kurang siuman

1.2K 105 7
                                    

Terdapat tiga orang kurang siuman dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka terdiri daripada Ali , Abu dan Pudin . (Pudin orang yang paling lama berada di institusi sakit jiwa diikuti Abu kemudian Ali)

Suatu hari , doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan mereka . Maka seorang demi seorang dipanggil . Ali orang pertama dipanggil .
Doktor itu memberi situasi."Kalau kamu dihantar ke padang pasir , apa benda paling penting dibawa bersama?"

Ali berfikir seketika. "Padang pasir panas.. " Doktor angguk. "Ada harapan nak dilepaskan dia ni dari hospital sakit jiwa(sebab dia tahu padang pasir panas)" hati doktor berdetik."Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."Kata Ali
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Ali .

Kemudian, dia memanggil Abu pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu."Yang saya tau, padang pasir tu panas..."Abu berkata setelah berfikir panjang."Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat."Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan .

Kemudian Pudin pula dipanggil."Awak dah lama benar di sini kan?"soal doktor itu

"Ya, tuan doktor" jawab Pudin selamba. Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Pudin sebelum ini."Oh, padang pasir, memang panas betul sana,"Pudin tidak ambil masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja."Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Pudin sudah sembuh , boleh dilepaskan pada bila-bila masa.

"Kalau begitu , saya rasa nak bawa pintu kereta.."Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Pudin."Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?" tanya doktor itu

Pudin dengan penuh yakin menjawab,"Kerana, kalau panas sangat, saya boleh buka tingkap kereta . Masuk angin sikit!"

-----------------------

Keesokan harinya ..


Ali & Abu : bye pudin kami dah dibebaskan .

Pudin : (menangis)

Tak Lawak PunWhere stories live. Discover now