Lelah

47 3 0
                                    

Lelah aku mendengar setiap bisikan orang buatmu,

Lelah aku mencari perkataan untuk dijawab,

Lelah aku menanti perubahan dari mu.

Hey Kau,

Ya Kau yang disana,

Kau tak pernah rasa atau pura-pura tidak tahu,

Mereka bercakap mengenaimu kepada ku,

Kau tahu?

Aku sudah LELAH mendengar mereka.

Apa yang aku buat kepadamu

Tidak pernah lekat pada dirimu

Mengapa?

Lelahku bertanya kepada diri ku sendiri,

Hey kau,

Temanku,

Andai aku tiba-tiba pergi

 Jangan kau menangis apabila diuji,

Kerana aku sudah bilang dan berpesan,

Dan,

Kerana aku sudah lelah memegang semua kata-kata mereka yang inginkan kau berubah

Aku lelah...

Warkah HatiWhere stories live. Discover now