Cerpen101: Apabila idea pergi bercuti

15 2 0
                                    

Soalan : Saya pening kepala. Setiap kali saya pegang pen dan kertas, idea hilang. Bercuti. Apa yang perlu saya buat?

Jawapan : Apa yang tuan buat semasa ada idea?

- Sediakan buku nota khas untuk mencatat idea. Bawa ia ke mana-mana. Letak dalam beg tangan puan yang lawa, atau saku kemeja biru gojes tuan.

- Ada smartfon? Gunakan kepandaian telefon tuan. Install apps seperti Evernote, Note dan yang seangkatan dengannya. Kita manfaatkan teknologi.

- Sediakan bank penulisan. Tidak di dalam laptop, tulis di smartfon. Paling biasa pun, buku nota khusus. Apabila ada bank, kita bertanggungjawab tambah isinya. Nanti tinggal keluarkan sahaja ikut giliran.

- Paksa diri tulis sesuatu setiap hari. Kadang-kadang ia bukan soal idea sangat, tapi kita tak jumpa perkataan yang sesuai untuk ayat yang mahu ditulis.

- Peringkat nota untuk diri sendiri atau draft, jika tiba-tiba otak sibuk fikir dalam bahasa internasionale, tulis sahaja.

"She provoked me. Few times. But, i keep the anger to myself, stay in silence."
Nanti dah pijak balik bumi Malaysia, alih bahasa. Kalau nak kekalkan pun tak mengapa sebab ia ayat penuh dalam satu bahasa.

Nota : Ada yang mahu hadiahkan saya buku nota gojes? Hehe

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: May 12, 2016 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Tip Cerpen101Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang