Part 1 - Luah perasaan

39 3 0
                                    

Zaman persekolahan

Ustazah Rohana terus memberi tazkirah maghrib kepada semua pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Angsanari. Program tersebut melibatkan semua pelajar sekolah yang telah di gariskan oleh pengetua di mana semua pelajar wajib melibatkan diri. Sedang asyik ustazah Rohana memberikan nasihat-nasihat yang membina kepada semua pelajar perempuan tentang cara pemakaian, cara pergaulan seorang muslimah dan ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan yang wajib dijaga), lalu tiga makhluk yang sedang asyik berbual tersentak seketika. Mana taknya, mereka baru sahaja bergosip, berbual dan ada sedikit termengumpat orang-orang tertentu sedang mereka tahu meraka berada di tempat yang mulia iaitu di dalam surau asrama. Asrama tersebut hanya menempatkan pelajar perempuan sahaja memandangkan permintaan untuk pelajar lelaki berkurang.

------------------------------------------------------

Aini, Anne dan Nana. Mereka sebenarnya bukanlah kawan baik, tapi entah mengapa malam tu mereka boleh duduk berborak pasal lelaki yang mereka suka. Alaaa cakap jelaa crush dorang laa tu. Haihh kecik-kecik dah pandai nak crush bagai. Ceritanya bermula bila ain membuka rahsianya tentang pengawas lelaki tingkatan 5 yang diminatinya, Ibaq. Handsome budaknya, putih, bijak walaupun sedikit pendek. Heheh tapi tkdelahh pendek sgt just nice je. Mulanya dia bosan, biasalah bab dengar ceramah agama ni banyak sikit laa syaitan yang menghasut, taktik nak sesatkan anak cucu Adam. Pulak tu, duk cerita pasal lelaki, yang bukan mahram bagi mereka. Dah selesai kisah Aini, Anne masuk pulak. Kisah dia lagi syok, suka budak laki yang agak gangster kat sekolah. Budak tingkatan 3. Hmm lahaii Anne, tinggi budaknya. Hitam manis, comel kalau pandang lama-lama. Dengan bracesnya, dengan gelaknya. Semua kenal dengan pelajar lelaki tersebut sebab selalu sangat buat masalah. Keluar masuk bilik disiplin tu dah memang satu kewajipan. Kena rotan depan perhimpunan, kena denda tu takyah cakap la, memang dah lali sangat. Tapi Anne tak pandang semua tu, dia tetap suka. Nazrin namanya. Biasalah, kalau dah suka yang buruk pon di kata lawa. Yang hitam dilihatnya putih. Haa cinta tu kan buta. Mana nak nampak buruknya cinta masa mula-mula dilamun kannn. Last sekali, Nana ni pulak ambil peluang. Nana ni sebenarnya kawan baik Anne. Dorang ada lagi tiga kawan yang lain Lisa, Ekin dan Fikah. Pendek kata memang dorang lima ni slalu ada sama-sama tak kira susah senang. Dan dorang pon masing-masing dah tahu yang si Anne ni suka Nazrin, Nana suka faruqi. Faruqi ni pengawas jugak, tapi tingkatan 3. Boleh dikatakan dia ni pengawas yang rare la, sporting dan selalu senyum. Anne dan Nana sebenarnya saja bukak cerita kat Aini sebab nak tahu sape sebenarnya si Aini ni suka. Hmmm dapat jugak jawapan.

Hingga Akhir NafaskuWhere stories live. Discover now