PSIKO iv

716 20 2
                                    

Siti Syazwani memulakan tugasnya sebagai team leader dengan baik.. Dari gerak gayanya itu tidak menggambarkan sedikit pun bahawa jururawat terlatih ini mempunyai masalah mental..

Manakala Dr. Fikri bersama dengan MO mula melakukan rondaan pada kubikel yang dia incaj.. Doktor lelaki itu menolak troli yang diletakkan laptop di atasnya serta fail BHT pesakit..

"Macam mana hari ni uncle? Ada baik?" Soal medical officer pada pesakit berbangsa cina itu..

"Baik.. sakit ada kurang.."

"Ermm.. ada rasa mencucuk-cucuk lagi tak?"

"Sudah tidak ada.."

"Rasa senak?"

"Itu senak sikit-sikit la.. kadang dia ada, kadang dia takde.."

"Ohh.. kadang-kadang la.. ok, nanti uncle pergi itu uitm sg buloh untuk buat angiogram.. nanti ini doktor akan buat surat, surat tu bawak pergi uitm sg.buloh sana.." terang MO pada pesakit tadi sambil menepuk bahu Fikri.. Dr. Rizmy kemudiannya memandang Fikri..

"Patient ni kiv discaj dulu, petang ni kalau electrocardiogram dengan bp dia ok baru boleh discaj.. refer uitm untuk angio lepas tu follow up dekat sini macam biasa.."

Dr.Fikri mengangguk sambil menulis plan MO tadi pada continuation sheet yang disediakan dalam setiap fail pesakit.. Mereka kemudiannya meneruskan rondaan pada katil lain pula..

Siti menulis nama setiap pesakit pada buku dietetik dan sajian.. Dia memastikan semua nama patient ditulis, jika ada nama yang tercicir jadi satu hal pulak dia nak kena belanja patient makan..

"Ada patient yang soft diet tak?" Soalnya pada rakan setugasnya..

"Bed 11 tu soft diet kak.. bubur.." sahut Anisah yang sedang membuat persiapan untuk mencuci luka pesakit..

"Eh Nisah, kau incaj C kan? Kan doktor tengah round tu, kenapa tak ikut sekali? Kena dengar jugak plan doktor, karang kalau sister nampak kau kat sini teruk kau kena marah.. dressing tu kejap lagi boleh buat.." tegur Siti lembut pada staff yang baru sebulan berkerja disitu..

Fikri bergerak menuju ke whiteboard yang bertulis nama pesakit.. dia mencapai marker pen lalu menulis kiv discaj pada kotak kecil bersebelahan nama pesakit bed C3..

Saat Fikri meninggalkan papan putih tadi, kelihatan ada kertas kecil yang tercicir dari fail yang dipegang oleh lelaki itu..

"Doktor Fikri.. tu, nota doktor jatuh.." tegur Siti kemudiannya menghadiahkan secangkir senyuman manis buat Fikri..

"Errr.. terima kasih.." balas Fikri teragak-agak.. dia merenung wajah Siti.. gadis itu nampak lain, solekan nipis yang digunakan menyerlahkan kecantikan semulajadinya berbeza dengan yang semalam.. nampak garang sikit..

"Sama².." balas Siti ceria.. Fikri tersenyum basi.. elok pulak minah ni hari ni.. dia mengangkat bahu..

Semakin hari bertugas di wad itu membuatkan Fikri berasa selesa dengan Siti, dia lagi suka kalau Siti pun incaj kubikel yang sama dengan dia.. Siti yang ini nampaknya lebih lembut dan profesional berbanding wani hari tu.. Tutur bahasanya juga sopan.. Sudah tidak nampak lagi bayangan Wani pada gadis itu.. Dr.Fikri akhirnya mengakui bahawa dia sudah mula jatuh cinta..

"Hahahahh.. aku rasa sekarang ni baik kau refer psikitari, simptom tu nampak dah.. ke kau nak aku buat refferal letter? Aku boleh spoken dengan specialist sana.." Perli Raj pada Fikri didalam pantri.. Mereka makan tengahari bersama.. Makan bungkus je, nak lepak lama² kat kafe tak boleh.. Ada tanggungjawab lain yang menanti..

"Cett! Kau perli aku Raj.. aku serius ni.." Fikri menguis-nguis nasi putih dalam polisterin..

"Kau betul² dah sedia ke? Risiko dia besar tau.. Macam ni lah, apa kata kalau kau pergi jumpa Doktor Fatihah.. Doktor Fatihah ni specialist yang handle kes si Siti atau Wani ni.." Raj memberi cadangan.. Fikri mengangguk..

********************************

"Putus tunang?" Fikri terlopong.. Tak sangka putus tunang pun boleh buat orang jadi mental sampai tahap macam ni sekali..

"Yup, kekecewaan yang membuatkan dia mengalami kecelaruan emosi dan kemurungan melampau.. biasa dengar kan perkataan "awak terlalu baik untuk saya".. ini antara faktor penyumbang, dia tak boleh terima yang perkataan tu sebenarnya adalah ayat reject jadi dia yang mempengaruhi diri dia untuk bertindak kejam.. mencari perhatian.." Terang Fatihah lancar..

"Wani jugak menjadi obses terhadap seseorang, dia menunjukkan kasih sayang itu melalui cara yang kejam.. Dia percaya makin sakit dia buat seseorang itu, bermakna makin dalam kasih sayang dia kat orang tu.. bunyinya menakutkan kan? jadi, bila dah nampak Siti ni berubah menjadi Wani, kita kena pujuk si wani dengan cara yang lembut untuk dia kembali menjadi Siti.. Alhamdulillah, lately ni nampaknya perkembangan dia sedikit baik.. watak wani jarang sekali muncul, sebab tu pengarah memberi peluang kat dia.. tapi, yalah kita pun tak boleh nak terlalu confident.. bila-bila masa je Siti boleh berubah menjadi wani yang agresif.. so, bulan ni tempoh perkhidmatannya akan ditamatkan.."

Dr.Fikri merenung tasik buatan manusia yang terbentang luas dihadapannya.. Kata² Doktor Fatihah tadi benar-benar memberi kesan kepadanya..

Keputusan ini akan merubah hidupnya.. Apakah dia benar² bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini? Ya, aku bersedia dengan sebarang kemungkinan.. Fikri mengangguk yakin..

ISTERI PSIKOWhere stories live. Discover now