Bab17 Penyesalan

56 6 0
                                    

Hyunsoo membawa Jiae balik selepas 4 hari koma dan 2 hari ditahan untuk mendapatkan rawatan. Jiae mengikut sahaja tanpa merungut.
Hyunsoo memandu. Keadaan dingin. Masing masing trdiam, tk tahu nak cakap apa. Diam. Hyunsoo mngerling ke arah Jiae.
"Awak nak makan apa?" Tanya Hyunsoo. "I... Ikut awaklah." Balas Jiae. Hyunsoo kembali fokus pada pemanduan nya.
Dalam hati trdetik seribu duka.
-
Jiae kelihatan begitu kekok walaupun hanya untuk makan dengannya. Nampak sangat kesan hilang ingatannya.
Hyunsoo mngeluh sudu dan garfu
"Makanlah. Lepasni kita balik." Ujar Hyunsoo. Jiae mngambilnya tanpa membalas apa apa. Kekok. Terlalu Kekok.
-
Hyunsoo membuka pintu. Jiae masuk ke dalam. Pandangannya masih blur. Tak tahu apa Yang patut dilakukan.
"Awak masuklah bilik dan bersihkan diri. Lepas tu berehat. Saya dah kemas bilik." Hyunsoo membuka pintu bilik.
Jiae meletakkan beg di situ. "Bilik air di sebelah sana, bahagian kanan dapur." Ujar Hyunsoo. Jiae hanya mengangguk faham.
-
Selesai sahaja mandi dan segala gala, Jiae hanya duduk atas katil. Dia memerhati seluruh bilik. Tiada suatu benda pun yang masuk dalam benak fikirannya.
Kosong.
Tetapi dia kena juga menerima bantuan Hyunsoo. Kata doktor, dia mesti mngikutnya balik dan kembalikan ingatannya.
Jiae terpaksa menerima walaupun enggan. Namun tiada apa yang dapat masuk ke dalam ingatannya kembali.
Kosong

Pain [C] -Malay- [Y.J.A]Where stories live. Discover now