PROLOGUE

90 6 9
                                    


Burr!
Terasa dingin di kaki tatkala air yang berceburan membasahi kasut dan hujung seluarnya. Dia tidak pasti kemana lagi harus kaki itu melangkah. nafasnya tersekat2 . Dia kemengahan. Bebola matanya melilau ke sekililing seolah dpt menembusi kegelapan hutan tebal itu. Tindak tanduk pemuda itu bagai berwaspada dari sesuatu- Sesuatu yang tidak kelihatan. Benda yang tidak mampu ditafsir oleh logik akal. Badannya menggeletar tanpa disuruh. Dia terlalu gementar sehingga keringat dingin yang membasahi tubuh kurusnya tidak dirasakan. Pemuda itu bagaikan cacing kepanasan tatkala pepohon liar yg merimbun disekelilingnya bergermersik. Telapak tangan kanan dilekapkan di dadanya lagak melindungi jantungnya yang serasa hendak gugur.

Berasa tidak aman,digagahi juga kakinya untuk melangkah. dia berjalan seperti org yg mabuk- tidak tentu arah. Dia memandg lagi ke sekeliling. Pantas telinga ditekup tatkala bunyi lolongan serigala kedengaran. Walaupun lolongan itu kesayupan, ia sudah cukup membuatkn sendi-sendi lututnya lemah.
Argh!
Pedulikan!
Langkah kakinya semakin laju. Dia memecut meredah belukar. Kulitnya yang luka tergores duri-duri tajam sepnjg semak dibiarkn sahaja, dia cemas. Dahan-dahan mati seperti bergerak-gerak ingin mencengkamnya. Dia berlari dan berlari sehingga lututnya terasa longlai. Dia terjelepok kelelahan. kudratnya telah sampai had. Tubuhnya tiba-tiba berasa kebas. Badannya itu dipeluk kejap- pemuda itu kecut perut. Tak mungkin dia dapat memeluk tubuhnya dari belakang. Dia meronta untuk menyelamatkn diri namun, belum sempat pemuda itu cuba melawan, dapat dirasakan ada sesuatu yang tajam menusuk batang tengkuknya. Jantungnya kali ini benar-benar terasa sudah gugur. Matanya terbelalak. Burung-burung pemakan mangsa yang bertenggek di dahan berterbangan menjauhi kawasan kejadian itu setelah bunyi nyaring jeritan kedengaran...

Twisted FateWhere stories live. Discover now