Di satu kaki lima di sebuah kota ,
terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya.Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa . Sekiranya anda semua mahu selamat , cubalah ubat saya ini . Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya . Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa pada tepat jam 11:30 pagi nanti!
Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya . Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia pada hari ini, mereka pun tanpa was-was , berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut .
Jam sudah hampir 11:30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut . Dalam ramai-ramai tu , ada seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir . Pakcik tu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku .
Jam sudah menunjukkan pukul 11:30 pagi . Satu minit berlalu....dua minit.... tiga minit....hingga minit yang kesepuluh , pakcik tadi pun berteriak kepada penjual ubat tersebut.
Pakcik : Eh! Dah lama ni. Mana gempanya ? Awak tipu kami ye?
Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata ! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya ! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab !