Part 3 - Kecewa

59 3 0
                                    

Nana bahagia. Bahagia itu hanya dia yang tahu. Faruqi, pujaan hatinya kini menjadi salah seorang pelajar target di sekolah. Memang tak disangka. Pelik betul si Nana ni, tadi dia yang beria marahkan program pelancaran pelajar target dek kerana baginya hanya target belum betul-betul PMR. B laterala dah nama si Faruqi ni terlibat skali, terus berubah tanggapannya 360 darjah. Kemain tau si Nana ni. Tu laa tadi beria sangat nak mengutuk, sekarang dia pulak yang melebih-lebih. Dah dia fikirnya si Faruqi tu bakal cemerlang PMR nanti. Hatinya bernyanyi-nyanyi kecil ketika dalam perjalan ke kelas setelah selesai sesi perhimpunan. Pada Nana, itulah hari paling gembira buatnya.

"Kau nampak tak tadi si Faruqi tu jadi pelajar target. Omgg bahagianyaa aku Kin".
Ekin di sebelahnya hanya mengganguk. Faham benar akan sikap kawannya yang sorang ni, kalau bab Faruqi memang over kalah minah-minah gedik kat sekolah ni. Mereka berdua ditempatkan di barisan kedua dalam kedudukan kelas, iaitu di belakang Anne dan Fikah. Haa ape lagi, dah si Ekin ni tak berapa nak bagi respon di kacaunya pula si Anne dan Fikah. "Wehh aku insecure laa tengok Faruqi tu, dah laa handsome bijak pulak tu. Eh kau rasa-rasa dia dah ade awek ke belum eh?" Nana mengangkat kening. Harapnya si Faruqi tu belum berpunya.

"Kan haritu kau ada nampak dia kan? Masuk dalam bilik disiplin kan? Haa tu kes kantoi bercinta la tu." Anne membalas.

"Ehh serious laa, jangan buat aku sedih doh". Tingkah Nana.

"Serious laa gilaa. Kau ingat Anne main-main. Aku pon ada nampak. Dia kan heboh bercinta dengan si Wawa tu". Tambah Fikah.
Fikah teringat akan peristiwa di mana dia berselisih dengan Faruqi ketika dalam perjalan pulang dari tandas. Biasanya sekolah mereka akan mengadakan 'Minggu Cegah Couple' setiap tahun bagi mengelakkan budaya couple dalam kalangan pelajar berleluasa. Setiap pasangan akan dipanggil dan diberikan sesi kaunseling.

Riak muka Nana berubah. Hatinya pedih. Baru sekejap tadi hatinya berbunga, memuji Faruqi. Tapi kini dia dikejutkan dengan berita Faruqi sudah mempunyai teman wanita. Bagai ada duri yang tajam sedang menikam hatinya yang paling dalam. 'Sampainya hatimu'. Lalu dia berpura-pura mengeluarkan buku dan focus mentelaah. Ekin yang sedari tadi diam dan focus dengan kerjanya perasan perubahan sikap Nana, lalu dia menjeling Anne dan Fikah. "Alaa baru couple, dah nak break dah pon". Kata Ekin, Nana tahu kawannya itu ingin memujuknya. "Hmm takpe aku okay". Okay laa sangat. Anne dan Fikah diam apabila menyedari mereka telah membuatkan kawan mereka sedih.

Hari itu, mood Nana berubah. Waktu rehatnya dia tidak ke kantai, dan hanya memesan makanan untuknya sekadar mengalas perut. Ini kerana dia tahu, jika dia ke kantin pastinya dia akan berselisih dengan Faruqi memandangkan waktu rehat pelajar tingkatan 2 dan 3 adalah sama. Selalunya, peluang inilah yang akan di ambil untuk memerhatikan Faruqi dari jauh. Tapi setelah diketahui Faruqi sudah mempunyai teman wanita, dia jadi sedih. 'Tak bole ke kau pandang aku Faruqi, perempuan cantik putih tu jugak yang kau pilih. Tahulah aku ni tak secantik Wawa.' Fikirnya sendirian. Sejak dari itu, kemana sahaja dia pergi, dia butakan mata untuk melihat Faruqi. Walaupon hati kecinya menjerit ingin melihat Faruqi, tetapi lawan juga perasaan itu.

Ketika Lisa berjalan menghampirinya, Nana pura-pura sibuk dengan kerja rumahnya. "Alaa kau takyah acah-acah rajin. Macam aku tak tahu kau tu bukannya jenis yang rajin nak siapkan homework ni, slalu kau main tiru je orang punya" Jeling Lisa. Nana sudah tersengeh. "
Hehehe alaa kau bukan tak tahu, aku bukan malas nak buat tapi aku tak minat. Haihh hari-hari ada homework bosanlah aku." Tambah Nana.
"Banyak la kau hari-hari, aku tengok bukan semua subjek pon kita ada homework. Paling tak pon keja math je. Nak cari alasan pon biarlah logik". Lisa membidas.
"Aku dengar Anne ngan Fikah cerita pasal Faruqi tadi. Apa cita?"
Nana diam. Sakit hatinya masih terasa.
"Dorang cakap Faruqi dah ada awek." Jelas Nana.
"Ohh ni kes patah hati la ni, smapi tak nak keluar rehat bagai? Ohh gitu ceritanya". Gurau Lisa.
"Mana ada. Dah memang aku tak lapar. " Nana membela diri.
"Ohh tak lapar." Dan kedengaran ketawa Lisa pecah. Sepasang dua mata memandang tepat ke arahnya. Lisa angkat tangan tanda sorry.
"Dah laa weh. Dorang tu tengah ada krisis. Nak putus dah tu. Kau jangan risau kay". Kata Lisa.
"Aku harapkan hubungan mereka tak lama.".
Amboi suka hati je nak doa buruk orang. Nana. Bila dia dah mulai suka seseorang. Sebenarnya tujuan Lisa adalah atas membantu Nana yang sedang bersedih, setelah mendengar cerita dari rakannya, hatinya jatuh simpati pada Nana. Llau dia berusaha memujuk Nana

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 10, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hingga Akhir NafaskuWhere stories live. Discover now