III

23 0 0
                                    

ROHAYU. Detiknya berlalu perlahan. Tersingkaplah cebisan kehidupan satu per satu, bak helaian kertas diselak bayu.

Senyuman ibunya, membahagiakan. Kucupan ayah, mendamaikan. Berlari girang mengejar rama-rama. Hadiah ulang tahun, arnab comel berwarna putih. Teman-teman bermain ting-ting. Rambutnya memanjang, beralun-alun ke semua arah. Senyuman seorang jejaka, merenungnya disebalik pohon merendang. Hari persandingan. Flat mahligainya. Tangisan anak, tagihkan susunya. Jelas sekali kata-kata pertama puteranya, 'mama-mama!'. Kulit bayi puteri bongsunya, yang halus bak sutera. Jari-jari yang kecil. Mulut tak bergigi, tersenyum riang!

Tersenyum Rohayu, bahagia. Rohayu menutup kelopak matanya. Dia bersedia.

Ashadu alla illaha il Allah. Wa ashadu anna Muhammad ar Rasulullah...

Keadaan sekaliling menjadi kelam kedinginan. Pandangan berlalu. Suara berlalu. Segala deria berlalu. Akhirnya,.... kosong!

ANIZA. Detiknya penuh kekesalan. Jika mampu dibalikkan waktu, Aniza berjanji akan perbetulkan segala-galanya!

Mengapalah dia degil dengan ibu-bapanya? Mengapalah dia tak pulang-pulang ke kampung? Mengapalah dia memandang rendah kepada adik-beradiknya? Mengapalah dia mengkhianati kawan-kawannya karibnya? Mengapalah dia melukai hati teman-teman lelakinya? Mengapalah dia mahu merampas laki orang? Mengapalah dia selalu buat endah tak endah mewakili klien-klien yang miskin biarpun mereka jelas tertindas? Dan lagi, dan lagi...Kesalnya tidak berpenghujung.

Tiba-tiba tubuhnya direntap. Seribu tangan-tangan mengheretnya ke arah cahaya yang terlalu terik, membutakan penglihatan!

MIMIE. Detiknya mengelirukan. Membingungkan. Kucar-kacir!

Dia terumbang-ambing. Tidak tentu arah seperti menyelam ke dalam lautan yang gelap. Di mana dasar, di mana permukaan, di mana kiri, di mana kanan, depan atau belakang?

Dia menjerit, tidak bersuara! Dia menggapai, tidak kesampaian! Dia meronta, kaku!

Tiba-tiba, tersentap satu memori. Satu visi. Mimie, johan catur kebangsaan sedang mengatur langkahnya. Mencongak-congak. Buah-buah catur beterbangan, berputar-putar membuat formasi. Akhirnya, terpampang satu strategi yang unggul!

Akan tetapi, ada sesuatu yang tak kena. Ada sesuatu yang belum selesai! Apakah dia?

Dia memerah otak. Berkerut-kerut wajah. Keringat membasahi dahi!

Tersentap satu lagi memori. Satu visi. Dr. Riswan sedang menodainya di kamar hotel! Dr. Riswan tertawa!

'Aku mesti kembali!', 'Aku mesti selesaikan perkara ini!', 'Akan ku tuntut keadilan!' – jerit batinnya!

Tiba-tiba terasa jasadnya direntap, dilambung-lambung dan kemudiannya direjam ke bawah! Perit jatuhnya meresap ke saraf jantung! Dia meronta-ronta kesakitan!

Kemudian, satu dentuman yang maha kuat, yang sangat menakutkan, menggetarkan seluruh tubuhnya. Disusuli bunyi nyaring yang berpanjangan. Dalam kebingitan, terlihat sejalur cahaya. Mimie cuba menggapainya, tetapi tidak kesampaian!

MELAYANGWhere stories live. Discover now