Bahan-bahan buat sotong goreng tepung:
- 4 ekor sotong
- 1 cawan kecik tepung gandum
- 1/2 cawan kecik tepung jagung
- 3 sudu besar tepung beras- Garam
Cara buat sotong goreng tepung:
- Tepung-tepung digaul jadi sekalikan je dan letak garam sikit.
- Gaulkan juga sotong dengan garam nak bagi rasa.Lepas potong sotong tu jadi kecil-kecil, basuh. Tapis betul-betul sotong tu bagi tak berair.
- Celup sotong dalam adunan tepung dan telur.Lepas tu celupkan dalam balance gabungan tepung tadi
- .Pastikan minyak dah betul-betul panas dengan api sederhana je.Masukkan sotong yang dah di tepung ke dalam kuali,
- pastikan tutup dengan tudung periuk agar masak sampai dalam daging sotong.Bila dah berwarna kecoklatan, angkat dan tapis sotong sampai kering betul minyak.
Selamat mencuba rangup dan simple yang saya kongsikan di atas. Best makan ni lepas angkat dari kuali. Boleh cicah dengan sos yang disukai. Resepi ni kena lebih tepung tu, kalau hanya ada 4 ekor sotong boleh buat separuh adunan je.
#IKUT CITA RASA MASING-MASING YE!
- SELAMAT MENCUBA -
YOU ARE READING
MASAK JOM
De Todoni tempat kita sahaja nak share resepi-resepi masakan, mana tahu kalau korang bosan-bosan boleh try dekat rumah dengan resepi yang kita masukkan dekat sini - selamat mencuba -