Kisah Sebenar

34 0 0
                                    

Dulu, doktor itu adalah seorang doktor yang sangat baik. Dia tidak sanggup melukakan orang. Dia mempunyai ramai kawan. Hidup dia tidak pernah sesunyi penyepi seperti sekarang. Dia juga mempunyai seorang teman wanita yang bernama Dahlia. Dahlia sangat menyayangi dia lebih dari dia menyayangi Dahlia. Dia sendiri pun tidak menyedari semua ini. Dia juga selalu membelakangi doktor itu apabila doktor itu difitnah. Semua orang mempercayai Dahlia kerana dalam seumur hidup Dahlia, dia sangat jarang menipu. Kalau dia menipu pun, mesti dia jujur yang dia tipu. Hubungan antara doktor itu dan Dahlia sangat rapat. Namun semua ini hanya seketika apabila sebuah tragedi telah berlaku kepada bapa doktor itu iaitu, Hamid, telah dibunuh didepan mata doktor itu sendiri. Pembunuh itu terus melarikan diri. Doktor itu terus pergi ke bapanya dan memeluk bapanya. Secara kebetulan Dahlia datang ke rumah doktor itu untuk mengajak doktor itu keluar dan dikejutkan dengan melihat keadaan doktor yang sedang memegang paip besi yang digunakan oleh pembunuh itu dan badannya berlumuran darah bapanya. Doktor itu terus melepaskan paip itu dan masuk kedalam rumah tanpa berkata apa-apa. Dia keluar dengan baju yang bersih dan ambulans pun sampai. Selama tiga bulan doktor itu bersendirian di dalam rumah. Hubungan doktor itu bersama Dahlia semakin renggang. Dahlia meninggalkan sebuah mesej dan doktor itu membalas 'kk'. Setelah setahun, empat bulan, dua puluh lapan hari, tanpa disedari, doktor itu telah putus dengan Dahlia. Tapi doktor itu masih menghantar mesej kepada Dahlia seperti biasa dan Dahlia sudah mula tidak melayan doktor itu. Selepas 3 bulan, akhirnya doktor itu menyedari bahawasanya dia telah putus hubungan dengan Dahlia. Dia mula menjadi orang yang hampir tidak waras dan sangat membenci kebisingan. Ketidak warasan dia disebabkan cinta dan kebencian dia disebabkan oleh dirinya sendiri. Nama sebenar doktor itu ialah, Sharif. Dia juga kawan lama Shahir. Tetapi tidak begitu rapat.

Aku Tak Gila Where stories live. Discover now