Bab 3

398 10 2
                                    

Sofea duduk bersimpuh di depan Nek Lijah yang sedang mengurut kaki kaira. Mata Sofea pula asyik memerhati keadaan rumah Nek Lijah yang serba kekurangan.
Lantai tempat dia duduk juga terasa tinggi rendah dan berlubang-lubang. Tikar getah pula suda seperti roti jala gayanya. Rasa simpati Sofea terhadap Nek Lijah dan kaira semakin melimpah-limpah. Selagi mampu dia akan cuba membantu dua beranak itu. Itu janjinya.
''Sofea,kau sudah banyak berbudi dengan nenek. Nenek tak tahu macam mana nak balas budi kau,nak.''
Nek Lijah bersuara sebak. Dia bersyukur kerana masih ada insan yang sudi membantu dan tidak memandang hina kepada kaira. Sekurang-kurangnya masih ada yang prihatin pada mereka.
''Nek,Sofea ikhlas. Sofea tak mintak nenek balas apa-apa. Biarlah ALLAH saja yang membalasnya. Sofea hanya tolong apa yang termampu. Apa yg Sofea makan, Sofea kongsilah sedikit dengan nenek dan kaira. Kaira kalau nak makan apa-apa jangan segan cakap dengan akak,ya?''
Sofea menghadiahkan senyuman buat kaira yang sedang merenungnya dengan pandangan penuh tanda tanya.
Walaupun kaira cacat dan serba kekurangan,tidak pernah terdetik di hati Sofea untuk mempersendakan gadis itu. Gadis malang itu juga makhluk ALLAH SWT,ciptaan yang Maha Agung. Tidak ada yang lebih sempurna di dunia ini melainkan ciptaan ALLAH. ALLAH menjadikan sesuatu itu cantik atau hodoh sudah tentu ada hikmah tersendiri. Hanya DIA yang mengetahui. Sofea juga sudah menganggap kaira seperti adiknya sendiri.
''Terima kasih,kak. Dah terlalu banyak yang akak tolong. Budi baik akak tak mungkin dapat kami balas,''luah kaira yang sejak tadi hanya menjadi pemerhati. Sedikit senyuman terukir di bibirnya yang berkerepot.
''Tak apalah,kaira. Lagipun akak balik kampung ni sebulan sekali aje. Kalau ada rezeki akak balik lagi jenguk kaira. Esok akak dah nak balik Kuala Lumpur. Akak cuti tak lama.''
Sofea menghirup sedikit kopi yang masih panas berasap. Kopi itu kurang manis,namun rasanya masih sedap dan menyegarkan tubuh.
Manalah Nek Lijah ada wang lebih untuk beli gula,oleh itu mereka sentiasa berjimat cermat. Namun Nek Lijah sentiasa bersyukur kerana dia masih mampu mengenyangkan perut dengan makanan yg bersih. Masih ada individu di luar sana yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Malah ada juga yang terpaksa mengorek tong sampah mencari sesuap makanan dan menyusun kotak untuk tinggal di bawah jambatan. Bersyukurlah,ALLAh memberi sedikit kesenangan kepada mereka.
''Sofea...''
Nek Lijah berasa tidak sedap hati. Kebaikan gadis muda di depannya itu menimbulkan rasa yang berbelah bagi. Bukan dia berprasangka buruk kepada Sofea,tetapi bagaimana penerimaan Kalsum jika dia tahu Sofea terlalu baik kepadanya dan kaira? Nek Lijah sudah lama tahu,kebencian Kalsum tidak pernah surut sejak dulu lagi.
Kalsum merupakan bekas tunangan arwah Karim. Arwah pula memutuskan pertunangannya dengan Kalsum semata-mata mahu menikahi Rozita,anaknya. Kalsum yang sangat kecewa menuduh Rozita mengenakan ilmu pengasih bagi menambat hati karim. Sebagai ibu,Nek Lijah tahu yang Rozita bukan begitu sikapnya.
Selepas setahun Rozita berkahwin dengan Karim,Rozita mengandung. Kairalah satu-satunya anak mereka. Malangnya Karim meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya pada hari kaira dilahirkan. Disebabkan itulah Rozita meroyan dan menuduh kairalah punca suaminya mati!
Kaira anak sial,anak yang mendatangkan malang pada keluarganya. Apatah lagi Kaira dilahirkan dengan fizikalnya yang cacat. Rozita hampir membunuh kaira,namun pantas diselamatkan Nek Lijah. Jika Nek Lijah terlambat,sudah tentu bayi yang tidak berdosa itu akan dijengah ajal.
Ke mana kau pergi,nak? tak pernah kau datang jenguk kaira lagi. Tanpa sedar Nek Lijah mengalirkan air mata. Tiba-tiba saja kenangan lampau menjengah benaknya. Ingatannya kepada Rozita tidak pernah padam. Saban waktu dia berharap agar suatu hari nanti Rozita akan pulang menjenguk kaira. Nek Lijah sangat berharap agar anak perempuannya itu masih bernafas di muka bumi ini.
''Nek...nek termenung? Kak Sofea bercakap sorang-sorang pulak. Kesian dia nek.''
Teguran kaira membuatkan Nek Lijah tersenyum malu. Pantas jari-jemarinya menyeka air jernih yang mula merembes keluar membasahi tubir matanya. Sofea dan kaira saling berpandangan. Masing-masing tertanya-tanya apa yang menyebabkan Nek Lijah berhati walang saat itu?
Nek Lijah menggeleng beberapa kali sebelum meneruskan kata-kata. Ia juga merupakan amanat yang bakal disampaikan pada Sofea. Dia tidak percayakan orang lain,melainkan Sofea. Anak gadis di depannya itu mempunyai hati yang sangat luhur. Nek Lijah tidak pasti sama ada Sofea akan menerima apa yang bakal disampaikan ini dengan tenang atau menolaknya. Sedikit keraguan tetap bersarang di hatinya.
''Sofea,boleh tak nenek harapkan Sofea menjaga kaira bila nenek dah tak ada nanti?''
Tersentak kaira dan Sofea mendengar permintaan Nek Lijah itu. Sofea serba salah mahu menjawab,manakala kaira pula bingkas bangun dan memeluk Nek Lijah. Kaira bagaikan mahu menangis mendengar kata-kata itu,seolah-olah neneknya sudah mahu pergi meninggalkan dia.
''Nek...jangan tinggalkan kaira...''lirih sekali suara kaira di halwa telinga Sofea.
Rasa kasihan kepada kaira semakin melimpah. Tercebik-cebik bibir kaira menahan kesedihan. Dia tidak sanggup kehilangan Nek Lijah. Dia sudah tidak punya sesiapa untuk bergantung hidup. Hanya Nek Lijah saja yang ada. Itupun mujurlah ada Sofea yang sanggup menjenguknya walaupun sebulan sekali.
''Nenek,saya sanggup jaga kaira. Nenek jangan risau,tapi nenek janganlah fikir jauh sangat,nek. Ajal maut tu kita tak tahu bila. Entahkan nenek yang pergi dulu,entah-entah Sofea yang pergi dulu,''ujar Sofea dengan rasa sebak.
''Nenek ni dah tua,Sofea. Bila-bila masa aje ajal bole menjemput nenek. Kaira ni dah tak ada sesiapa pun. Kalau Sofea jaga kaira,macam mana agaknya penerimaan mak tiri kamu tu? Entahlah ,kalau Sofea rasa susah sangat,hantar saja kaira ke rumah anak yatim. Kasihan cucu nenek ni,''ujar Nek Lijah dengan nada suara yang bergetar.
''Nek,cukuplah! Janganlah cakap pasal mati ni. Kaira tak nak tinggal dengan orang lain,kaira nak nenek juga! Siapalah yang sukakan kaira. Kaira ni cacat,hodoh..sesiapa tengok pun rasa takut. Kata kaira hantu. Hanya nenek dan kak Sofea aje yang sudi dekat dengan kaira,''kata kaira penuh perasaan.
Sofea terdiam. Dia tidak tahu hendak kata apa lagi. Tetapi jika Nek Lijah betul-betul sudah dijemput ILAHI,dia berjanji akan menjaga kaira. Dia tidak akan lepas tangan.

DENDAM RATU ULARWhere stories live. Discover now