part eight

111 12 0
                                    

"So kau kena ada 24 jam lah dengan dia?!" soal Myeong Ju. Terkejut beruk si Myeong Ju bila dengar cerita yang Jin nak aku jadi manager sementara dia.
"24 jam??? Biar betul kau ni!?" soal Sora dungu terlebih.
"Jap jap, maksudnya kau kena uruskan sekali group dia ke apa?" soal Myeong Ju.
"Heish, manager dia yang emergency tu manager private dia. Manager BTS yang lain. Aku uruskan part Jin yang bergerak solo jelah kan. Apasal nak manage BTS tu pulak," ujar Sora. Myeong Ju berfikir2. Macam tu ke..
"MANAGER PRIVATE?!! OMGGG,"

"Err..tayahlah excited sangat," ujar Sora. Dia menongkat dagu. Memikirkan macam mana dia nak handle tugas sebagai manager ni.

"Fighting, Sora fighting!!!" Myeong Ju masih keadaan hyper lagi excited tak sudah.

"Tak nak la. Aku tak boleh la.."

"EHHHHH???? Apa kau cakap?! Tak boleh? Kau tau tak kau ni macam orang tak guna?! Belum berperang dah menyerah! Pengecut kau ni Sora pengecut! Kita kena berusaha dan usaha! Baru kita dapat hasilnya. Jangan jadikan tak reti sebagai satu alasan!" protes Myeong Ju mendengarkan Sora sampai dia berdiri atas kerusi.

"Eiii, kau ni. Aku tak boleh nak buat kerja kalau tak makan. Jomlah makan, Myeong Ju. Aku lapar gilaaaaaaa ni. Perut aku dah berdangdut rasanya ni (entah masa bila kat korea ada dangdut)," ujar Sora. Myeong Ju turun dari kerusi lalu menggigit lidahnya tanda malu sebab over tadi.

di meja makan.

"Eh tapi kan Sora, bila fikir balik kau tak rasa ke Jin tu macam ada agenda? Means, hari tu dia cakap dia looking forward kat kau, then tup tup dia mintak kau jadi manager dia. Aku rasa Jin merancang sesuatu lah," ujar Myeong Ju sambil penyepit ditangan dilayang-layangkan.
Sora yang mulutnya penuh mengangkat kening.
"Means?" soalnya.
"Dia rancang....untuk dekati diri kau! Haaaaa, supaya dia dapat amik hati kau, pastu korang bercinta, kahwin, ada anak yeeeuyy," ujar Myeong Ju dengan sungguh tak munasabah sekali. Sora pula khusyuk menikmati makanan.
"Oi, kau dengar tak?" soal Myeong Ju memandang Sora yang terus-terusan menyuap makanan dalam mulut tanpa pedulikan persekitaran.
"Hah, sah budak ni dah masuk dalam dunia dia sendiri. Sampai aku cakap pun buat tak tahu je. Cis," Myeong Ju merungut dan sambung makan apabila tak dapat respon dari Sora. Dia fed up.

---

Tunggu saya kat Myeongdeong station pukul 7 pagi esok - Jin

Sora membacanya dengan penuh tanda tanya. "Awal betul," fikirnya. Dia memandang buku nota berwarna coklat di atas mejanya lalu mencatit seperti yang disuruh oleh Jin. Dia terselak helaian sebelah.
"Eh, ada jadual aktiviti Jin la."
Kebanyakannya drama yang Jin berlakon. Tapi..tiada catatan untuk esok. "Hmmm," Sora berfikir2. Mungkin manager lama itu lupa nak tulis agaknya.
"Let's sleep. Tomorrow is a big day," kata Sora dengan penuh positif. Memandangkan dia sudah habis sekolah dan masih menunggu keputusan, jadi masanya banyak untuk dihabiskan. Daripada menghabiskan masa mengisi perutnya disamping menghabiskan duit untuk makanan je, lebih baik dia kerja dan hasilnya boleh dibelanja untuk kekasihnya yang satu, makanan.

---

Sora memandang kiri kanan. Matanya digosok-gosok kerana tak cukup tidur. Baginya waktu begini masih awal. Kalau tidak, sekarang ni sudah semestinya dia sedang diulit mimpi indah mengharapkan seorang putera kacak melamarnya tetapi apakan daya harapan kecundang.
Satu kereta berhenti di depannya. Melihatkan Jin yang tak keluar, Sora membuka pintu kereta itu dan masuk.
"Morning," ucap Jin sebaik saja Sora duduk.
"Ah, eo, morning. Kita..nak pergi mana?" soal Sora.
"Kita kahwin lari nak?" kata Jin dengan selamba badaknya.
"Hah?? Apa awak ni..jangan la main2 macam tu!" ujar Sora.
"Awak nampak muka saya main2 ke Sora?" Jin memandangnya, serious kalini.
Sora terdiam.
Kahwin? Lari? Biar betul mamat ni! AAAAAAAAAAHHHHHHH

[OG] Eat Jin Dating Where stories live. Discover now