Terasa

62 0 0
                                    

Siapa tak terasa ,
Bila diingatkan dengan kisah silam ,
Kisah silam kebahagiaan kau ,
Dalam setiap episod tiada nama aku,
Hanya si lelaki yang kau pernah cinta .

Sumpah aku terasa ,
Dengan kemesraan yang aku tak pernah miliki ,
Dengan ketawa yang jarang aku dengar ,
Dengan senda yang jarang aku nikmati .

Kau biarkan segala perasaan indah bahagia tu hilang bersama silam ,
Yang sekarang kosong ,
Cuma tinggal sejarah silam yang dikongsi bersama orang cinta sekarang.

Kau persis boneka lapuk,
Yang kehilangan hidung dan sebelah mata ,
Yang aku hargai hari-hari .

Bukan aku mahu mengungkit ,
Cuma aku nak rasa ,
Apa yang dia pernah rasa ,
Rasa cinta dari kau ,
Rasa dihargai .

Kau kena ingat ,
Aku juga punya perasaan seperti dia ,
Jangan buat aku kehilangan cinta

Puisi HatiWhere stories live. Discover now