~I watch, superman fly away.
You've got a busy day today.
To save the world,
I'll be around.~-Taylor swift.
"Bestnya lagu Taylor Swift ni",kata Syuhada dengan gembira."Adik , senyap lah sikit",marah Zamri."Maaf",kata Syuhada dengan perlahan.Syuhada terus membaca lirik Superman by Taylor Swift sambil menyanyi."Kerja sekolah siap?",tegur Encik Sabri.Syuhada mengganggukkan kepalanya."Bagus anak ayah ni",kata Encik Sabri lalu mengusap kepala Syuhada."Sekolah okay?",tanya Encik Sabri."Okaylah juga.Haikal pindah sini",kata Syuhada."Haikal?Anak Ali tu ke?",tanya Encik Sabri dengan rasa gembira.Syuhada mengganggukkan kepalanya."Dia duduk betul-betul belakang rumah kita ayah",kata Syuhada.Encik Sabri tersenyum apabila kawan lamanya berpindah ke sini lalu beredar dari kamar Syuhada.Syuhada begitu asyik mendengar lagunya sehingga dia terlelap.
_♡_
"Syuhada, bangun. Ada orang nak jumpa adik",kata Puan Zuraidah sambil mengetuk pintu bilik Syuhada."Siapa,bu?",tanya Syuhada yang sedang mamai itu."Haikal dengan Taufiq",jawab Puan Zuraidah.Apa?!Mimpi apa diaorang berdua datang ni?Kacau aku nak tidur je.Nak kata pagi ni ada event,tak ada pula."Cepat bersiap.Haikal buat jamuan makan",sambung Puan Zuraidah.Lantas Syuhada bangun dan terus bersiap.Kelam-kabut Syuhada mencari baju yang sesuai dengannya.Bersepah biliknya apabila dia mencari baju.Aku pakai warna biru pekat ni jelah.Pakai simple dan beautiful.Perasannya aku ni.
Selesai saja Syuhada bersiap,dia terus bergegas turun ke bawah lalu membuka pintu."Chak",kata Taufiq dan Haikal dengan serentak.Terkejut Syuhada dibuatnya apabila mereka betul-betul di depan pintu rumahnya."Jangan buat aku terkejut, boleh tak?",marah Syuhada."Maaf",kata Haikal."Kitaorang datang ni nak jemput kau.Zera pun ada sekali",kataTaufiq."Mana Zera?",tanya Syuhada yang menjenguk Zera di depan rumahnya."Sinilah.Aku di belakang diaorang.Diaorang menghalang.Tahulah aku ni pendek",jawab Zera lalu melambai tangannya."Kauorang ke tepi sedikit.Bagi laluan untuk girlfriend aku",tegas Syuhada.Zera menahan malunya apabila dia terasa dirinya seperti VIP."Jom gerak",kata Taufiq dengan riangnya.
*Di rumah Haikal*
"Eh,Syuhada.Amboi,cantiknya dia dengan Zera",puji Puan Laila.Zera dan Syuhada tersengih dan menundukkan kepalanya."Mana adalah,cik.Kitaorang biasa je.Simple je ni",kata Syuhada."Ha,Haikal,jemput kawan kamu tu makan",arah Encik Ali.Haikal mengganggukkan kepalanya lalu menjemput mereka."Ramainya orang",bisik hati Syuhada.Zera memegang tangan Syuhada kerana takut sesat."Eh,kau dah kenapa Zera?",tanya Syuhada yang amat mengenali Zera.''Aku malu.Tak biasa.Nanti aku sesat",jawab Zera dengan gementar."Don't worry.Kitaorang ada.Jemput makan",kata Haikal lalu mempelawa mereka untuk menjamu selera.
Syuhada mengambil sepotong kek coklat dan mengambil beberapa buah tembikai yang sudah dipotong."Syu,makanan dah ada di sinilah",kata Haikal."Eh, yeke?Alahai",keluh Syuhada."Taufiq,baca doa sekarang",arah Syuhada lalu Zera,Syuhada dan Haikal menadah tangan."Aku?Yela.Aku baca",kata Taufiq lalu membaca doa makan.
Selesai sahaja makan,mereka berempat terus bergerak ke taman permainan dengan keizinan keluarga mereka.Sepanjang perjalanan mereka untuk sampai ke taman permainan,mereka berempat berjalan seperti berpasangan.Haikal dengan Syuhada manakala Zera dengan Taufiq.Syuhada berasa cemburu apabila Taufiq berjalan dengan Zera.Walau bagaimanapun,Syuhada tetap berfikiran positif.Dia tidak mahu bersangka buruk tentang Zera dan Taufiq."Syu, aku nak beritahu sesuatu nanti",bisik Haikal.Syuhada berasa resah gelisah apabila Haikal ingin memberi tahu sesuatu kepadanya.Syuhada mengganggukkan kepalanya.Zera dan Taufiq kelihatan bermesra.Kemesraan mereka berdua membuatkan Syuhada berasa kecewa.
*Di taman*
"Syu",panggil Haikal dengan riangnya."Apa?",tanya Syuhada dengan hairan."Aku dah lama nak beritahu kau.Kau nak tahu kenapa aku pindah sini?",tanya Haikal lalu merenung mata Syuhada."Sebab parents kau ada kerja sini",jawab Syuhada lalu menjeling ke arah Haikal."Yang keduanya, aku pindah sebab kau",kata Haikal dengan perlahan.Syuhada terkejut apabila seorang lelaki yang sanggup berpindah hanya semata-mata kerana dirinya."Kau biar betul?", tanya Syuhada yang rasa ingin tahu."Betullah.Hubungan persahabatan kita renggang sejak kau berpindah ke Kuala Lumpur, kebetulan pula ayah aku ada kerja di sini.Aku gembira sangat.Aku nak kekalkan persahabatan kita ini.Jujur aku kata dengan kau,aku tak boleh buat tanpa kau.Kenapa?Sebab aku tak jumpa kawan yang sama seperti kau yang sangat memahami aku,ceriakan aku dan selalu ada bersama aku ketika senang dan susah",jelas Haikal dengan panjang lebar.Terkedu Syuuhada apabila Haikal berkata begitu.Dia sangat perasan tentang kerenggangan persahabatan antara Syuhada dan Haikal."Apapun yang aku buat,aku mesti bayangkan kau.Kenapa?Kau selalu marah aku kalau aku ada buat silap.Tegur aku.And one more thing...",Sambung Haikal lalu kata-katanya terhenti apabila air matanya bertakung."I love you.When I say it. I mean it",sambung Haikal lalu air mata yang bertakung tadi jatuh di pipinya.
Syuhada terdiam dan berasa sebak apabila mendengar penjelasan daripada Haikal.Aku mahu menangis tetapi aku tahan.Aku tak nak kelihatan lemah di hadapan lelaki.Aku tinggikan ego.Aku tahu , Haikal tidak pernah membohongi aku.Kata-katanya membuatku kehilangan idea.Aku hanya mampu berdiam dan memberikan senyuman yang sangat manis untuk Haikal.Aku tak mahu melihat Haikal menangis kerana aku.Aku memang terkejut besar apabila Haikal memberitahu yang dia amat menyayangi aku.Rasa gembira , sebak , terharu , dihati aku,hanya Dia mengetahui segala yang terisi di dalam hati.Syuhada menghulurkan tisu kepada Haikal dan tidak mahu Taufiq dan Zera bersangka buruk.''Lap air mata tu",kata Syuhada dengan nada yang sangat perlahan.Haikal mengganggukkan kepalanya lalu memberi senyuman kepada Syuhada."Lega hati aku",bisik hati Haikal."Wey,Syu,Haikal.Sinilah main gelongsor ni",kata Zera.Syuhada tersenyum melihat gelagat kawannya tetapi kejadian yang baru sahaja berlaku tadi, bermain di fikiran Syuhada."Haikal, jomlah",kata Taufiq."Kejap woi. Aku nak ikat tali kasut ni",kata Haikal sambil membuat isyarat tunggu."Jom kita main gelongsor sama-sama",kata Syuhada dengan riangnya."Sebelum tu, mari kita tangkap gambar",cadang Haikal lalu mengeluarkan kameranya dari begnya.Mereka bersetuju lalu mengganggukkan kepalanya,"Satu, dua , tiga dan senyum semua",kata Taufiq.*cheeeseeeeeeeee*
Itulah saat yang paling indah, yang pernah aku rasa.
YOU ARE READING
He is my crush ✅ [COMPLETED]
Cerita PendekHIGHEST RANKING #15 (19 DEC 2017) #24 (NOV 2016) #36 (6 DEC 2017) #70 (4-5 DEC 2017) #72 (14-15 DEC 2017) #87 (13-14 DEC 2017) Setiap kali Taufiq bertembung dengan Syuhada. Dia terus menyakat Syuhada. Taufiq merupakan jejaka malaya yang terkenal di...