Part 2 - Bangga

59 2 0
                                    

Bila semua dah selesai dengan luahan masing-masing, maka mereka naiklah ke dorm dan menghempaskan diri sepuasnya ke atas katil. Malam itu, buat pertama kalinya sebelum tidur Nana terkenangkan Faruqi. Kata-kata Aini dan Anne tadi masih segar lagi. "Kau seriouslah kau suka dia? Huh dia tu acah playboy. Padahal playboy tak laku". Bentak Aini. "Si Faruqi tu laa yang Dayah Ketot tu duk tergila-gila. Entah ape laa yang dia pandang sangat kat Faruqi playboy tk laku tu". Nana hanya diam dan tersenyum sambil menjeling Dayah di hujung pintu. Haii ape laa nasib, tersuka kat playboy tak laku. Patutlah sebelum ni ada jugak dia dengar yg si Dayah ni tergedik-gedik kat pengawas senior, tak sangka rupanya pengawas yang di maksudkan adalah Faruqi.

Nana jadi makin gila. Biarlah apa orang nak kata tentang Faruqi, yang pasti dia tahu dia suka Faruqi. Malam semakin hitam, bulan semakin meninggi dan lenalah Nana bermimpikan si Faruqi pujaan hati. Dia terbayang saat pertama dia berjumpa Faruqi, ketika membeli makanan di kantin sekolah. Nana tahu, Faruqi adalah kawan lama abangnya. Mungkin juga Faruqi mengenalinya, atau mungkin jugak tidak. Entah kenapa, semenjak dua menjak ni dia sering terfikirkan Faruqi, walhal dia sudah lama mengenali Faruqi melalui abangnya.

Mulai saat itu, Nana jadi gelabah ketika berselisih dengan Faruqi. Dia cuba mengelak daripada bertemu dengan Faruqi, tetapi tetap memerhati dari jauh. Padanya, biarlah perasaan itu disimpan dahulu sebelum orangnya mengetahui. Tapi sebenarnya, dia ada maksud lain. Dia bimbang jika dia memberitahu Faruqi, cintanya akan di tolak dan dia kecewa. Dia sanggup menunggu disamping berdoa agar dibukakan pintu hati Faruqi untuknya. Selama mana masa yang Faruqi perlukan, dia sanggup menunggu. Asalkan bukan cintanya ditolak. Hari demi hari, cintanya makin membuak. Nana tahu, dia syok sendiri. Tapi ape lah yang termampu olehnya, selain berdoa dan berangan seorang diri. Tak senonoh betul.

Minggu Pelancaran Pelajar Target. Pagi isnin itu Nana berdiri di perhimpunan, sambil membaca banner yang diletakkan di tangah tapak perhimpunan. Memang menjadi kebiasaan sekolah, untuk mengadakan minggu tersebut. Nana hanya berdiri dan mendengar ucapan bermula dari guru disiplin, pengetua dan seterusnya ke acara kemuncak di mana nama-nama pelajar target akan dipanggil. Pada Nana, tiada langsung niatnya ingin menonton. 'Alaa target je pon. Nk kecoh satu sekolah. Bukan PMR betul lagi' dia bermonolog. Kepalanya ditundukkan ke bawah, sambil mendengar satu- persatu nama yang disebut oleh pengerusi majlis. Kasutnya yang kotor ditenung, nampak laa bosan si Nana ni. 'Haih kasut ni, mesti kes kena pijak dengan kucing si Alia ni', jirannya. Kucing tersebut selalu datang ke rumahnya. Datang ziarah. Muhammad Faruqi Aniq bin Faizi. Saat telinganya menangkap nama tersebut, bagai terkena renjatan elektrik kepalanya menegak. Mengintai di sebalik kepala pelajar lain yang lebih tinggi darinya akan empunya nama yang sedang berjalan mengambil sesuatu daripada pengetua sebagai tanda semangat. Hatinya tersenyum. Ada rasa bangga dalam dirinya. 'Wahh dia jadi pelajar target. Bangganyaa'. Dalam diam, ada sesuatu yang dia azamkan.

Hingga Akhir NafaskuWhere stories live. Discover now