Jiae dimasukkan ke wad biasa bila keadaannya sudah stabil dn pembedahan itu berjaya cuma perlukan masa untuk dia bangun. Kata doktor, dia perlukan masa sedikit kerana trauma.
Hyunsoo di sisi Jiae sepanjang masa tanpa bergerak sikit pun sejak dimasukkan ke wad biasa. Jiae masih koma.
'Bangunlah, Jiae...'
-
Luka dan lebam sudah sembuh. Tinggal untuk sedar sahaja. Jiae sudah stabil sepenuhnya.
Hyunsoo setia di sisi Jiae, menunggunya bangkit. Doktor kata dia memang perlukan masa. Masa untuk memulihkan luka itu.
-
"Annyeong..."
Pintu wad dibuka. Kawan kawan Jiae datang melawat. Yein, Jisoo, Mijoo dan Sujeong datang melawat.
"Oh awak berempat rupanya."
"Kami terkejut bila terima berita tu. Tapi kami harap dia akan bangun." Ujar Yein. "Dia orang yang kuat, kami yakin." Balas Sujeong.
"Betul. Sangat kuat..." Hyunsoo memandang Jiae yang masih koma. Bagai mendapat kekuatan, dia tersenyum semula
-
Gelap. Dingin.
Mata dibuka perlahan. Di sebuah tempat yang kosong dan sangat dingin. Gelap. Ya.
Kemudian cahaya meneranginya. Entah apa benda. Matanya silau dek cahaya yang berkilauan itu.
"Bangunlah."
Suara bergema di telinganya. Dia mundar mandir, tidak memahami. Otaknya tidak dapat mentafsir apa yang berlaku.
Kemudian badannya terasa sakit yang amat bagai dipukul.
Dan dia dalam pemilihan. Untuk bangun atau tidak.
-
Segalanya telah berlalu, setahun sudah. (Ermm 2 bulan maybe)
Kini segalanya berubah. Kecuali Jiae. Masih tidak sedar. Tahun baru masuk tapi Jiae masih tidak sedar. Sudah 2 bulan dia koma.
Hyunsoo juga Dh 2 bulan brkempen di hospital sampaikan dah kenal semua staff di hospital.
Doktor kata Jiae tak apa apa tapi masih belum bangun. Mungkin juga badannya terlalu letih.
Namun Hyunsoo setia di sisi Jiae. Menunggu kebangkitan Jiae. Dia tidak berputus asa. Tak mungkin akan. Dalam mimpi pun tidak mungkin.
'Bangunlah Jiae... Maafkan saya..' Hyunsoo meletakkan kepala di atas katil itu. Beberapa saat kemudian, terasa sesuatu bergerak gerak.
Hyunsoo bangun semula. Mencari sinar harapan.
"Jiae?"
YOU ARE READING
Pain [C] -Malay- [Y.J.A]
FanfictionPercintaan Hyunsoo dan Gaeun dihalang oleh kedua ibu bapa Hyunsoo dan memaksa Hyunsoo menikahi Jung Jiae, gadis pilihan mereka. Hyunsoo mengalah kerana patuh akan ibu bapanya. Jiae hanya seorang gadis biasa tanpa keistimewaan di mata Hyunsoo. Kebaha...