Kesakitan dibaling batu-batu kecil oleh sekumpulan kanak-kanak nakal tadi masih terasa. Kaira mengusap-usap lengannya yang terasa perit. Tangannya calar-balar. Dengan perlahan,kaira menyentuh dahinya yang terasa pedih. Matanya terbeliak melihat darah merah tercalit di tangan. Mendadak air matanya menitis laju ke pipi.
Kenapa...kenapa mereka benci aku? Apa salah aku? Aku pun nak hidup macam orang lain. Nek,kenapa mereka benci kaira? Kaira bermonolog di dalam hati.
Di bawah pokok beringin yang tumbuh rendang,kaira duduk bersandar. Nafasnya masih tercungap-cungap menahan lelah kerana dikejar budak-budak nakal tadi. Air mata yang meleleh laju dibiarkan saja membasahi pipi. Rambugtnya yang menggerbang dan kusut-masai ditarik-tarik.
Prak! Prak!
Kedengaran bunyi ranting kayu dipijak orang. Kaira yang sedang menangis teresak-esak pantas menekup mulutnya dengan telapak tangan. Kaira bimbang jika budak-budak nakal tadi berjaya mengesannya. Kaira tidak sanggup dihina dan dijadikan bahan ejekan lagi. Kaira benci mendengar mereka memanggilnya dengan panggilan 'anak iblis'.
Kasihan kaira. Bukan dipinta untuk dilahirkan cacat rupa parasnya. Sebelah kanan wajahnya memang cantik jelita,namun sebelah kiri wajahnya pula menggerutu dan kelihatan menjijikkan. Kepalanya botak dan menggeretu di sebelah kiri. Bukan saja wajahnya cacat,kaki kaira di sebelah kiri juga turut cacat. Kakinya leper seperti seekor ikan.
Disebabkan keadaan kakinya yang begitu,kaira tidak stabil apabila berjalan. Dengan kata lain,bahagian tubuh kaira di sebelah kiri sahaja yang tidak sempurna, sedangkan di bahagian kanan tubuh kaira kelihatan elok sahaja seperti orang lain juga.
''kaira...''
Mendengarkan suara itu,pantas kaira keluar dari tempat persembunyiannya. Tubuh tua Nek Lijah yang hampir tinggal tulang dipeluk kejap. Tangisnnya semakin menjadi-jadi. Nek Lijah menyimpul senyuman.
Kaira satu-satunya cucu yang dia ada. Nek Lijah memelihara Kaira ketika gadis itu masih merah lagi. Nek Lijah lah yang menjadi ibu dan ayah kaira.
''Nek,mereka usik kaira,nek. Kaira sakit nek...'' adu kaira pada Nek Lijah yang sudah mengusap-usap luka kecil yang masih berdarah di dahi kaira.
''ya Allah,kenapa sampai berdarah ni kaira?''
Sayu hati Nek Lijah mengenangkan nasib yang menimpa kaira. Sampai bilakah semua ini akan berakhir? Apa akan berlaku jika dia suda meninggal dunia nanti?
Ah,dia bukannya hidup menongkat langit! Suatu hari nanti saat itu akan tiba juga. Ketika itu tidak ada sesiapa pun yang mampu menghalang. Ya,dia pasti akan pergi meninggalkan alam ini. Nek Lijah menggeleng-geleng beberapa kali. Kesal dengan tindakan mereka yang sering saja menyakiti kaira.
''mereka baling kaira dengan batu. Sakit,nek...sakit,''adu kaira,menangis teresak-esak sambil menyembamkan mukanya ke badan Nek Lijah.
''sudahlah,sayang. Mari kita balik. Nenek ubatkan,ya?''pujuk Nek Lijah.
Gadis malang itu mengangguk laju. Aiq matanya diseka dengan hujung lengan baju. Hatinya terpujuk dengan sikap Nek Lijah yang menatangnya bagaikan minyak yang penuh. Dalam hidup kaira,dia hanya ada Nek Lijah.
Mereka berdua berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah yang tidak jauh dari situ. Nek Lijah tahu sangat,kalau kaira keluar dari rumah kemudian lambat pulang,sudah tentu cucunya itu akan duduk bersandar di pohon beringin yang tumbuh rendang itu.
Di situlag kaira bermain dan di situlah tempat kaira menangis apabila diejek penduduk kampung. Kejam sungguh mereka yang memperlekehkan ciptaan Allah. Bukankah kalau mengejek ciptaan-NYA,seperti mengejek Allah juga? Astaghfirullahalazim...Malam sunyi sepi dan hanya ditemani suara cengkerik dan unggas yang bertingkah. Di rumah kayu usang itu hanya tinggal dua beranak yang sedang berduka. Nek Lijah menemani cucu kesayangannya yang sedang makan. Walaupun hanya nasi putih,ikan sepat goreng berkuahkan kicap,kaira begitu bersyukur kerana Allah masih memberinya rezeki.
''Nek,bila ibu kaira akan pulang nek?''tanya kaira.
Mulutnya masih penuh dengan nasi menyebabkan percakapannya tidak jelas. Nek Lijah menggeleng. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberi jawapan yang bernas. Walaupun kaira cacat rupanya,tidak bermakna kaira seorang yang bodoh dan lurus bendul. Kaira seorang yang petah berbicara,malah dia juga mampu berfikir dengan waras. Kadangkala sikapnya saja lebih menyerupai kanak-kanak walaupun dia sudah mencapai peringkat gadis.
''entahlah,kaira. Kaira kena selalu berdoa kepada Allah,supaya ibu kaira pulang menjenguk kaira,''ujar Nek Lijah tenang.
Kaira terdiam. Mulutnya suda berhenti mengunyah. Segelas air di sisinya dicapai lalu diteguk perlahan. Nek Lijah memerhati tingkah laku kaira dengan mata yang berkaca.
''kenapa ibu tak jaga kaira,nek? Dia tak sayang kaira ke?''tanya kaira lagi.
Jari-jemarinya menguis-nguis nasi di pinggan. Nek Lijah pula diam tidak terkata. Benaknya kini melayang terus mengimbau masa lalu.Imbas kembali...
''Ita,tolonglah jangan ikut perasaan. Ingatlah kepada TUHAN,nak. Semua ini dugaan,Ita.''
Nek Lijah sudah menangis teresak-esak apabila anaknya,Rozita tetap tidak mahu menyusukan kaira. Sejak kira lahir lagi dia tidak pernah disusukan. Rozita menyuruh Nek Lijah memberi susu tepung sahaja kepada kaira.
''budak tu bawak sial,mak! Sebab budak itulah Abang Karim mati,mak! Eii,ikutkan Ita,mahu aje Ita buang budak tu. Biar dia mampus dibaham anjing!''bentak Rozita geram.
Nek Lijah yang tidak sanggup mendengar cacian Rozita terhadap kaira bingkas bangun dari duduknya lalu menghadiahkan Rozita tamparan di pipi. Inilah kali pertama Nek Lijah menampar anak kandungnya sendiri. Tergamam Rozita dengan tindakan Nek Lijah yang tidak disangka-sangka iju.
''kau jangan melampau ,Ita. Dia anak kau! Kau kena ingat,dia lahir dari rahim kau. Dia lahir dari hasil perkongsian hidup kau dengan Karim!''
Nek Lijah menuding jarinya tepat ke wajah Rozita yang sudah menjegilkan matanya.
''Mak! Mak tak ingat ke,bila dia lahir aje,Abang Karim pun pergi meninggalkan Ita? Abang Karim tak balik-balik lagi,mak.Abang Karim dah tinggalkan Ita. Tapi dia ni pulak yang ganti tempat Abang Karim. Muka sudahlah hodoh! Budak ni memang bawak sial mak! Bunuh aje dia! Bunuh dia mak!''
Rozita seperti dirasuk hantu. Dia menerpa ke arah Kaira yang terbaring di katil. Nek Lijah pula bagaikan baru tersedar dari mimpi begitu terperanjat melihat Rozita yang sudah menggendong anaknya dan berlari ke arah dapur. Dengan kudrat yang ada,Nek Lijah menjerit-jerit minta pertolongan.
Rozita sudah meletakkan kaira di atas singki. Pisau pemotong daging dicapai. Baru saja dia mengangkat pisau itu separas kepala,Nek Lijah sudah menolaknya sehingga Rozita jatuh terduduk. Pisau terlepas dari pegangan, cepat-cepat Nek Lijah menyepak pisau sehingga terpelanting agak jauh daripada Rozita. Kaira yang suda meraung kuat digendong.
''Arghhh! Sakit tau,mak!''
Rozita yang baru habis berpantang mengerang kesakitan. Nek Lijah tidak peduli. Dia harus menyelamatkan nyawa kaira terlebih dahulu.
''Tolong,Ita! Kau jangan jadi pembunuh. kau anak yang baik. Kau sanggup nak bunuh anak sendiri?'' Soal Nek Lijah dengan suara yang lantang.
''Aku tak nak jaga dialah mak! Aku benci dia. Sebab dialah laki aku mati!''
Rozita bertempik-tempik seperti diserang histeria. Rambutnya suda kusut-masai tidak terurus.
Pak Mat dan isterinya muncul di muka pintu dapur. Mereka begitu terperanjat melihat keadaan Rozita yang meraung-raung seperti orang gila. Rozita suda berguling-guling di atas lantai dapur tanpa menghiraukan Pak Mat dan isterinya. Kain yang sudah terselak sehingga ke pangkal paha pun tidak dipedulikan. Rozita sudah tidak waras.
''Lijah,cepat pergi mintak bantuan!'' Kerah Pak Mat.
Pak Mat berusaha memegang tangan Rozita yang meronta-ronta. Isterinya pula diminta menyorok semua perkakas dan alatan dapur yang tajam dan merbahaya. Bimbang pula kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini. Mujurlah Pak Mat yang kebetulan lalu di kawasan itu untuk ke pekan bersama isterinya. Mendengar suara Nek Lijah memekik meminta tolong,dia pun bergegas ke situ.''NEK,oon nek...lepas tu apa jadi kepada ibu Kaira?''
Pertanyaan kaira menghentikan lamunan Nek Lijah. Matanya memandang redup wajah cucu kesayangan di depan mata yang sedang sabar menanti jawapanya. Sebelum berkata-kata,Nek Lijah menarik nafasnya dalam-dalam dan menghembus perlahan. Rasa sebak bertandang di dada.
''Ibu kaira dirawat di Hospital Permai. Hmm...tempat orang sakit jiwa. Beberapa tahun selepas tu,ibu kaira pulih. Dia pulang sekejap aje kemudian menghilang tanpa khabar berita. Entah hidupkah...atau...''
Kata-kata Nek Lijah terhenti. Dia tidak berani menyebut perkataan 'mati'. Dalam diam Nek Lijah masih mengharapkan Rozita masih wujud di muka bumi ini. Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Cuma Rozita saja yang tidak mahu menerima hakikat yang anaknya cacat.
Kaira memandang wajah Nek Lijah yang tampak sedih. Kaira mula membayangkan wajah ibunya. Rozita. Ya,dia ingat nama ibunya. Nalurinya mengatakan ibu kandungnya masih ada dan sihat walafiat. Setiap kali solat,dia akan berdoa agar ALLAH SWT menemukan dia dengan ibunya suatu hari nti.
Macam mana rupa ibu? Cantikkah dia? Ibu mesti cantik. Bukan macam aku. Nenek cakap,kaira cantik macam ibu. Ah,nenek bohong! Muka macam aku,nenek kata cantik? Aku tahu nenek saja nak ambil hati aku.
''Kaira,dahlah termenung tu. Habiskan nasi tu dulu. Tak baik buang rezeki. Tuhan marah. Makan sampai habis. Jangan membazir,''kata Nek Lijah lembut.
Kaira tersenyum namun senyumannya tersembunyi di sebalik bibirnya yang berkedut-kedut. Walaupun wajah kaira hodoh,tapi matanya masih kelihatan cantik. Matanya yang bundar menyimpan seribu satu keperitan hidup.
Nek Lijah memandang kaira yang sedang menyuap nasi dengan pandangan sayu. Kalau dia mati,siapa yang akan jaga kaira? Dengan keadaan kaira yang tidak sempurna seperti orang lain,masih adakah lelaki yang ingin memperisterikan kaira? Persoalan itu sering timbul di benak. Hanya ALLAH saja yang mampu memberi jawapan.
YOU ARE READING
DENDAM RATU ULAR
Paranormal''Antara kecantikan dan cinta,yang mana satu pilihannya?''