Lucian?

3.2K 117 3
                                    

Nampaknya hari sudah gelap dan Laila terpaksa bermalam di sini.Semasa di meja makan, aku hanya duduk dan menikmati makanan Ku."Sayang?"kata ibu."Ya,Kenapa?"Kata ayah."Apa kata kita adakan pertemuan semula dengan keluarga Lucian?"Tanya ibu."Adakah Sarah setuju?"Lalu ayah melihat Ku ."Terpulang ayah dan ibu."Kataku.Laila hanya kebinggungan.

"Baiklah nanti ayah berbincang dengan kerajaan vampire di bahagian selatan."Kata ayah."Jadi dia seorang putera?"Tanyaku sedikit terkejut."Ya, sayang" kata ibu membuatkan Laila bertambah binggung."Laila ,jom."Ajak ku setelah selesai makan dengan senyuman lemah.

Aku buka pintu bilik ku dan merebahkan tubuhku ke katil."Sarah?" Tanya Laila."Ya,.."kataku."Kenapa dengan putera vampire itu?" Tanyanya dengan wajah penuh persoalan.Aku duduk dan tunduk melihat lantai."Sarah, kenapa?"ulangnya."D..dia, akan menjadi suami ku pada usia 20." Laila terkejut dan tersenyum gembira tapi bukan aku."Bertuahnya kau Sarah, bakal menjadi isteri kepada seorang puter."."Tapi,ada satu hal lagi."kataku memotong kata Laila."Kenapa?"tanyanya."Dia merupakan kekasihku di masa lalu sebelum aku di timpa kemalangan pada usia 12 ,dapatkah aku untuk mencintainya semula selepas bertahun lamanya dan kenapa dia tidak berjumpa denganku lagi selepas kemalangan? Adakah aku akan suka bersonalitinya ,gayanya, dan semua tentang dia? Apakah dia masih menungguku?" Laila mendakapku dengan erat."Sarah, jumpa lah dia dulu kalau kau tak suka beritahulah ibumu ,hal ini masih boleh dipertimbangkan jadi?" Ayat Laila membuatkan aku berfikir ."Baiklah."kataku setelah berfikir.

Malam itu aku tidak dapat tidur lalu ku buka tingkap dan meletakan daguku di lenganku ,melihat ke luar 'tenangnya malam'kataku dalam hati.Laila sudah terlelap di katilku.Malam itu,aku membuat keputusan untuk berjalan di luar istana.

Aku memakai jaket di luar gaun tidurku tetapi kesejukan malam tetap terasa ditubuhku .Aku memeluk tubuhku untuk menghangatkan lagi tubuhku lalu ku duduk di sebuah bangku kayu berhampiran tasik, terlihat pantulan bulan penuh berwarna putih di permukaan tasik ."Tau tak bahaya kalau manusia duduk di luar seorang diri?" Aku berpaling ke arah suara itu dan terlihat seorang lelaki dengan rambut hitam dan mata hijau gelap yang cantik memandangku, dia tersenyum padaku "Jangan risau saya takkan gigit."Dia nampak seperti seorang yang baik dengan pernampilan yang sempurna dia agak tinggi mungkin jika aku berdiri sebelahnya kira kira hanya sampai paras dadanya, "Hai."Sapa Ku."Ya Hai,"balasnya."Aku gosokan kedua tapak tangan ku kerana tiupan angin semakin sejuk, dia membuka jaketnya dan menyelimutkan ku."Tak sejukkah?" Tanyaku lalu menanggalkan jaketnya."Takpa..pakailah."Lalu dia pun senyum"Ohh..nama saya Luke."sambungnya."Saya Sarah."Lalu dia tunduk dan mencium tangan ku dia agak romantik sebenarnya."Sarah lawa nama tu selawa orangnya."ayatnya seperti pernah ku dengar ."Terima kasih,Luke awak pun tak ada bezanya."."Bahaya lah duduk di luar banyak vampire sedang memburu pada waktu ini."Sambungnya "Takpalah." jawapku lalu senyum."Tak pernah tak cantik."katanya seperti berbisik membuatkan aku sukar mendengarnya "Huh? Apa yang cantik?"."Arr tiada apa lah."Katanya.Dia menyandarkan kepalanya di bahuku membuatkan ku terkejut ."Cantik malam ni."katanya."Ya sangat ."kataku. Entah kenapa aku rasa tenang di sisinya.

"Kenapa tak tidur?"Tanyanya lalu bangun dan melihatku."Sebab tak dapat tidurlah."kataku menjawab persoalannya yang sedikit tidak masuk akal padaku."Hahahaha, ada sesuatu menggangukah?"Tanyanya."Ya, banyak sangat."balasku."Saya?"tanyanya dengan meletakkan kedua tangannya di dagu dan membuat muka comel hingga membuatku tergelak."Hahahaha.Tak lah ."."Hahahaha,lagi manis bila awak tersenyum dan ketawa ."katanya membuatku sedikit tenang dan lupa tentang masalahku.Dia memandangku tepat pada mataku lalu dia selitkan rambutku pada telinga dan membuatkan wajahku sedikit merah."Sarah.."Katanya."Itu pun dia."kedengaran suara pengawal "Saya pergi dulu ,selamat malam."Lalu dia pun lari dari pengawal."Cik puteri tak apa apa?" Tanya pengawal istana."tak saya okay."balasku "Saya masuk dulu ya."."baik puteri."katanya.

Cinta VampireWhere stories live. Discover now