nineteen

45 6 0
                                    

Jin memandang gadis yang sudah tiba di kafe itu.

Dia menarik nafas dalam2. Dia cuba tak nak marah2 dengan gadis itu walaupun Jin sudah tiada perasaan dengannya.

"Kau nak apa dari aku?" soal Jin sebaik saja duduk.
Hara memegang dadanya kerana terkejut. Tak bagi salam tak apa terus terjah je heish mamat ni.

"Jin..Saya tahu saya salah. Tapi, tolonglah maafkan saya. Kenapa awak kasar sangat dengan saya?," ujar Hara.
"Tch," Jin memandang tempat lain.

"Saya..nak awak tahu yang saya terpaksa masa tu. Senior Kihyun paksa saya supaya couple dan korek rahsia awak. Ya, pada mulanya saya tak ikhlas dan matlamat saya cuma nak korek rahsia awak untuk selamatkan kelab redaksi daripada bubar tapi..saya jatuh cinta pada awak Jin. Saya berani bersumpah. Sampai sekarang saya tak boleh lupakan perasaan tu. Awak..dulu sangat lembut dengan saya. Tak macam sekarang," ayat terakhir Hara diperlahankan. Gadis itu sudah menunduk. Air matanya...sudah menitis. Jin menggenggam tangannya.

"Dahlah, Hara. Semua tu benda lepas. Hati saya dah tertutup untuk awak dan takda benda lagi yang kita boleh bincangkan lagi. Saya pun dah lupakan pasal 'kita'. Sorrylah tapi kalau perkara ni jadi sebab awak nak jumpa saya, saya balik dulu," ujar Jin lalu terus bangun dan melangkah.

Hara terus menahan Jin daripada pergi. "Tunggu,"
"Saya nak nombor Sora," tambah Hara. Jin memandangnya tajam.

"Awak nak buat apa hah? Awak nak kacau life dia? In your dream, Hara. Saya takkan benarkan awak," Jin terus melangkah lagi.

"Tapi ni pasal appa!" kata2 Hara membuat langkah Jin terhenti.
Jin menoleh.
"Appa awak?" soal Jin.
Hara mengangguk.

"Saya perlu jumpa dia, Jin. Tolonglah," rayu Hara lagi.

Jin memandang Hara lama.

"Jaebal..." rayu Hara lagi.

Jin melepaskan keluhan berat.
Patut ke aku percaya dia lagi?

+++

Sora memandang sekeliling. Dia terus bangun. Otaknya ligat memutar kembali peristiwa terakhir yang berlaku.

Dia hanya ingat wajah Jin dan lepastu, semuanya gelap.

"Eo, noona dah bangun juga akhirnya," Jisung tiba2 muncul di depan pintu. "Sampai hati noona tak gitau yang noona jadi manager Jin BTS selama ni!" marah Jisung. "Ah, buat apa nak gitau. Wek." ujarku sambil menjelir lidah. "Patutlah noona boleh dapat tandatangan Jin haritu," ujar Jisung. Aku hanya buat muka selamba saja. Aku terus bangun dari katil.

"Tadi Jin hyung ada stay kejap nak tunggu noona bangun. Tapi sebab noona tak sedor2 so dia pun balik," kata Jisung. Aku terhenti. "Oh yeke.." sedihnya aku tak dapat ucapkan selamat tinggal dengan properly kat Jin sebelum dia balik. Heish, harini jugak nak pengsannya. 

"Noona nak pi mana tu?" soal Jisung. Aku memandangnya. Apesal adik aku harini cam busy body sangat je? "Nak gi dapur. Makan. Lapar kau tahu tak," ujarku. 

Jisung memandangku tanpa reaksi. "Kenapa?"soalku.

"Teruklah noona ni. Bangun2 cari makan," ujar Jisung. Aku mencubit pipinya. "Sukahati akulah."

 "Adoi! Sakitlah noona!"

+++

Berita hiburan sensasi hari ini: [CONFIRMED] Jin BTS dan seorang wartawan dari majalah Popstarz, Jung Hara, dating semalam. Lihat foto

[FOTO] 

Mereka telah bertemu di sebuah kafe dan dikatakan mereka mempunyai hubungan sulit. Lihat foto di bawah

[FOTO]

Dikhabarkan bahawa Kim Seokjin dan Jung Hara telah menjalinkan hubungan ketika di universiti dahulu.

Lihat foto di bawah

[FOTO]

Hubungan mereka agak mesra suatu ketika dahulu.


Apa...ni?

Sora menutup mulutnya. Jin... dan Hara? 

Baju yang Jin pakai juga..baju semalam. Jadi memang berlaku semalam. 

Sora mula keliru.

Apakah hubungan mereka? Mungkinkah, Jin hanya berpura2 dengan Sora selama ini?

[OG] Eat Jin Dating Where stories live. Discover now