part two

107 22 0
                                    

"Yah! Myeong Ju lambatnya kau!" ujar Sora yang sudah tercongok di depan McD.

"Ah, mianheyo. Ingatkan kau dah masuk dulu melahap apa yang ada," usik Myeong Ju. "Mana boleh~~Myeong Ju kan date saya hari ni~~" Sora memeluk Myeong Ju.
"Ah sudah2. Jomlah masuk," geli Myeong Ju dibuat sebegitu rupa.

Myeong Ju ternganga melihat 2 set burger di depannya. Yang pasti bukan milik dia tapi Sora.

"Kau tak nak makan ke Myeong Ju? Nanti lapar kang," soal Sora kepada kawannya yang hanya minum kopi.
Myeong Ju.
"Nope, I'm totally full," jawab Myeong Ju dengan bergaya.
"Wahhh~cool nya Myeong Ju saya!" Sora excited lagi.
Dia jadi terlebih excited bila dia lapar. Tapi lepas kenyang gadis itu akan kembali normal.
Myeong Ju teringat sesuatu lalu mengeluarkan telefon pintarnya.

"Eh, kau tangkap gambar aku ke?" soal Sora dengan fries di tangan.
"Bukan lah. Aku nak buat video. Sora eating compilation," Myeong Ju ketawa kecil dengan ideanya sendiri.
"Ehhh? Kenapaaaa?" soal Sora lagi.
"Relaks. Kau comel masa kau makan jadi lepas ni aku akan buat video setiap kali kita keluar makan ok?" kata Myeong Ju. Sora berfikir sebentar sambil menyuap burger ke dalam mulutnya yang besar.
"ORRRKAAYY," akhirnya Sora bersetuju. Myeong Ju tersenyum gembira.

"Sora, apa yang kau fikir tentang lelaki ni?" soal Myeong Ju sambil menunjukkan gambar seorang lelaki dalam telefonnya.
"Waa~ handsome! Boyfriend kau ke?" soal Sora. Kini mereka sedang menunggu bas datang.
"Ah, aniyo. Dia ni idol,"
jawab Myeong Ju.
"Ooooh. Bagusnya kalau dia jadi boyfriend Myeong Ju kan? Tapi...macam susah je. Eh ah, maksud aku yela, idol ni ramai peminat. Jadi competitors kau akan jadi sengit," ujar Sora menyatakan pendapatnya. Myeong Ju senyum.
"Haha. Relakslah. Aku minat je. Tak terfikir nak jadikan dia boyfriend. Tapi..kalau dia jadi boyfriend kau..apa kau rasa?" soal Myeong Ju.
"Uh? My boyfriend is an idol? Hmmm, kehidupan aku mungkin akan susah selepas tu. Nanti fans dia baling telur kat aku...ikat aku..dan campak dalam laut..? Huh, ada lagi teruk dari yang tu ke?" terbayang kejadian itu difikiran Sora. "Ahhh, Myeong Ju. Aku tak pandai berenang!" ujar Sora gelabah.
"Itu ke yang kau fikirkan? Pabo," Myeong Ju mengetuk kepala Sora. "Adoi..Sakitlah," Sora mengusap kepalanya.

"Tapi memang lucky kalau dapat laki macam tu," kata2 Sora membuatkan Myeong Ju bertambah yakin.

[OG] Eat Jin Dating Where stories live. Discover now