Setelah sekian lama menyendiri,
Dirimu sering kuingati.
Kesibukan dunia membawa rasa itu pergi,
Tetapi, tidak mampu untuk aku menipu diri sendiri,
Bahawa dirimu masih ku nanti.
Aku cuba...
Ye...sentiasa mencuba untuk melupakan dirimu yang sudah jauh dari sisi,
Namun, kerap kali wajahmu bermain di kotak fikiran ini.
Ya Allah....jika benar rasa ini sekadar sementara,
Kau hentikan lah segera,
Mengingati 'dia' hanya membuatkan cecair jernih bertakung di ruang mata,
Usah ditanya rindu yang sesak di dada,
Cukup untuk membuatkan aku tidur tak lena.
Kadang kala aku menyoal diri,
Wajarkah diri ini mengingati orang yang tidak pernah aku bertegur sapa?
Wajarkah aku menanti sesuatu yang belum pasti pengakhirannya?
Wajarkah dirinya ku nanti sedangkan banyak pilihan di sekitar dunia?
Wajarkah aku menunggu seorang yang sempurna sedangkan diriku sendiri banyak cela?
Aku berharap rasa ini pergi,
Kerana ianya sekadar membawa duka di hati,
Tiada siapa memahami,
Memendam perasaan kepada orang yang jauh begitu sukar untuk aku tangani,
NH, nama singkatan diberi,
Cukuplah sekadar aku yang memahami,
Aku harap keajaiban berlaku dan dikau dapat membaca penulisan ini.
Pergilah rasa,
Hancurkan apa yang bersisa,
Agar tiada yang menanggung derita.