Fikri dibenarkan pulang ke rumah pada petang ini, dia diberikan MC selama 2 minggu.. Sejujurnya Fikri sememangnya sudah diamuk rasa bimbang sebelum kejadian dia ditikam dibahagian pinggang.. Dia perasan watak Wani sudah semakin kerap muncul, mungkin ini berikutan dengan kesibukannya berkerja.. Isterinya itu berasa terabai dirumah jadi dia ingin menunjukkan kasih sayangnya dengan menyakiti doktor tersebut..
"Abaanggg!" Wani mendekati Fikri yang sedang berehat sambil menonton televisyen, jari perempuan gila itu laju menyentuh benang hitam di pinggagnya.. Seperti bermain gitar dibuatnya..
Ya Allah! Ringan rasa tangan Fikri hendak menampar isterinya itu namun dia cuba menahan.. Merah mukanya menahan marah..
"Sakit tak? Makin sakit makin sayang.." Wani cuba menarik dan memutuskan benang hitam tadi..
"Wani!" Jerit Fikri.. Kedua-dua belah tangan Wani dipegang.. Isterinya itu cuba melawan apabila melihat reaksi Fikri yang sedang marah.. Mungkin tak cukup sakit kot.. Macam nak kena toreh lagi sikit je ni..
"Sayaangg.. bukan macam ni caranya nak menunjukkan kasih sayang dekat abang.. Menyakiti suami tu bukan sayang namanya.." Fikri memujuk lembut.. Dia harus pandai bermain dengan psikologi ketika ini..
"Yelah tu, nanti bila Wani tak buat macam ni nanti abang tinggalkan Wani.. Bila tanya sebab apa, abang cakap Wani terlalu baik untuk abang.. Wani tak nak macam tu.. Dalam cinta ni kita kena kejam kan abang?" Tanya Wani seperti budak yang baru mengenal dunia..
"Tak.. abang takkan tinggalkan Wani.. Abang janji.. Cuma abang mintak sangat Wani berperangai macam Siti sekarang.. Abang tau Siti ada kat dalam diri Wani ni.. Abang rindu Siti.. Abang rindu sangat.. tolong.."
"Siti! Siti! Siti! Kenapa sekali pun abang tak pernah nak mintak Wani yang teman abang?! Kenapa?! Tak cukup lagi ke kasih sayang yang Wani tunjuk dekat abang?! Abang nak Wani buat apa lagi?! Potong jari abang?!" Wani mengamuk.. Kemarahannya meluap-luap di saat ini.. apa yang istimewa sangat si Siti tu? Lembik je.. Menangis je tau..
"Wani abang sayang, Siti pun abang sayang.. Dua² abang sayang.." pujuk Fikri lagi..
"Tipu! Tipu!" Wani semakin agresif.. Dia meronta-ronta cuba melepaskan diri..
Fikri menahan sakit di pinggangnya, terasa seperti ada cecair yang meleleh keluar di sebalik jahitan.. Dengan kudrat lelaki yang masih bersisa dia menggengdong Wani.. Isterinya itu terpaksa diikat pada besi penghadang tangga..
"Abang!! Lepaskan Wani!! Lepas!! Abang penipu!! Abang kata nak jaga Wani!! Nak rawat Wani!! Abang penipu!!" Wani menyalak tidak berhenti-henti.. Dia mula menghantukkan kepalanya pada besi tangga..
Fikri terdiam.. Tidak tahu nak membalas apa.. Mindanya gagal berfungsi sekarang ini.. Dahinya dipicit.. Ternyata Wani sudah menjadi semakin bahaya, tak mustahil kalau malam ini salah satu dari jarinya bakal hilang.. Fikri benar-benar buntu.. Dia menghubungi Doktor Fatihah untuk memujuk isterinya itu..
*******************************
"Doktor, Dia tipu saya.. Dia tak sayangkan saya.." Wani mengadu pada Fatihah sambil menangis didalam bilik.. Fatihah berjaya menenangkan Wani dari terus-terusan mencederakan dirinya sendiri..
"Fikri sayang Wani.. Sayang.. Kalau dia tak sayang Wani takkan la dia nak kawen dengan Wani kan.."
"Tak, dia sayang Siti.. Saya tak tau lagi dah macam mana nak bagitau kat dia yang saya sayang sangat kat dia.. Patut ke saya potong jari dia? Atau.. atau.. Errr.. Saya.. Saya tikam sebelah pinggang dia pulak?" Soal Wani bersungguh-sungguh.. Memang nampak sangat psikonya.. Fatihah menggeleng..
"Berdosa buat suami macam tu tau.. tak baik.. kesian kat dia.. kalau Wani betul² sayang kat dia, Wani takkan menjadi Wani yang sekarang.. Mesti Wani lembut macam Siti.."
"Lembut macam Siti?"
"Ya.. lembut macam Siti.. cuba ingat balik layanan Fikri masa Wani jadi Siti.. Rasa bahagia kan?" Pujuk Fatihah lagi.. Pesakitnya ini merasa dirinya terabai, Fikri sumber kekuatannya.. Lelaki itu sepatutnya perlu memahami Wani lebih daripada Siti, kerana yang merasakan dirinya tidak mendapat perhatian adalah Wani bukan Siti..
Wani mengangguk lemah.. Dia kecewa.. Dia memandang Fikri yang berdiri di pintu bilik.. Wajah itu ditenung lama.. Fikri membalas renungan itu sepenuh kasih sayang, berharap agar Wani sedar semula menjadi dirinya yang sebenar iaitu Siti..
"Abang.." Panggil Wani lemah.. Dia menghadiahkan senyuman buat suaminya itu..
"I love you.." ujarnya lembut.. Laju Fikri menghampiri perempuan itu lalu memeluknya.. Alhamdulillah Siti dah kembali.. I love you too..
YOU ARE READING
ISTERI PSIKO
Short Story**Cerpen** "Awak terlalu baik untuk saya.." Ayat yang mengubah manusia waras menjadi gila..