Jiae dimasukkan ke dalam ICU. Mujurlah Mark ada. Dia dah ke hospital dn beritahu ada pesakit akan masuk. Jadi tak adalah sesak dn lambat nanti.
Jiae sudah dalam bilik pembedahan dek kerana jantungnya lemah. Hyunsoo tunggu di luar bilik pembedahan, penuh kerisauan.
Seseorang menepuk bahunya dan menghulur plastik makanan. Roti dan susu.
"Tunggu tak guna. Isi perut sikit sementara tunggu dia. Dia takkan apa apa, percayalah." Ujar Mark. "Tak ada guna mcm ni. Sabarlah." Pujuk Jackson.
Hyunsoo melepaskan keluhan. Risau dan menyesal
-
Pandangan yang kabur. Terasa perit dn pedih sudah tiada. Tapi kabur. Segalanya kabur.
Jiae terbaring di katil. Dia sedang disuntik ubat agar antibodi dapat buat kerja. Pembedahan sudah selesai baru sahaja 10 minit lalu.
Selamat tapi dia masih tak stabil.
Dia membuka mata diam diam. Tanpa sesiapa sedar atau tahu.
Nafas stabil tapi badannya masih sakit dan tak dapat bergerak sikit pun. Air matanya jatuh. Sakit. Pedih.
Namun dia takkan sesekali kalah. Dia tak mahu jadi pengecut. Dia harus lawan rasa sakit ini. Dia harus bangkit.
'Aku tak boleh terbaring macam ni. Jiae, buka mata. Jangan macam ni. Kau boleh bangun. Buka mata....'
"Jiae... Jangan tinggalkan saya. Jiae..."
Suara kedengaran. Walaupun sayup tapi masih dapat ditangkap. Hatinya tenteram mendengar suara itu. Dia mendapat kekuatan semula.
Dikumpul segala kekuatan yang ada. Hidup mesti diteruskan. Dia tak boleh mengalah begini. Dia bukan seorang yang pengecut.
Walaupun badan menolak, hatinya tegas untuk membuka mata. Biar sakit...
"Cik... Cik okey? Boleh buka mata?"
Suara seorang perempuan kedengaran sayup di telinganya. "Jiae, bangunlah..." sekali lagi, suara Hyunsoo menerjah pendengarannya.
Pandangannya kosong dn berbalam tapi pendengarannya masih jelas dan elok. Dia cuba menggerakkan badan namun gagal. Cuba lagi.
'Jangan mengalah, Jiae. Kau mampu...'
Seperti berada dalam mimpi sekali lagi, dia bagai terumbang ambing. Matanya tertutup untuk melihat mimpi.
Kelihatan seseorang yang berdiri teguh dn disokong agar tidak jatuh. Dia kuat mengatakan dia akan bangun, azam yang tinggi menguatkan semangatnya.
Perlahan lahan, tangannya digerakkan walaupun terasa sedikit berat dn keras. Matanya berat namun digagahkan untuk dibuka.
Kekuatan dicari, kelemahan dibuang. Dikumpul seluruh tenaga untuk melihat dunia kembali tanpa putus asa.
YOU ARE READING
Pain [C] -Malay- [Y.J.A]
Fiksi PenggemarPercintaan Hyunsoo dan Gaeun dihalang oleh kedua ibu bapa Hyunsoo dan memaksa Hyunsoo menikahi Jung Jiae, gadis pilihan mereka. Hyunsoo mengalah kerana patuh akan ibu bapanya. Jiae hanya seorang gadis biasa tanpa keistimewaan di mata Hyunsoo. Kebaha...