"Where are you?" Suara Mama yang lantang kedengaran jelas di hujung talian, mematikan lamunanku.
"Ari...Ari dekat rumah Armani." Jawabku, agak gentar dengan soalan itu. Haruskah aku beritahu saja perkara yang sebenar? Haruskah aku nyatakan saja mengapa aku meninggalkan Zafriel, out of the blue? Aku tak sanggup menipu Mama, tetapi aku tak bisa menceritakan segala yang berlaku pada wanita itu, dia takkan dapat memahami diriku. Perkara ini mungkin kelihatan terlalu peribadi buatku, tetapi tidak baginya.
"Do not lie! Mama tahu Ari lari, mama dah penat cari Ari merata-rata! Now tell me honey, where are you?" Desaknya, dengan ton suara yang meninggi. Jiwaku semakin tak tenteram, fikiranku semakin kusut. Patutkah aku berterus-terang dengannya?
"Mama, I can't marry him...I just...I just can't." Pintaku, melalui telefon. Aku tahu aku yang bersalah dalam hal ini, tetapi...Zafriel bukanlah pilihanku. Dia bukanlah satu-satunya yang aku harapkan, harapanku masih pada Adam. Hati dan perasaanku masih ada padanya, dan bukan orang lain.
"Arriana, you are to be married today! And for God's sake its your wedding! Apa mama nak kata pada Datin Suriani nanti? Apa Tan Sri akan kata nanti? Apa Zafriel akan fikir nanti? Yang kamu tak mahukan dia? Hah? Jawablah!" Bentak Mama. Hancur luluh hatiku mendengar kata-katanya. Semua ini kerana keluarga si jantan keparat tu?
"I do not wish to be married!"
"Ari-"
"Save it, Mama."
"Mama, mama lebih pentingkan Datin dari anak mama sendiri. Papa lebih pentingkah harta, pangkat, dan syarikat dia lebih daripada Ari. Apa semua ni Mama? Tak pentingkah Ari ni pada keluarga kita? Apa salahnya kalau mama dengan papa dengar penjelasan Ari, walaupun hanya untuk sesaat?" Soalku. Mama hanya diam membisu, enggan memberikan sebarang respons.
"Mama, mama ingatlah yang mama dengan papa sendiri yang setuju dengan semua ini. Sedangkan Ari, sendiri tak pernah bersetuju pun untuk kahwin dengan lelaki yang Ari benci selama ni. If you listen to me, things will not get worse, as it already is right now." Tanpa diduga, jatuh jua air mata setitis dua, membasahi pipiku. Aku hanya mampu berdoa pada Tuhan, dengan harapan Mama akan memahamiku.
"Ari, mama minta maaf kalau apa yang Mama dan Papa buat selama ni...membuatkan Ari tertekan. But this is for your own good, Arianna. Mama nak Ari hidup bahagia dengan Zafriel, mama...yakin suatu hari nanti Ari akan sayangkan Zafriel, seperti mana mama sayangkan dia. Please sayang, come home." Pinta mama. Jiwaku semakin dihimpit rasa bersalah, apa patut aku lakukan sekarang?
"Tapi mama...Adam-"
"-Sayang, Adam is dead. Tolonglah lupakan dia...you must forget him, everything about him. Let him go. You have to move on, with Zafriel...Ya sayang?" Aku mengesat air mataku dengan kain napkin yang diletakkan di atas dining table. Mataku beralih pada sekeping gambar yang diletakkan di hujung meja, ya, itulah Adam. Itulah gambar pertunangan kami, yang mana aku masih simpan, sehingga sekarang.
"You don't get it...how can I move on with someone else, when my heart is partially for him?" Hatiku tetap berkeras untuk mencintainya, walaupun dia telah tiada. Aku sedar tindakanku hanyalah sia-sia, tetapi...apakan daya. Hati ini kian terluka mengenangkan dirinya yang telah tiada.
"Ari, baliklah...Mama sayangkan Ari, papa dan semua orang dekat rumah ni semua tunggu Ari balik. Sayang...Mama yakin, have some faith, darling. Zafriel tu baik orangnya, just give him a chance..." Aku hanya mampu menangis dalam diam, what am I to do?
"Mama, hidup Ari tak tenang mama, Ari tak bahagia dengan Zafriel, dan Ari...tak rasa Ari boleh cintakan dia. Walaupun Adam dah tak ada, Ari yakin Ari boleh jumpa seseorang sebaik dia...Ari yakin mama, cuma...Jodoh Ari bukan sekarang. Just face it, Mama. Deal with it." Jawabku, lemah-lembut. Mama menghela nafas panjang, kemudian berkata
"Ari, if that's what you chose, then I have no objection to it. Mama...tak boleh halang Ari daripada buat keputusan sendiri, lagipun...semua ini salah mama dengan papa, bukan Ari. Anak mama ni dah besar, dan 21 tahun, mestilah dia tahu mana baok mana buruk, kan? After all, Ari kan anak tunggal mama...dah tiba masanya untuk Ari grow up and make your own decision." Mama meleraikan gelak tawa.
"Mama?"
"Ya sayang?"
"Thank you, Mama. You're the best." Jawabku, sebelum telefon bimbitku dimatikan. Aku merehatkan kepalaku pada sofa empuk di ruang tamu, sambil mengesat linangan air mataku yang asyik mengalir sejak tadi.
Fikiranku yang akhirnya tenang menerawang jauh, wajarkah perbuatanku ini?
Sedang aku berfikir, mataku beralih kepada sekeping kertas yang terletak rapi di penjuru coffee table.
Gosh! I almost forgot! That's the ticket!
***United States! Here I come!***
Arianna Annabeth Abdullah, are you sure about this? Aku memejam mataku. Dengan ini, aku yakin aku akan pergi. Jauh dari sini. Terlalu tertekan. I can't withstand the pressure, I need to escape. A sweet escape.
***I need peace. Aku mahukan ketenangan.***
YOU ARE READING
A Sweet Escape
Teen Fiction"I can choose whoever I want to!" Jerit Arianna, kuat. Kata-kata itu terniang-ngiang dalam minda Zafriel, membuatkan dirinya semakin tak keruan. "She's... choosing him over me? Patutkah aku berputus asa sekarang? I don't really have a choice, do I...