Chapter 24

5.3K 623 51
                                    


Sesekali aku membetulkan rambut yang berserabai ditiup angin. Memang angin malam itu sedikit kuat bagi aku. Rarin yang berada di sebelah dipandang. Gadis bersnowcap merah itu sedang membelek sesuatu seperti laman web fakta dunia di telefonnya. Aku tahu Rarin orang yang suka mencari fakta.

" Woi lama lagi ke nak sampai kat cafe yang kau kata coffee dia sedap tu? Kaki aku dah naik lenguh ni. " rungut aku. Sekarang kami sedang berjalan menuju ke tempat cadangan minah seorang ini.

" Setahu aku, aku tak berkawan dengan nenek. Kau macam dah tua. Sikit sikit lenguh. " mulut 'jahat' Rarin menjawab. Matanya masih memandang ke arah skrin.

" mujur aku ni penyabar orangnya. " puji aku pada diri sendiri.

" Weh cuba kau tengok ni. Ini kamera pertama yang dicipta. Besar! " Rarin menunjukkan aku gambar yang tertera kamera yang pertama diciptakan di dunia. Hm memang besar kameranya.

" Tapi, ada persoalan sikit pada gambar ni. " kata aku lalu jari memain dagu lagak profesor .

" Apa dia? Kenapa besar sangat? Macam mana nak bawak? "

Aku menggelengkan kepala.

" Tak. Kalau ini kamera pertama yang diciptakan, kamera mana pulak yang tangkap kamera ni? " soal aku. Ternyata Rarin juga menarik muka pelik.

" Ya tak ya jugak kan? Alah kau ni! Kutlah diorang buat dua kamera dalam masa yang sama. "

" Boleh jadi jugak. Ah! Lekaslah! Mana cafe tu! " Aku masih menyabarkan diri dari terus menghumban minah itu ke dalam tong sampah.

" Kau boleh sabar tak, nek? Kejap lagi kita sampailah. " jawab Rarin sedikit keras.

" Kau tu jalan lambat sangat. Macam mana kalau ada bangla kat Korea ni kejar kita? " ujar aku seraya memandang jam tangan. Sudah menunjukkan waktu 12 : 30 malam. Dan aku yakin cafe yang dicadangkan Rarin buka 24 jam.

" Jangan risau. Aku ada silat gayung. " jawapan dari Rarin agak menggesa aku menghumbannya ke dalam tong sampah.

" Silat gayung konon. Cicak kejar kau pun, kau lari tak cukup tanah. " aku menjulingkan mata. Rarin hanya ketawa kecil.

" Sorry? Aku bukan lari dari cicak tu. Just.. just tu cara aku bersenaman. " elak Rarin. Bohong sunat fikirnya.

" And kau jangan risau lah. Cafe tu tak jauh sangat dah pun. Kita just kena straight aje. Dah, aku nak baca fakta ni kejap. Kalau kau nampak papan tanda tulis 'NightSweetCoffee' tu, panggil aku. " kata Rarin lagi lantas menumpukan semula pandangannya pada skrin.

Aku mencebik bibir. Kami hanya meneruskan berjalan kaki. Rarin dengan fakta tak sudahnya. Dan aku hanya berjalan sambil memerhati sekeliling yang agak lenggang.

Tidak semena mena, aku terpandangkan sesusuk tubuh yang aku kenal. Tubuh lelaki berbaju sweater hitam itu sedang membawa satu bekas cup yang aku agak kopi panas.

Dari jauh, aku melihat beberapa orang gadis sedang menangkap gambarnya. Dan aku yakin, lelaki itu memang aku kenal!

Baru sahaja aku ingin membuka mulut untuk meminta jalan lebih laju pada Rarin, lelaki itu sudah jalan perlahan ke hadapan. Jalan raya yang lenggang dari kenderaan, lelaki itu melintas.

Tetapi, sesuatu membuatkan aku tidak sedap hati. Satu kereta yang dipandu lelong laju menuju ke arah lelaki itu yang terang terangan tidak menyedari kehadiran mengejut kereta mabuk itu.

Aku tak boleh benda ni terjadi! Aku berlari mara ke hadapan dan menghiraukan jeritan Rarin yang memanggil aku. Aku terus berlari dan menjerit nama lelaki itu.

" Suga sunbae!! "

Dan lelaki yang aku kenal sebagai Suga itu berpusing ke belakang sambil menarik earphonenya dari dalam telinga. Patutlah tak perasan kereta tu!

Kenapa tengok aku, pabo?! Tengok depan tu! Aku hanya menjerit di dalam hati. Hanya beberapa meter aku akan sampai pada Suga, dan kereta itu sudah semakin hampir tanpa menunjukkan langsung tanda mahu berhenti!

" Oh? (YN) ah!! " Suga menjerit nama aku pula. Riaknya.. kenapa nampak gembira?

Sunbae! Kenapa panggil nama aku?! Pandang depan! Tapi kenapa aku tak boleh luahkan sahaja apa yang aku mahu cakapkan?!

" Yoongi! "

" Oppa!! "

" Hyung! "

Bermacam macam aku dengar sebelum sesuatu menghentam tubuh aku. Di saat aku terbaring, aku tersenyum lega kerana sudah menyelamatkan nyawanya.

" Yoongi ah! Cepat! "

Samar samar aku lihat Yoongi dipapah seseorang berbadan agak sasa menuju ke kereta yang berada di seberang sana.. Aku yakin itu manager bekas kumpulan aku itu. Aku tahu managernya mahu melindungi reputasi kumpulan itu, jadi Suga perlu dibawa pergi secepatnya.

" (YN) ! Kau okay? Jangan tinggalkan aku! Waaaa banyaknya darah kau!! " Samar samar juga aku melihat Rarin menangis. Dan aku terlihat ada beberapa orang mengelilingi aku. Sasaeng bts?

" Orang tua bodoh! Nak mabuk jangan bawak kereta lah syaiton! Kau pergi baring kat jalan belakang sana! Aku nak undur kereta kau ni lenyek kau pulak! Hiyarghhhh!! "

Sempat aku melihat Rarin yang sedang membalun tubuh seseorang yang mabuk dengan kasut sportnya.

" Ini bekas ahli BTS lah! Unnie! " tangan aku terasa dipegang seseorang sebelum pandangan aku bertambah samar dan akhirnya gelap.

Janji sunbae selamat.

~

I'm The 8th Bangtan Member! [난 여덟 방탄소년단 멤버해요!]Where stories live. Discover now