Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temuduga, pengurus kilang memberitahu.
Pengurus : Untuk permulaan, saya bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas 3 bulan, kami naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?
Dol : Setuju, bos..
Pengurus : Kalau macam tu, bila kamu boleh mula kerja?
Dol : 3 bulan lagi , bos..