Bab 19

5.9K 329 1
                                    

Hope enjoyy.. jngn lupa vote and comment..

"Makcik, tolong cerita dekat saya perkara sebenar". Pinta Iman. Umi Urmah kaku tak terkata.

"Dia anak makcik". Ujar Umi Urmah tegas.

"Tak.. saya tak percaya. Tolong bagitahu perkara jujur makcik. Makcik, dua tahun lepas. Makcik ingat kan? Dua tahun lepas, ada satu kemalangan kan? Anak koprat? Saya yakin makcik tahu. Dan dia isteri saya makcik. Tolong cerita dekat saya makcik". Pinta Iman lagi.

"Dia anak makcik. Eriyna Anzelia binti Arman." Ujar Umi Urmah tidak mahu mengalah.

"Tak, dia Humaira Natasha Binti Tengku Aqil. Isteri saya. Kalau makcik tak nak bagitahu, takpa. Saya faham tapi saya sendiri akan siasat. Saya pergi dulu". Ujar Iman lalu pergi dari situ.

"Eeh, awak nak ke mana? Minum la air ni dulu". Ujar Eriyna yang baru sudah membuat air di dapur.

"Tak payah la, esok ingat tau. On time pukul 8 hingga pukul 10 malam". Ujar Iman. Eriyna mengaru kepalanya.

"Kenapa lambat sangat balik?" Tanya Eriyna.

"Sekarang banyak projek masuk so, awak harus balik lewat sikit". Ujar Iman.

"Ouh, okey". Ujar Eriyna menurut. Iman tersenyum lalu pergi dari situ.

Usai Iman pulang, Eriyna tersenyum sendiri.

"Hai anak Umi ni, senyum senyum nampak? Kenapa?" Tanya Umi Urmah.

"Iman tu baik kan umi.Riyna rasa Riyna jatuh cinta la". Ujar Eriyna lalu memegang dadanya. Umi Urmah tersentak.

"Riyna, umi tak nak kamu bekerja dengan dia". Ujar Umi Urmah tegas. Eriyna terkejut.

"Tapi umi, Riyna dah tandatangan surat perjanjian kerja tu. Dan, kalau Riyna tarik diri kita kena bayar 20 ribu. Mampu ke kita?" Ujar Riyna. Umi Urmah terdiam.

"Umi nak ke dapur." Ujar Umi Urmah lalu pergi dari situ meninggalkan Eriyna seorang diri.
*****

Apabila Riyna masuk ke dalam syarikat, ramai memandang Riyna seperti melihat hantu.

"Eem, hai.. tumpang tanya, saya ni pekerja baru kat sini. Jawatan P.A...." belum sempat Riyna menghabiskan kata katanya, penyambut tetamu itu memeluk erat Riyna.

"Puan Mairaaa". Nana memeluk Riyna. Lemas Riyna dibuatnya.

"Maaf, saya bukan Maira". Ujar Riyna. Nana melepas pelukan dengan berkerut. Dilihat Riyna bawah ke atas, atas kebawah. Sama dengan Humaira cuma gaya sahaja lain. Humaira di depannya ini agak kampung.

"Err, maaf." Ujar Nana.

"Riyna". Panggil seseorang. Riyna berpaling.

"Jom ikut saya". Ajak Iman. Riyna hanya menurut.

"Erm, apa kerja saya Iman, erk,, Encik Adrian." Tanya Riyna gagap.

"Call me Iman". Ujar Iman.

"Err, tapi encik bos". Ujar Riyna.

"Saya bos kan, so ikut cakap saya". Kata Iman.

"Ni meja awak". Kata Iman.

"Kenapa dalam pejabat awak?" Tanya Riyna.

"Because you are my P.A". Ujar Iman.

"Okey". Eriyna terpaksa beralah. Maklumlah, sedar dirinya hanya pekerja biasa. Tiba tiba matanya telihat sesuatu.

"Erm, encik. Siapa gadis dalam foto tu? Kenapa muka dia macam saya?". Tanya Eriyna. Sudah lama dia ingin bertanya tetapi dia segan. Iman mengeluh.

"She is my wife and she was accident two years ago. Dan, mayat dia masih belum dijumpai. Now, I yakin dia masih hidup". Ujar Iman dengan penuh maksud. Riyna terfikir.

Mr Vs Miss InstaFamous✔Where stories live. Discover now