masih belum boleh melelapkan matanya.
"Assignmentlah. BMD401." Jawab Syafiq acuh tak acuh.
"Itulah, kerja suka bertangguh. Esok nak hantar, malam ni baru nak siapkan. Bilalah kau nak berubah?" kutuk Usamah.
Syafiq sekadar mendiamkan diri. Malas untuk melayan kutukan rakannya itu.
"Esok kalau kau bangun lambat, aku tinggal. Selamat malam!" melihat dirinya tidak dilayan, ugutan diberikan sebelum menyambung kembali lenanya yang terganggu.
Mereka berdua berlari mengejar pintu lif yang hampir tertutup. Mujur mereka sempat meloloskan diri kedalam perut lif. Peluh yang merenek dilap dengan lengan baju.
Usamah yang masih tercungap-cungap itu menyuruh Syafiq menekan butang lif ketingkat lapan. Namun, Syafiq tetap membatu.
"Woi, tekanlah butang tu. Tingkat lapan." Marah Usamah pada Syafiq.
"Kaulah tekan. Kau lagi dekat." Ujar Syafiq yang sudah dapat bernafas seperti biasa.
"Kepala atok kau! Kau lagi dekatlah, tingkat 8!" ujar Usamah lagi sedikit menjerit.
Dua orang gadis yang berada didalam lif itu memandang sesama mereka dengan wajah yang berkerut. Mungkin hairan dengan sikap dua orang lelaki yang bersikap seperti budak-budak. Salah seorang daripada gadis itu membantu menekan butang nombor lapan.
YOU ARE READING
TUNTUT (cerpen)
TerrorSETIAP JANJI YANG DIBUAT MESTILAH DITUNTUT.. JANGAN BERJANJI JIKA TAK MAMPU DITUNAIKAN KERANA IA AKAN MENGHANTUI..