dengan penuh kepayahan , aku membuka mata apabila cahaya silau matahari menerobos masuk ke dalam bilik melalui tingkap yang tidak berlangsir . aku hanya mampu mengecilkan mata menghalang cahaya itu dan perlahan lahan bangun dari pembaringan .
" achooo !"
aku mengesat hidung dengan lengan baju . aish kenapa badan aku rasa lain macam ni . beberapa kali aku bersin dan badan aku mula terasa sejuk .
aku turun dari katil dan bertindak mencapai remote kawalan air cond dan menutupnya supaya dapat mengurangkan rasa sejuk .
" achooo !"
aku terus memegang kepala yang mula merasa sakit . dah kenapa dengan aku pepagi nan indah serta berbahagia ini ?
tombol pintu bilik dipulas dan aku terus meluru keluar sebelum aku terpandang satu nota yang dilekatkan di pintu bilik aku . nota yang tertulis ,
" (YN) ah , kami balik dulu . saya tinggalkan nota ni untuk bagitahu awak sebab kami tak berani nak bukak pintu bilik . kami tak mahu jadi mangsa terajang awak pulak lepas ni . okaylah terima kasih dari kami sebab tumpangkan kami di asrama . BTS Fighting !"
membuatkan aku tersenyum .
" BTS , Fighting !" sambut aku seorang diri . dan aku sedar yang suara aku menjadi garau .
" achooo !"
haih asyik bersin aje .
aku terfikir mahu ke dapur untuk membuat susu namun terbantut apabila telefon berdering minta diangkat . aku berpatah balik ke bilik dan segera menjawab panggilan tanpa melihat empunya nama si pemanggil .
" Yeoboseyo ?"
aku menyapa dengan suara yang masih garau .
" Yah chingu ! kau okay ke tak ?"
tersenyum aku mendengar suara pemanggil . Rarin rupanya yang telefon . aku batuk dua tiga kali untuk cuba meredakan suara garau sebelum aku menjawab pertanyaan Rarin .
" aku rasa macam okay , tapi hakikatnya macam tak okay . entahlah . aku asyik sejuk aje dan asyik bersin dari tadi . " jawab aku dengan suara yang garau lagi .
" kau tak sihat ni . kau demam . haih tak jadi aku nak ajak kau breakfast sama sama . kau rehat ya , aku keluar dengan omma aku ajelah . kalau aku ada masa , aku lawat kau . " kata Rarin dengan nada suara yang kedengaran agak risau .
" Oh yalah . mianhae . aku pun rasa nak tidur balik . bye ."
" Ne bye ."
talian diputuskan .
aku kembali ke dapur untuk membuat susu kerana mungkin minuman itu dapat menguatkan sedikit tubuh badan aku . aku rasa aku dah demam macam apa yang Rarin cakap . mata aku pun dah berat semula ni .
aku membancuh susu dan meminumnya dengan laju . memang aku dah mula teringat katil dan bantal . aku patut tidur .
tapi aku risau kalau kalau aku ada jadual hari ini . tak apalah , pandailah aku nak jelaskan pada mereka kalau mereka tanya .
pintu bilik ditutup semula dan dengan hormatnya aku menghempaskan badan ke atas katil . telefon yang terdampar di sebelah aku dicapai dan aku meng'on'kan skrin . tiba tiba , skrin terpadam .
" ahh aku lupa cas bateri ." aku menghempaskan telefon semula di sebelah aku dan bertindak memejamkan mata setelah tiba tiba kepala aku terasa sakit .
memang sah aku demam . maybe aku berlatih bagai nak rak semalam . sabar ajelah .
agak lama aku tidur . dan perlahan lahan aku berusaha membuka mata semula apabila telinga comel aku ( olohmak , telinga readersku sekalian comel belaka kan ) menangkap bunyi password pintu asrama aku ditekan seseorang .
YOU ARE READING
I'm The 8th Bangtan Member! [난 여덟 방탄소년단 멤버해요!]
FanfictionApa kemungkinan yang akan berlaku apabila korang berpeluang menjadi ahli Bangtan Boys atau BTS sebagai ahli kelapan ? Adakah korang akan diterima dengan mudah ? Atau ditolak sekeras-kerasnya ? Ataupun kemungkinan yang selalu dibayangkan tidak diter...