Hari demi hari,
Rasa yang dipendam makin menghilang.
Bayang dirimu masih tiada di depan mata,
Wajahmu mampu ku perhati di alam maya,
Ya, mungkin ini hanya sekadar rasa yang sementara,
Tetapi biarlah ianya berlalu jika rasa ini hanya membawa duka.
Kau gembira bersama rakan-rakan,
Aku tersenyum melihat keakraban kau bersama mereka,
Walaupun aku tidak kenal kesemuanya,
Tetapi aku tau kau bahagia.
Mungkin ini semua hanyalah mainan hati,
Kau tidak mampu aku miliki mahupun dekati,
Biarlah waktu yang menentukan,
Manakala aku masih memerhati di sini gerak geri kau setiap hari.
Menunggu?
Aku sememangnya sabar menunggu,
Tetapi, untuk menunggu sesuatu yang tidak pasti,
Bukan caraku.
Biarlah waktu yang menentukan,
Sementara aku dalam pengharapan,
Mungkin engkau,
Mungkin yang lain,
Siapa tau?
Biarlah DIA yang menentu,
Kerana dia lebih tau apa yang terbaik untuk kau dan aku.