Bab 1

47 3 0
                                    

Moon Gayoung mengeluh panjang.Sekeping gambar yang terselit di celah buku diari hijau miliknya dicapai.Terpampang jelas diruangan matanya wajah seorang perempuan muda sedang mendukung seorang baby kecil yang putih dan comel.Sebuah senyuman terlakar di bibir perempuan muda tersebut.Moon Gayoung mengetap bibirnya sekuat mungkin,cuba untuk menahan air matanya yang ingin gugur ke pipi.Gambar itu dibawa ke bibir dan dicium penuh kerinduan dan kasih sayang.Itu ialah gambar Ommanya yang telah meninggal dunia sewaktu dia berusia 1 tahun lagi.Moon Gayoung mempunyai seorang appa yang bernama Kang Gary tetapi sayang,appanya langsung tidak mempedulikan dirinya.Dia dianggap seperti tidak wujud sahaja di rumah banglo 2 tingkat itu.Dia tidak ada sesiapa selain daripada gambar Ommanya dan sebuah teddy bear yang dibeli oleh Ommanya sewaktu dia masih baby lagi.Dia menyimpan kembali gambar ommanya dan menuju ke tingkap kerana telinganya menangkap bunyi kereta milik appanya.Di ruang parkir kelihatan appanya melangkah keluar dari perut kereta dan menuju ke pintu penumpang di sebelahnya.Pintu tersebut dikuak dan seorang perempuan yang seksi melangkah keluar.Di pintu belakang pula,seorang budak perempuan muda setahun daripada dia melangkah keluar daripada perut kereta.Mata masing2 meliar macam tak pernah tengok rumah pula gayanya.Moon Gayoung mengerutkan dahi.Dalam hatinya tertanya2 sendiri lalu dia turun ke tingkat bawah.Kang Gary menjemput mereka masuk kedalam rumah.
"Appa,siapa mereka ni?"Soal Gayoung.Kang Gary terkejut kerana dia ingatkan Gayoung tengah tidur di biliknya.Sebab tu lah dia jemput mereka datang ke rumahnya.
"Kenalkan ni Song Ji Hyo aka bakal omma tiri baru kamu dan ni Jessica,adik tiri kamu."Moon Gayoung menghulurkan tangan kepada Ji Hyo untuk bersalaman tetapi sayangnya,respons yang diberikan JiHyo tidaklah sebaik seperti mana yang disangkakan hanya hujung jarinya sahaja yang disentuh. Kemudian,seulas senyuman pula dilemparkan kepada Jessyca tetapi reaksi yang ditunjukkan oleh Jessyca juga tak kurang lebihnya.Senyuman tersebut dibalas dengan senyuman yang hambar dan tawar.Terasa juga hati Gayoong dgn sikap mrka tetapi dibuat endah x endah saja.

Mencari BahagiaWhere stories live. Discover now