Kasih Seorang Bapa

28 0 0
                                    

Shahir telah memandu selama dua hari tapi dia masih belum jumpa tempat penculik isterinya walaupun tempat itu sangat hampir dengan rumahnya. Shahir adalah seorang yang tidak pandai menggunakan 'GPS'. Walaupun suara perempuan didalam GPS  itu memberi arahan ke kiri, dia membelok ke kanan dan apabila disuruh ke kanan dia ke kiri. Perempuan yang berada dalam GPS  yang bernama, Dina ingin memberi arahan salah agar Shahir ke tempat yang betul. Sebaik sahaja Dina mula menipu Shahir, Shahir sudah mula pandai mengikut arahan. Dina merasa marah dan menjerit,

"Kau pergi beli peta la tak guna!! Buat susah hidup aku je."

Shahir terus memetik jari dan bergegas ke kedai serbaneka Amin. Dia membeli sekeping peta yang sangat besar. Perjalanan Shahir makin maju dan dia mengambil jalan jauh untuk ke sana demi keselamatan dia. Dengan tambahan lagi dua hari,  dia berjaya ke tempat itu. Wana mula terfikir tentang Shahir selepas Shahir pergi mencari dia. Wana hanyalah pergi ke tandas. Wana tidak pernah diculik. Semua yang akan berlaku selepas ini adalah helah semata-mata. Dia terdengar suara garau,

"Lama tak jumpa kau Shahir, dah besar dah kau."

Shahir terus mengacu senjata apinya kearah lelaki misteri itu dan melepaskan tembakan dengan banyak. Dalam banyak-banyak tembakan yang dilepaskan, hanya satu tembakan yang bernama, Kamil, terkena tepat pada jantung lelaki misteri itu. Shahir menjerit kepada lelaki itu,

"Mana isteri aku, celaka!!'

Lelaki misteri itu dengan lemah dan berada di dalam keadaan yang sangat sedih, berkata kepada Shahir,

"Sampai hati Shahir buat macam ni kat ayah. Ayah tak pernah culik isteri kamu, ayah cuma nak jumpa kamu saja. Isteri kamu pun ayah tak kenal, takkan ayah nak culik isteri kamu. Lagi satu kamu ada isteri ke? Hahaha. Ayah jaga kamu dari kecil. Ayah selalu berdoa supaya ayah tak mati di depan kamu tapi, semua doa tu tak berbaloi sebab ayah akan mati di depan kamu disebabkan kamu sendiri. Shahir, 'see you in the other life'.

Lelaki misteri itu ialah Rahman iaitu seorang lelaki yang sudah lama tidak berjumpa anaknya, Shahir. Shahir terus berlari ke arah bapanya sambil menangis dan bertanya,

"Ayah, maafkan Shahir. Shahir ingat siapa tadi. Shahir dah ada isteri lah ayah, anak dah besar dah pun. Cuba bertahan ayah, Shahir telefon ambulans. Anak-anak Shahir mesti tak sabar nak jumpa atuk diorang. Mak sihat ke? Kat mana mak sekarang?"

Rahman tertawa selepas mendengar bahawasanya Shahir dah ada isteri dan berkata,

"Laku jugak kamu ni, ayah ingat kamu akan membujang sampai bila-bila. Kamu ceritalah kat anak kamu yang diorang ada seorang datuk yang hebat. Nanti bawak diorang jumpa ayah masa pengkebumian ayah . Mak kamu dah lama meninggal Shahir. Jadi, misi ayah dah berjaya sekarang. Walaupun ayah akan mati tapi ayah dah berjaya jumpa kamu. Jangan lupa doakan ayah dan mak kamu nanti. Bunyi macam ambulan dah sampai, ayah pergi dulu."

Sebaik saja ambulans tiba ke tempat kejadian, Rahman telah meninggal dunia. Doktor yang berada di situ turut menitiskan air mata. Secara tiba-tiba, doktor itu terdengar Shahir meraung. Dia terus memegang paip besi dan mengangkat paip itu untuk memukul Shahir. Sebelum paip itu terkena Shahir, Rahman telah bangun dan menyelamatkan anaknya. Rahman telah meninggal disebabkan pukulan yang sangat deras bagaikan 'ombak tak kena perangai'. Disebabkan terlampau mengikut perasaan, doktor itu telah membunuh bapa orang lain. Dia dah menjadi orang yang dia paling benci. Semua ini disebabkan kisah silamnya yang mengerikan.

Aku Tak Gila Where stories live. Discover now