Bab 5

146 14 0
                                    

Sementara di Malaysia...

Yana Pov

Akhirnya tercapai jugak cita cita aku utk menjadi seorang guru.Cikgu apa?Mestilah cikgu Addmath.Sbabnya aku terlalu minat dgn subjek math ni sejak kecil lagi.Mesti korang pelikkan kenapa aku minat subjek killer ni?Okay la aku story sikit.Aku ni otak yg jenis kira kira bukan otak menghafal.Jadi kalau ada subjek yg kena hafal semua tu memang otak aku susah nak terima.

Okay aku nak tanya,kalau korang rasa stres selalunya korang akan buat apa?Biar aku teka.Mesti korang makan byk byk kan?Okay,tak pun korang akan tumbuk atau hantuk kepala kat dinding ke?Bukan jugak?Okay tak apa.Ni last.Baca al-Quran mungkin?Hah,tak ke tenang je hati korang nanti.Cewaahh ayat.

Okay la,dah byk sgt dah ni aku melalut.So,senang cerita kalau aku stres aku akan buat latihan math byk byk.Saja nak bagi otak aku penat berfikir.Kalau otak aku dah penat, tak ada la aku buang masa nak fikir perkara yg akan membuatkan aku stres.[hoi,mana kau rembat fakta ni Yana?hahaha.Lantak la.Ini berdasarkan logik akal aku okay.Jgn bash aku plak]

"Sebelum saya akhiri perhimpunan pada pagi ini,saya ingin memperkenalkan seorang guru baru yg akan mula mengajar disini.Beliau akan mengajar subjek matematik tambahan.Dipersilakan Cik Liyana Khalidah utk bangun sebentar supaya pelajar pelajar dpt mengenal cikgu"

Lamunan aku terhenti tatkala pengetua sekolah menyebut namaku.Semua mata pelajar tertumpu kpd ku.

"Ya Allah,Yana.Tu la kau.Mengelamun lagi.Nasib baik sempat cover"desis hati aku setelah bangun daripada duduk.Senyuman manis dilemparkan.

"Okay,terima kasih cikgu.Cikgu dipersilakan duduk"ujar pengetua selepas melihat aku berdiri agak lama di situ.

"Sampai sini shj perhimpunan pada pagi ini.Guru guru dan pelajar pelajar boleh mula bersurai.Sekian,terima kasih."sambung pengetua lagi sebelum melangkah pegi meninggalkan pentas dewan tersebut.Guru guru dan pelajar pelajar pun mula bergerak ke kelas masing masing.

Langkah ku diatur perlahan sementara mata ligat mencari nama kelas yg bakal aku mengajar.

"Hah,jumpa pun!"desis hati aku sambil mata memandang ke nama kelas tersebut.5Akaun2.

Cinta Yang Tertangguh [HOLD]Where stories live. Discover now