aku seorang punk!

62 3 3
                                    

"panas benar tengahari ni,berlecak dah ketiak aku ni"',kata ali,"hang mcm orang tak de akidah ajak aku keluar tengahari pijo mcm ni,mcm gampang hang tau tak",ujar ali pada sahabatnya sopi."kalau nak jadi punk kene cekal nak hadap panas  macam ni cho",sopi cuba menenangkan rakan nya yang semakin panas akibat matahari yang terik.
    ali dan sopi keluar ke pekan ipoh tanpa hala tuju,mereka mengharapkan sinar harapan jika mereka pergi ke pekan Ipoh,bagi mereka hendak kemane lagi kalau tak pekan melepak menghabis sisa sisa waktu.Mereka cuba membawa ideologi acah acah punk kembali seperti zamab kegemilangan Ipoh.Pada zaman itu,Ipoh dipenuhi dengan pelbagai budaya barat antaranya grunge,skin head dan tidak lupa punk!.Dengan mengenakan jaket kulit yang dipenuhi dengan pelbagai pelekat kain di jaket kulitnya.Antaranya lambang jack union,anarchy dan tidak lupa juga lambang lambang punk yang sememangnya 'gampunk' mmg menggerunkan.Dengan dilengkapi kasut boot hitam dan seluar ketat,mereka berjalan ranggi di khalayak ramai.
     Sub budaya yang berlaku di Ipoh dahulu adalah kerana pengaruh musik dari barat. Akibat terlalu obses mereka mula mengaplikasikan cara kehidupan ikon kesukaan mereka,dan hasil nya terjadi nya sub sub budaya di pekan kecil ini.Jadi tidak hairan pada zaman itu,anak muda mula memperagakan pelbagai cara pemakaian yang lari dari cara ketimuran. Mereka tidak gentar dalam mempersembahkan cara pemakaian mereka,yang skin head sibuk bergaya dengan t shirt berpolo freed pery, si punk pula sibuk dengan menegakkan rambut dan pengikut grunge pula bergaya dengan kasut converse yang bakal jahanam lagi 3 atau 4 bulan lagi,itu belum cerita pasal budak budak metal atau hard core.
      Jadi tidak hairanlah mengapa ali dan sopi boleh terjerumua dalam kancah punk ini.Kita kembali kepada cerita ali dan sopi. Mereka pergi ke Aeon Bercham,untuk pengetahuan kome Perak dah banyak pusat membeli belah,sikit lagi nak jadi macam Bandaraya Kuala Lumpur,kereta pun dah banyak,dulu kalau malam dalam pukul 11 malam,penunggang motosikal boleh bawak 20km/j tanpa dihon,tetapi sekarang cubalah bawak moto dengan kelajuan 20km/j,kalau tidak kene hon mungkin anda akan disondol oleh pengguna jalanraya yang lain.
     Mujurlah sopi dan ali menaiki bus tambang,ali dan sopi tidak perlu memikirkan tentang parking yang macam jelaka ataupun pengguna jalan raya yang sememangnya celaka.Jadi mereka sampai ke destinasi yang di tuju iaitu  Aeon Bercham.Mereka pun terus dengan rencana mereka iaitu melihat gadis gadis cantik dari jauh,hendak mengurat takut ditolak,kalau dah ditolak maka malulah Sopi dan Ali.Maklum saja siapalah yang ingin perpacaran dengan jejake punk. Jika ditanya pada gadis gadis biasa siapa lah yang mahukan priya yang berimej punk, KECUALI anda seorang gadis punk.Jadi mereka mengambil jalan selamat dengan melihat dari jauh sahaja."cho,jom pegi Mph sat,ak nak usha buku la"kata Ali yang mula menunjukkan kebosanan dengan aktiviti mereka ini."Gampang ape pegi Mph,hang jangan acah acah mat buku lah gampang" ujar Sopi kepada Ali.Tetapi Ali mengendahkan Sopi dan terus berjalan ke kedai buku Mph,Sopi dengan keterpaksaan pun mengikut Ali tanpa pertikaian lagi.
Sesampainya mereka di Mph,Ali pegi ke ruangan novel dan membelek belek novel cinta yang bertajul "Suamiku En.Perfect Ten" tetiba Sopi datang dari belakang "Ape gampang lah buku yang hang tengok ni Li,cari la buku yang ilmiah skit" Ali membalas "Aku usha je,kan movie die dah kuar astro first,tu pasal aku usha tu,ak punk kot".Ali pun meneruskan lagi penjelajahan di kedai buku sambil mencuri pandang gadis bertudung.Selepas puas menjelajah,mereka masuk pula ke kedai sukan Royal Sport sambil mencuci mata melihat kasut kasut futsal dan sneakers tidak dilupakan juga jersi pasukan kesukaan mereka Arsenal 'Once you are gunners'Always be a Gunners'. Selepas dilihat pelik seperti pencuri oleh promoter di Kedai Sukan Royal Sport mereka pun mengatur langkah pergi ke tempat lain. "perh bapak bosan la Aeon Bercham ni, jom la balek berdengung ketum lg menarek cho,aku dah mesej Abang Amir amik ayaq".Ucap Ali sambil membuat memek rupa bosan.Abang Amir merupakan seorang pengusaha ketum yang berjaya di kampung mereka.Abang Amir boleh dikatakan lagenda kerana stok air nya tidak pernah putus.Mungkin kerana beliau pandai mengambil hati pelanggan pelanggannya dengan lawak lawak hampar dari beliau membuat beliau begitu gah dalam arena  perebusan ketum. "Sempoi gak tu,dari kuar pekan tak de hasil macam ni"sambung sopi pula."Ok ngam jom gerak pulang".Mereka berjalan menuju ke perhentian bas.

aku seorang punkWhere stories live. Discover now