Bab 2

327 9 0
                                    

Awal pagi lagi kaira dengan susah payah membantu Nek Lijah menyediakan sarapan ringkas untuk mereka. Ubi kayu rebus yang dimakan dengan kelapa parut digaul bersama sedikit garam dan gula. Kopi panas yang masih berasap dihidang bersama ubi kayu. Haruman hidangan begitu membangkitkan selera.
Mereka tidak pernah jemu walaupun terpaksa mengisi perut dengan hidangan yang sama setiap hari. Mereka tidak mampu menyediakan hidangan yang enak-enak. Ubi rebus atau nasi bersama ikan masin pun sudah cukup membangkitkan selera. Mujurlah Nek Lijah ada bercucuk tanam di belakang rumah. Walaupun tidaklah terlalu besar hasilnya,cukuplah untuk menampung hidup mereka.
''Nek,kaira nak tanya sikit.''
Sejak semalam kaira menyimpan persoalan yang mesti diketahui jawapannya. Selagi dia tidak dapat jawpan itu,selagi itulah jiwanya tidak tenang. Namun tenangkah dia jika dia jahu akan kebenaran yang sudah lama disembunyikan oleh Nek Lijah? Mampukah kaira menghadapinya nanti?
Suapan Nek Lijah terhemti. Dia tidak berani memandang wajah polos kaira.
''Apa yang kaira nak tanya?'' Soal Nek Lijah cuba mententeramkan perasaannya yg mula berkocak.
''Nek,arwah ayah sakit apa? Dia meninggal dunha sebab apa?''tanya kaira.
''oh,ayah arwah kaira terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia meninggal dunia beberapa jam sebelum kaira dilahirkan.''
serta-merta suara Nek Lijah menjadi serak. Terbayang-bayang di matanya arwah karim yang berlumuran darah sedang merintih kesakitan. Arwah sempat menitip pesan supaya Nek Lijah tengok-tengokkan isterinya,Rozita dan anak yang bakal dilahirkan jika dia pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya.
Keadaan karim ketika itu sungguh menyedihkan.sebelah kakinya hancur dan hampir putus dilenyek lori. Rozija yang hanya menunggu masa untuk melahirkan anak terus turun darah akibat terlalu terperanjat akan berita itu.
''Jadi betullah orang kampung cakap yang kaira ni bawa sial,nek?''tanya kaira lurus.
Nek Lijah sudah tidak dapat menahan perasaan. Air mata yang sejak tadi ditahan akhirnya gugur juga. Nek Lijah menggeleng-geleng beberapa kali. Dia cukup tidak suka dengan mulut orang kampung yang selalu menuding jari kepada kaira. Lupakah mereka akan qada dan qadar yang ditentukan ALLAH SWT?
Lupakah mereka siapa yang berkuasa menentukan hidup mati seseorang. Mereka cakap mudah,seolah-olah mereka itu TUHAN! Tersayat hati Nek Lijah mengenangkan sikap mereka. Apakan daya, Nek Lijah tidak mampu mempertahankan cucunya yang seorang itu daripda menjadi mangsa cercaan orang kampung.
''Nek,betul ke kaira ni bawa sial!''tanya kaira sambil menggoncang-goncang tangan Nek Lijah yang masih lagi membeku di tempatnya.
Nek Lijah mengalihkan pandangan pada wajah kaira.Dia mencari sesuatu di wajah itu.
''Jangan cakap macam tu,kaira.''
Suara Nek Lijah bergetar. Air mata yang bertakung tadh sudah mula menitis laju di pipinya.
''Tapi nek...''
''Syyy...''
Nek Lijah meletakkan jari telunjuknya di bibir kaira yang berkedut seperti bibirnya juga. Bezanya,Nek Lijah sudah dimamah usia,namun kaira pula disebabkan kecacatannya sejak kecil.
''Semua yang berlaku itu adalah ketentuan Tuhan. Ada sebab mengapa DIA jadikan kaira begini. Jangan dengar cakap orang. Jangan pedulikan kata orang. Jangan salahkan diri sendiri. Kaira tak salah apa-apa. Kaira pun tak pernah bawa sial. Bukan ke nenek bahagia aje hidup dengan kaira?''
Nek Lijah tersenyum. Namun di hati Nek Lijah,Tuhan saja yang tahu. Hati Nek Lijah tidak pernah tenang sejak adanya kaira. Bukan dia bencikan kaira. Tidak sesekali dia bencikan kaira. Dia menatang kaira bagaikan menatang minyak yang penuh sejak kaira dilahirkan lagi. Namun ketenangan hatinya tergugat disebabkan rasa bimbang yang tidak pernah putus.
''Sudahlah,jangan fikir bukan-bukan lagi. Makanlah kaira,makan. Itu aje yang nenek mampu sediakan,''ujar Nek Lijah.
''Nek,kaira tak kisah makan apa pun. Ini pun dah cukup baik dapat isi perut. Kaira tak kisah nek,asalkan nenek sentiasa ada dengan kaira,''kata kaira seraya memeluk Nek Lijah sebelum menyambung makan.
Nek Lijah melarikan pandangannya dari merenung kaira yang kembali menyuap makanannya. Hatinya semakin rawan apabila terkenangkan peristiwa pahit yang berlaku dulu. Tidak semena-mena bayangan wajah Rozita muncul. Nek Lijah terlalu rindukan anaknya itu.
Beras seberat lima kilogram diletakkan bersama barang-barang yang mahu dibawa ke rumah Nek Lijah. Setiap bulan,Sofea pasti akan memberi sedekah kepada Nek Lijah dan Kaira. Sofea tidak pernah berkira walaupun emaknya tidak pernah setuju dengan tindakannya. Bagi Sofea,tidak salah dia berbuat baik kepada Nek lijah dan Kaira. Kasihan mereka,makan pun sekadar apa yang ada,sedangkan dia boleh makan sedap-sedap.
Di sebalik pintu dapur,Kalsum yang sejak tadi mengintip kelakuan si anak sudah mula panas hati. Bibirnya dicebik tatkala melihat Sofea mula memasukkan beberapa tin susu,serbuk teh serta beberapa jenis lauk-pauk ke dalam plastik. Semakin ditahan-tahan dadanya,semakin sakit. Akhirnya Kalsum mengalah,dia terus keluar dari tempat persembunyiannya tadi.
''Hoi,Sofea! Kau ni tak habis-habis bazirkan wang beli benda ni semua untuk binatang dua ekor tu. Cukup-cukuplah! Tak ada maknanya kau buat macam tu. Apa kau dapat? Kalau nak pahala sangat,baik kau urut badan aku ni,''sergah Kalsud tiba-tiba.
Sofea yang baru saja hendak beredar dari situ tergamam disergah Kalsum. Sejak dulu lagi Kalsum tidak suka dia bersedekah kepada Nek Lijah dan Kaira. Teruk sangatkah mereka sehingga dihina begitu sekali?
''Masya-ALLAH,mak. Tak baik macam tu. Sofea sedekah pun guna wang gaji sendiri. Sofea tak pernah susahkan sesiapapun,termasuk mak. Sofea tak pernah guna wang mak walaupun satu sen,kan? Apa salahnya kita berbuat baik kepada mereka,mak? Biarlah...Sofea ikhlas.''
Sofea agak sedih dengan sikap emak tirinya itu. Wanita itu tidak pernah membuat kebaikan,malah suruhan ALLAH SWT yang wajib pun diabaikan.
Kalsum semakin panas hati. Tindakan Sofea itu boleh buat dia sakit jantung. Matanya sengaja dijegilkan,rahangnya diketap. Geram. Kalau ikutkan hati,mahu saja dia cekik-cekik gadis itu. Tidak sedar diri. Sejak kecil dia menjaga Sofea,tetapi sekarang Sofea sudah mula pandai melawan.
''Hei,kau ni memang tak kenang budi! Kalau tak fikirkan pasal abah kau,jangan harap aku nak jaga kau! Menyusahkan aku aje.kalau aku tahu,kau dah pandai melawan cakap aku,lebih baik aku cekik-cekik aje kau sampai mampus! Bila dah mampus nanti,bolehlah kau teman abah kau yang tak berguna tu di alam barzakh!!''
Lancang sekali Kalsum mengeluarkan kata-kata tanpa menghiraukan perasaan Sofea yang sudah tergores. Sofea dapat merasakan tahap kesabarannya semakin nipis. Semakin hari,wanita itu semakin melampau. Kata-kata emak tirinya sentiasa panas bagaikan api yang sedang marak membakar perasaannya.
''Mak,kenapa dengan mak ni? Apa salah Sofea? Salah sebab buat baik kepada mereka? Besar sangat ke kesalahan Sofea sampai mak nak mengutuk arwah abah pulak? Mak ni lupa ke,mak yg terhegeh-hegeh nak kahwin dengan abah sampai abah sanggup ceraikan ibu? Sebab maklah ibu terseksa! Walaupun ketika tu Sofea masih kecil,Sofea ingat mak...Sofea ingat!'' Suara Sofea bergetar menahan sebak dan amarah yang teramat sangat.
''kau dah pandai kurang ajar dengan aku,ya? Kau lupa aku siapa?''tengkin kalsum dengan suara yang sangat nyaring.
''Tak. Sofea tak pernah lupa! Sofea tak pernah lupa yang mak hanya mak tiri Sofea. Bukannya mak kandung Sofea. Dan sebab maklah,ibu mati!'' Sofea melawan balik.
Kali ini suaranya sudah meninggi. Jari telunjuknya juga sudah dituding tepat ke batang hidung kalsum. Mukanya sudah merah padam. Nasib baiklah dia masih ada sedikit sisa rasa hormat kepada wanita yang masih berdiri tegak di depannya itu. Kalau tidak,mahu saja dia terkam dan ajak wanita itu bergusti! Alang-alang sudah dikatakan kurang ajar,lebih baik dia betul-betul kurang ajar. Barulah berbaloi! Pantang betul dia apabila nama ibubapanya dipermainkan.
Giliran kalsum pula tergamam dengan kata-kata Sofea. Dia menelan liur. Wajah gadis di depannya direnung dengan renungan tajam. Namun wajah itu langsung tidak menggambarkan perasaan getar. Malag,di sebalik wajah itu tersirat rasa marah dan benci yang amat sangat. Kalsum tahu Sofea sakit hati dengannya.
Sofea mencapai beberapa plastik yang mengandungi lauk-pauk dan beras yang bakal dibawa ke rumah Nek Lijah. Dia tidak mahu buang masa. Semakin lama dia menghadap muka kalsum,semakin bernanah hatinya. Dia bimbang kalau dia bertindak di luar batasan sehingga mampu mencederakan wanita itu. Kalsum pula bagai baru tersedar dari mimpi tersentak apabila melihat Sofea sudah mahu keluar dari rumah. Serta-merta dia menahan Sofea.
''Kau nak ke mana? Rumah Nek Lijah? Aku tak izinkan.membazir aje kau nak bagi mereka makan.''
Sofea benar-benar marah dengan tindakan emak tirinya yang sudah melampaui batas.
''Membazir? Mak, Sofea tak guna duit mak. Sofea guna duit Sofea sendiri. Dan mak jangan lupa,makan pakai mak semuanya Sofea yang tanggung. sekali lagi Sofea ingatkan mak,ini duit Sofea. Sofea cari dengan titik peluh Sofea sendiri. Rumah ni pun rumah Sofea. Kalau mak masih nak menumpang Sofea,mak jangan halang Sofea,faham?''
Tanpa menunggu jawapan daripada Kalsum,Sofea cepat-cepat meninggalkan Kalsum sendirian. Hampir saja dia tersadung anak batu di depan tangga rumahnya. Dari ekor matanya,dia dapat lihat wajah Kalsum berubah.
Kalsum terperanjat dengan kata-kata yang diluahkan anak tirinya itu. Mahu atau tidak,dia terpaksa membenarkan Sofea meneruskan niatnya. Jika tidak,dengan siapa dia hendak bergantung hidup? Dia bukan ada anak yang lain lagi.
Walaupun Sofea hanya anak tiri,gadis itu tidak pernah lupa memberi sejumlah wang untuk perbelanjaannya. Tiba-tiba rasa benci dan menyampah menggunung kepada Nek Lijah dan Kaira. Bibir Kalsum tidak semena-mena mencebik.
''Binatang! Aku akan ajar kamu semua cukup-cukup. Menyusahkan hidup aku aje! Keluarga kau memang selalu menyusahkan aku.''
Kalsum mengepal penumbuknya. Dia ingin merencana satu rancangan jahat. Akalnya sedang bekerja keras mencari buah fikiran yang 'bernas' dan cukup kejam untuk memusnahkan hidup mereka berdua.
Sudah lama Kalsum sakit hati dengan keluarga Nek Lijah. Sofea yang sering 'dikawalnya' dulu pun suda berani melawannya hanya kerana mahu membela nasib mereka.

DENDAM RATU ULARWhere stories live. Discover now