Siti tidur akibat keletihan yang melampau.. kepalanya yang benjol disebabkan hentakan kuat pada besi tangga dituam oleh Fikri.. Fikri memandang wajah Siti yang sedang lena.. Dia mengeluh.. Terasa dirinya gagal menjadi seorang suami..
"Kita dah tak boleh biarkan keadaan dia terus macam ni.. Kena bawak dia pergi hospital.. Tak mustahil kalau dia bangun nanti dia jadi Wani, sebab yang merasakan kurang kasih sayang tu Wani.. jiwa dia memberontak, cari perhatian kau.."
"Entah la doktor, kadang² tu memang hilang sabar saya tapi kekerasan tu takkan dapat pun tenangkan dia jadi saya hanya mampu pujuk dia untuk jadi Siti je lah.."
"Saya paham.. memandangkan emosi dia dah makin teruk dan ubat yang dia ambik pun dah tak bagi kesan dekat dia dalam jangka masa pendek, nampaknya kita kena bagi rawatan ECT atau elektrokonvulsif pada patient.."
"Saya pernah belajar basic untuk rawatan ni dulu.. Seingat saya, caj elektrik bervoltan akan disalurkan kepada otak melalui bahagian tepi tempural kepala patient.." Dahi Fikri berkerut untuk mengingati semula apa yang telah dipelajarinya dulu.. Ada sedikit keresahan berlegar diwajahnya..
"Ya betul.. kita pakai caj elektrik bervoltan rendah semasa patient dalam keadaan seizur.. tak lama pun, 20 hingga 30 saat saje jangka masa rawatan.. kau tak payah risau lah, rawatan ni selamat.. Cuma yang menjadi masalah kalau-kalau time tu watak Wani yang dimainkan oleh Siti, dia mungkin akan jadi lebih ganas masa nak jalani rawatan.." ujar Fatihah..
Siti Syazwani harus diberikan rawatan dalam masa yang segera kerana kemurungan yang dialaminya sudah semakin parah, keadaan ini akan menjadi semakin bahaya sekiranya dia mula berhalusinasi.. Dia boleh mencederakan orang disekelilingnya kerana merasakan dirinya terancam sedangkan keadaan sebenar tidaklah mendatangkan apa² ancaman pun.. objek atau manusia yang dilihat akan berubah menjadi sesuatu yang lain seterusnya akan datang pula bisikan² halus meminta dia melakukan perkara yang memudaratkan orang lain..
"Abang.." Siti memegang lengan Fikri.. Habis hilang bertaburan ingatan Fikri berkenaan perbualannya dengan Dr.Fatihah..
"Ya.." Jari jemari Fikri menghelus rambut Siti..
"Siti rasa macam Siti dah tak dapat nak kawal diri Siti lagi dah.. Tak tau kenapa rasa macam marah, geram, sakit hati sangat sekarang ni.. Abang sayang Siti tak?" Luah Siti sejurus selepas membuka mata.. Dia lega melihat Fikri ada disisinya..
"Mestilah sayang.. Siti abang sayang.. Wani pun abang sayang.. Dua² abang sayang tau.."
"Iya?"
"Iya.. muka abang ada nampak macam tipu ke?"
"Tak.. jujur.." Siti bangun.. Dia memeluk Fikri.. Kepalanya direbahkan di bahu lelaki itu..
Siti kemudiannya tersenyum.. Senyuman yang penuh muslihat.. Pandangan matanya tajam..
"Sayang abang jugak.." balas Siti..
Dia kemudiannya menggigit bahu Fikri sekuat-kuatnya.. Fikri tersentak.. Wani?! Suaminya itu menjerit kesakitan.. Air mata mula menerembes laju.. Sakit yang teramat sangat..
"Sakit ke?" Wani merenung mata Fikri mencari kebenaran.. Kahkahkahkah.. Wani terasa puas, dia terus bangun lalu menarik rambut Fikri.. Ingin diheretnya lelaki itu keluar dari bilik..
Dalam keadaan yang begini, Fikri tidak mampu lagi bersabar.. Dia membalas serangan Wani.. Tangan isterinya itu dipulas.. Memang secara am nya Fikri akan dilabel dayus namun dia terpaksa, Wani memang sudah tidak boleh diberi muka.. Isterinya itu menjerit lalu dibawa masuk ke dalam bilik air yang memang ada di dalam master bedroom itu..
Wani dimandikan dengan air sejuk untuk meredakan kemarahannya.. Perempuan itu meronta-ronta.. Tangannya mencapai cermin segi empat yang tergantung pada dinding lalu dihentakkan ke kepala Fikri.. Ada cecair likat berwarna merah keluar dari ubun kepala doktor itu, dia akhirnya rebah..
YOU ARE READING
ISTERI PSIKO
Short Story**Cerpen** "Awak terlalu baik untuk saya.." Ayat yang mengubah manusia waras menjadi gila..